rakan-rakan vip

Wednesday, 31 August 2011

mee rebus

salam aidil fitri hari raya pertama dah lepas. sekarang mesti sibuk nak buat rumah terbuka lak kan.
bila nak buat rumah terbuka mestilah tercari-cari resepi apa yang nak di hidangkan.
di sini kakna ada satu cadangan contoh mee rebus.
                                                                                                                                     

                                            mee rebus
 
bahannya:
untuk kuahnya.
1kg ubi keledek
150gm udang kering
100gm cili kering(ikutrasa sendiri)
50gm asam jawa(ikut rasa sendiri)
30gm bawang merah
30gm bawang putih
minyak untuk tumis
garam dan gula secukupnya.

ubi keledek di rebus dan kisar halus.udang kering di kisar halus.
tumis bawang hinga kuning masukkan cili yang telah di kisar hingga masak.
masukkan udang kering dan diikuti bahan bahan lain.tambah air jika perlu mengikut kepekatan yang di kehendaki dan tambah perasanya garam,gula dan parasa jika suka.

bahan untuk mee:
1kg mee kuning
1/2 kilo taugeh
5 keping tauhu
300gm ubi kentang rebus jika suka
5biji telur rebus
cili merah
limau nipis
daun sup dan daun bawang
bawang goreng

boleh juga tambah cucur.cucurnya buat macam cucur udang.

apom polkadot

                                                                                                                                                                       

              
                                                                    apom polkadot
kakna cuba buat untuk tempahan.ini dah siap yang di tempahan tunggu hantar je..        

ketupat



       

sebagai orang utara ini la ketupat kami yang semestinya. ketupat pulut.

biskut sempena hari raya 2011

biskut mazola

tahun ni kakna cuba buat biskut yang jarang orang buat kakna agak la orang jarang buat sebab pertama kali kakna cuba buat.kalau nak sedap tart ni kena masukkan banyak jem baru sedap.
biskut yang berikutnya pun kakna cuba juga.tapi mazola tu memang setiap tahun kena buat sebab kegemaran anak-anak dan permintaan mereka setiap tahun tak boleh tak buat.


                                            biskut tart blubery                                                             


               bahannya:
125gm minyak sapi
50gm majerin
1kuning telur
40gm gula aising
1/2 s.b tepung kastad
1/2 s.t esen vanila
tepung gandum secukupnya
jem bluberi secukupnya
pewarna unggu

caranya :
putar gula dengan minyak sapi dan majerin
 hinga kembang.masukkan telur dan esen vanila.masukkan tepung sedikit-sedikit hingga dapat doh yang sesuai untuk di terap.                                                                                                                           
                                                                                                                                                                            

                                     


                                          biskut kismis berwalnut cornflakes

bahannya:
250gm  mentega
100gm gula kastor
200gm tepung gandum (ayak)
1 s.b koko(ayak)
2cawan cornflakes(dikisar halus)
100gm kismis
100gm walnut(dicincang)
2cawan cornflakes(di kisar kasar)
2s.b madu
2s.b kopi + 2s.b air

caranya:
*pukul gula dan mentega hingga sebati
*masukkan tepung gandum ke dalam adunan sedikit demi sedikit.campurkan koko dan cornflakes yang di kisar halus.
*kemudian masukkan kismis,walnut yang di cincang .madu dan kopi.
*gaul hingga jadi doh bentukkan bulat leper.golekkan dalam cornflakes yang di kisar kasar.
dan bakar
*bakar selama 10 hingga15 minit dengan suhu 180*c hingga masak.


                                             biskut cornflakes


bahannya:
2cwn cornflakes(di mesin halus)
1cwn kacang tanah (di mesin halus)
1cwn gula aising.
1 biji telur
11/2 cwn tepung gandum
butter secukupnya.

caranya:
campur cornflakes,gula,tepungdan kacang tanah.
gaul rata dan masukkan sedikit butter.gaul sehingga menjadi seperti habuk roti.
masukkan telur uli hingga menjadi doh jika tidak jadi tambah buttersecukupnya.
sehingga jadi doh yang boleh di kepal dan di canai.
terap mengikut acuan yang anda suka dan bakar 170*c  selama 20 minit atau mengikut oven masing-masing.

                                         semperit.

1cwn tepung gandum.
1cwn gula aising.
1cwn tepung jagung.
1cwn tepung kastad.
1 biji kuning telur.
butter secukupnya
coklat paste atau koko.
almond nibs untuk hiasan.

caranya:

campur tepung gandum,tepung jagung,tepung kastad dan gula aising gaul rata.
masukkan sedikit demi sedikit butter dan gaul hingga menjadi seperti habuk roti.
masukkan telur dan uli hingga menjadi doh.ambil sedikit doh masukkan coklat paste.
kemudian bolehlah di terap dengan bunga semperit.hiaskan dengan almond nibs.
bakar 170*c selama 20 minit atau masak.

                                          biskut badam.

bahannya:
250gm badam(dikisar)
250gm butter
1 cwn gula aising
2cwn tepung gandum
1 s.t emplek
1s.t baking powder.

caranya:
pukul butter dan gula hingga kembang.masukkan telur.
kemudian masukkan badam gaul.masukkan tepung bersama emplek dan baking powder.
uli hingga jadi doh dan bentukkannya.bakar suhu 170*c selama 20 minit atau masak.
bila sudah sejuk bolehlah di celup coklat dan tabur almond nibs.





Sunday, 28 August 2011

nasi kerabu

 
                                         ini bunga telang pada sesiapa yang nak tahu





kakna buat tayangan nasi kerabu lak.ini pun percubaan mengikut selera kakna sendiri.
nasinya kakna masak mengunakan bunga telang untuk dapatkan warna tu.
ambil bunga tu blend kemudian masak dengan nasi macam biasa.
dapat lah nasi macam tu.

untuk nasi kakna masak macam biasa tambah air bunga telang aje.

sayur ulam nasi kerabu
1biji timun
kacang panjang( kakna tak letak)
beberapa helai daun kesum
1 bunga kantan
sepotong kubis (kakna tak letak)
50 sen taugeh
hiris halus semua sayur kecuali taugeh.campur bersama sayur dan gaul dengan beberapa sudu budu.

untuk sambal
100g kelapa parut
5ulas bawang merah
3ulas bawang putih
1 sudu makan air asam jawa
2 biji cili merah
beberapa biji cili padi jika suka
tumbuk cili,bawang merah bawang putih hingga lumat kemudian masukkan kelapa dan tumbuk hinga halus.
masukkan aie asam gaul rata.siap
 
untuk ikan
bauncuh tepung gandum macam nak buat goreng pisang celup ikan dan goreng. 
telur masin di rebus.
beberapa keping keropok ikan.

Air epal hijau

assalamualaikum...
selamat hari raya.....
ari ni kakna nak entri air epal hijau siap letak asam boi lagi.tenggah letih kemas umah siap habuk yang mencucuk hidung lagi.kan best pekena air ni..sejuk... nyaman .
sabar..tengah berpuasa ni..

Air epal hijau
*4 biji epal hijau
*gula secukupnya
*ais pun secukupnya
*beberapa biji asam boi

Blend epal dengan air dan tapis.masukkan gula dan asam boi.
letak ais jika suka .siap di minum.

Tuesday, 23 August 2011

kek pisang

salam ramadan semua .lagi lima ari kita nak raya.dah siap buat persiapan ke.kakna baru je siap sebab tu dah lama tak masuk dalam alam maya ni.tersangat sibuk...
ok kakna ada satu entry ari ni.kek pisang.....






kek pisang.

2 cwn tp.gandum
3 biji telur
1cwn gula
1/2cwn minyak
1/2cwn susu segar
4 biji pisang (boleh guna pisang yg suka)
1s.k baking powder
1/2 s.k soda bikarbonat
secubit garam dan esen vanila
sedikit coklat emulco atau serbuk koko

cara:

ayak tepung dengan baking powder dan sodabikabonat.
leyek pisang dengan garam.
pukul telur dan gula hingga kembang masukkan pisang kacau
masukkan minyak kacau sebati kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit hingga habis.
masukkan susu dan esen.guna senduk untuk kacau hingga sebati.
bahagi adunan kepada dua.satu di biar yang asal dan satu di campur dengan koko.
kemudian selang selikan adunan ke dalam loyang.loyang 9".
bakar hingga masak.170'.

Wednesday, 10 August 2011

apom pelanggi

ini percubaan kakna membuat apom pelangi. mudah dan sedap.lembut dan gebu lagi.


Apom pelangi

2biji telur
1 s.k ovalate
1 s.k esen vanila
150gm tepung gandum}di ayak
1/2 s.k baking powder}di ayak
90gm gula halus
125ml santan pekat
pewarna menggikut kegemaran.

pukul gula dan telur hingga kembang masukkan ovalate.
setelah pekat perlahankan speed.masukkan santan dan esen vanila.
putar rata masukkan tepung sikit-sikit.sehinnga sebati.
bahagi adunan dan warnakan.tuang selang seli ke dalam loyang 9"
kukus lebih kurang 45 minit atau sehingga masak.

air markisa

Di bulan ramadan ni air lah yang menarik sekali walaupun air kosong.air lah penhilang dahaga.
kakna pun nak lah enrti gambar air.ada yang tak kenal buah markisa ni.tengok di tepi gelas tu ada
kulit markisa kakna letak di tepi tu.


 ini jus markisa yang belum dibancuh.dari sebiji buah markisa.



yang ini sudah siap di bancuh dan sedia di minum sejuk.

Tuesday, 9 August 2011

Ayam biryani

ayam biryani ni di gabungkan dengan nasi biryani .


ayam biryani.
1 ekor ayam
90gm rempah biryani
10 ulas bawang merah}di kisar
6 ulas bawang putih}di kisar
6cm halia}di kisar
1/2 tin susu cair
3 s.b tomato puri
daun sup,daun bawang,daun pudina dan bawang besar.
hiasan gajus,bawang goreng dan kismis.

goreng ayam separuh masak.bancuh rempah dengan bahan kisar.
tumis hingga naik bau, masukkan air secukupnya.
bila dah pekat masukkan susu cair dan tomato puri.
kemudian masukkan daun sup,daun bawang,pudina dan bawang besar.
rasa secukup rasa garam dan jika suka sedikit gula.
hiaskan dengan hiasan.

Nasi biryani

Assalamualaikum   !!  ari ni dah sepuluh ari kita berpuasa.ari ni kakna ada entri nasi biryani yang kakna masak semalam.kakna buat untuk berbuka .



opp.. ringkas kakna punya nasi ni.tak la pula letak hiasan.

Nasi biryani

500gm beras basmathi
600 ml air
3 biji bawang merah}di kisar
25gm halia}di kisar
25gm bawang putih}di kisar
1/2 sudu teh kunyit
kulit kayu manis dan buah pelaga.
bahan-bahan di atas cuci dan rendam 1/2 hari cam tu.
30 gm rempah biryani
50 ml susu cair
2 biji tomato}di kisar
3 ulas bawang merah}di mayang
3 ulas bawang putih }di mayang.
daun pandan,daun pudina dan daun sup.

Panaskan minyak sapi dalam tiga sudu besar.tumiskan bahan yang di mayang.
kemudian masukkan rempah biryani yang di campurkan dengan sedikit air.
bila sudah naik bau masukkan tomato dan susu cair dan daun pandan.
kacau dan masukkan bahan yang di rendam tadi.
kacau rata tutup tudung masak lah sehingga masak.
masukkan daun sup dan pudina.
hiaskan dengan gajus dan kismis jika suka.

Monday, 8 August 2011

kek kukus velvet hawflakes

Assalamualaikum.... ari ni kakna nak masukkan entri yang lalu lagi.kek kukus velvet hawflakes.ini percubaan pertama.

ini yang pertama percubaan

yang ini percubaan yang kedua.kakna buat untuk menyambut birhtday anak saudara.
atas tu kakna letak jem untuk nampak cantik.kek ni lembut dan gebu la.sedap....

KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES

5 biji telur-gred A.(dari peti ais)
1 cwn rata gula halus tambah 2 sudu besar
2 cwn tepung gandum
1 s.k baking powder
1 s.b ovalate
150 ml susu cair
1/2 s.k garam
100 ml minyak
1 s.k esen vanila
pewarna secukupnya(ikut warna kegemaran)

Ayak tepung dan b.powder.kemudian masukkan saja bahan lain.
kecuali minyak dan hawflakes.
pukul adunan hingga kembang dan gebu.
akhir masukkan minyak dan pukul lagi hingga gebu.
dah siap bolehlah bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan
kukuslah selapis-selapis sambil di susun hawflakes di atasnya berselang seli.
 kukus dalam 2-5 minit di antara lapisan.kukus selama 20 minit akhir sekali.

kek puding karemel

Assalamualaikum !! ari ni dah pun lapan ari kita berpuasa.kakna tak ada idea nak masak apa untuk berbuka.bukannya apa nanti masak banyak tak habis lak.membazir namanya.
baju raya pun belum mula jahit lagi.sibuk dengan adam.yang tak boleh duduk diam.
ari ni kakna nak masukkan kek puding karemel yang kakna buat sebelum puasa ari tu.
semperna menyambut ari jadi ayah dan adam.



                           percubaan pertama kali terus jadi





                                
  ini pula buat untuk birhtday ayah dan adam di kampung.



            ini bila sudah di potong.tu dia kek karemel kakna untuk percubaan yang ke dua.



kek puding karemel.

untuk karemel:
60gm gula
1-2 sudu besar air


puding.

4 biji telur
500 ml susu segar
70gm gula kastor
esen vanila

kek span.

70gm tepung gandum
60gm gula kastor
2 biji telur
20gm butter-cairkan

untuk karemel.
gula di atas tadi di masak atas dapur dengan api perlahan
sehingga perang dan masukkan air.
tuang kedalam loyang.

untuk puding.
panaskan susu dan gula dengan api perlahan.
angkat dan masukkan telur dan esen vanila.
kacau perlahan dan tuang atas karemel.

untuk kek span
Asingkan putih telur.pukul putih telur dengan setenggah gula hingga jadi marigue.
pukul kuning telur dengan separuh gula tadi.
ayak tepung ke dalam telur kuning tadi.
setelah sebati campurkan putih telur tadi dengan hanya kaup balikkan.
akhirnya masukkan  butter cair dan sebatikan.
tuang atas puding dan bakar secara double-boil.
selama 40 minit atau masak.dengan suhu 170 c.

Sunday, 7 August 2011

kuih kaswi

 salam.ari ni kakna buat kuih kaswi untuk berbuka.anak-anak suka kuih ni.



ini belum di potong lagi




KUIH KASWI bahannya:
2 cwn tepung gandum.
1 cwn tepung ubi(sagu)
1 cwn gula merah
1 cwn gula pasir
5 cwn air
1 sudu besar air kapur
caranya:
masak gula pasir dan gula merah sehingga larut.
sejukkan dulu air gula tadi.sehingga jadi lima cawan air.
masukkan tepung gandum dan tepung ubi.
gaul rata sehingga tidak bergentil.
akhir masukkan air kapur dan gaul.
kemudian kukuslah sehingga masak.lebih kurang 45 minit.

Saturday, 6 August 2011

kek keju oreo

salam ramadan. dah tujuh ari dah kita berpuasa.kakna ni baru nak belajar buat blog.bulan puasa ni kurang la pula bakingnya. jadi nak masukan yang dah lepas aje la.kek keju oreo ni bukan kak na yang buat tapi anak dara kakna yang buat untuk pertama kalinya cuba buat kek.


1 cwn biskut oreo(buang krimnya)
50 gm butter-suhu bilik.
500 gm krim keju philadelphia
3 sudu teh gelantin(halagel)
2 sudu besar jus lemon
1 cwn susu segar
sedikit biskut oreo untuk hiasan dan masukkan dalam keju.

hancurkan biskut dan gaul dengan butter.kemudian ratakan dalam loyang 8".
simpan dalam peti sejuk dulu.
cairkan gelatin sambil putar krim keju.
putat keju hingga kembang masukkan gelatin, susu segar, jus lemon dan sedikit biskut oreo yang hancur mengikut kegemaran sendiri.
kemudian tuang adunan krim ke dalam loyang tadi.
hias biskut oreo di atasnya.
masukkan dalam peti sejuk biar beberapa minit atau keras.
bolehlah menjamu selera.

Wednesday, 3 August 2011

apom polkadot ala stawberi

  
apom polkadot cuba di ubah suai macam stawberi tapi warnanya tak lah terang.bukannya apa.cuma tak mau banyak sangat pewarnanya.
  resepinya;
         

3biji telur-dari peti sejuk.
275gm tepung gandum.
220gm gula halus.
150gm susu segar (susu cair pun boleh)
3s.k baking powder.
1s.k ovallate.
1s.k esen vanila.

caranya:
masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan.putar laju selama 6-8 minit atau  nampak dah kembang.bahagi adunan untuk beberapa bahagian yang di sukai .warna kan.untuk lebih mudah masukkan ke dalam piping beg.masukkan setenggah bahagian adunan ke dalam paper cup kemudian isi filing dan tambah lagi adunan.saya guna jem buah2an aje untuk filing.kemudian polkadot kan nya.mengikut kehendak sendiri. ingat api jangan besar ketika mengukus.