rakan-rakan vip
Tuesday, 21 February 2012
sambal tahun pahang
Assalamualaikum.........
selamat pagi dan salam ceria selalu dari kakna untuk semua kawan-kawan.sihat adalah harta yang tak terdapat di mana-mana yang kita kecapi.alhamdulillah syukur kepada allah kerana hari ini kita masih bernafas lagi.
ari ni kakna ada entry sambal tahun pahang.mulanya kakna tengok di umah sheila.resepi izah.dah lama nak mencuba .akhirnya cubalah juga kakna.sedap makan dengan nasi putih panas2.setahu kakna buah belimbing ni.kalau mak kakna dia jemur kering dan simpan.bila nak buat acar limau dia masukkan sekali belimbing kering ni.itu lah yang kakna tahu selain buat gulai dan sambal buah ni.sebelum kakna pergi jauh lagi cukup dulu ye..
SAMBAL TAHUN PAHANG.
resepi :izah muffin
sumber: izah muffin.
bahannya:
segengam ikan bilis
1 biji bawang besar
10-20 biji cili padi
5-6 biji buah belimbing
sesenduk minyak untuk mengoreng.
caranya;
tumbukkan cili padi hingga lumat.kemudian tumbuk pula ikan bilis jangan lumat.pecah2 je gitu.tumbuk belimbing buluh.tak payah lumat sangat.panaskan minyak masukkan semua bahan dan goreng hingga garing dan rasakan gula dan garam secukupnya.masukkan kicap sedikit.kemudian goreng hingga garing dan siap di angkat dan makan dengan nasi panas2 sedap..
Labels:
sambal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam kakna! Dah byk yg buat resepi sambal pahang ni kan? kita pun nak cuba jugaklah, nanti nak tgk bhn2nyer kalau rajin kita buat :D sedap ni mkn dgn pulut :D
ReplyDeleteslm k'na..mekasih yer sudi komen kt blog ida ygtak seberapa tu....sedapnyer sambal pahang yg itam tuuu...pst:ttg resepi kek cokelat guna butter milk tu...tak byk beza kak sbb ida buat butter milk sendiri, kalau beli butter milk yg betul2 tu may be ada lainnya
ReplyDeleteAs'salam KakNa
ReplyDeletekakNa ni orang pahang ker, sebab buat sambal tahun pahang..hihi. Tak pernah makan lagi kak, baru pertama kali dengar dan tengok kakNa buat ni, sesekali kalau nak cuba mesti bolehlah kan :)
kak na...
ReplyDeletefebret saya ni. lunch tadi baru je buat. uikk lama dah tak update. siaht ke tu kakna