rakan-rakan vip

Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

Monday, 23 April 2012

dadih creammer

 Assalamualaikum......
               selamat petang dan ceria-ceria selalu.di petang ni kakna buat dadih untuk menyejukkan tekak yang panas ni.dengan cuaca yang tak menentu.di atas permintaan anak-anak yang membuatkan kakna buat dadih ni. sebelum ni kerap juga kakna buat bila dah lama terasa malas la pula.tambahan sekarang ni ada yang instant pula.tapi anak2 nak yang creammer ni lagi sedap katanya.

satu adunan kakna buat perbagai rasa.sebab banyak dapat dalam satu adunan tu.lebih kurang 22 gelas untuk sukatan airnya.kalau dah bekas yang kecil2 tu lebih la hasilnya.kakna guna perasa jagung,vanila dan milo saja.boleh tambah lagi kalau nak.kakna anak ramai tak kisah la kalau banyak pun.tapi masa semua pergi balik,tinggallah kakna dengan 2-3 orang ni.nak masak pun kadang2 kurang semangat.lambat habis makanan tu.. resepi ni kakna tak tahu resepi siapa.sumbernya kakna dapat dari kawan dari kawan entah turun berapa kali kawan baru sampai pada kakna.masa tu belum kenal lagi alam maya ni.jom..  sila-sila rasa dadih kakna ni.

DADIH CREAMMER
by: kakna

bahannya:
3 sudu agar-agar serbuk
4 senduk gula.
450gm coffee mate (creammer)
1 tin susu cair
22 gelas air
perasa yang di gemari secukupnya.

caranya:
masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar dan kacau rata.letak atas api sambil setiasa kacau.masukkan gula,creammer dan susu cair.rasa manis gulanya dan jika suka manis boleh tambah lagi.kacau hingga masak dan larut agar-agarnya.boleh lah masukkan perasanya.jika nak perbagai rasa eloklah di bahagikan terlebih dahulu kepada beberapa bahagian dan perasakan.masukkan dalam bekas dan biar sejuk.kemudian masukkan dalam peti ais dan biar sejuk betul-betul.

Thursday, 26 January 2012

puding laici


Assalamualaikum...
            selamat pagi.. dan salam ceria di pagi jumaat ini...   sekejap je masa berlalu dah nak habis minggu ni.masa berlalu terlalu laju.macam mana dengan kita.adakah kita masih tak berganjak lagi dari tempat lama.


dengan cuaca yang tak menentu kejap kemarau tapi hujan pula.bila panas terasalah ingin nyaman tekak yang kehausan.jom kita legakan tekak dengan puding laici ni.


puding ini adalah resepi yang kakna dapat dari kawan sebelum aktif dalam berblog lagi.dah lama tak buat.terasa pula bila musim panas ni nak nyaman tekak ni dengan puding laici yang terasa laicinya.

puding ni lembut seakan-akan dadih.nak buat pun senang dan mudah saja.

PUDING LAICI
bahannya:
18 gm agar-agar tali.
1 tin susu cair.
1 tin laici buah
10 gelas air.
11/2 cawan gula.
1 sudu teh esen vanila.
secubit garam.

caranya:
masak agar-agar dengan air hingga hancur.bila agar-agar dah hancur masukkan gula dan kacau.perlahankan api.masukkan susu cair,esen dan garam.masukkan setenggah air sirap laici ke dalam agar2.kacau sebati.kemudian bolehlah tuang agar2 ini ke dalam acuan atau loyang yang di sukai.biar sejuk dan keras.bolehlah di tabur dengan laici yang di racik2kan bersama dengan lebihan sirap laici tadi.masukkan dalam peti ais agar sejuk.jika suka boleh terus di hidang.

Sunday, 13 November 2011

puding roti gulung


Assalamualaikum...
              ari ni kakna ada entri puding roti gulung.kakna ambil dari blog ummi@home sweet home.cuti2 ni terfikir la.. nak masak apa yang special.. kakna nak cari yang senang je la dengan keadaan adam yang tak boleh diam sesaat ni kecuali tidur.kalau di ikutkan hati ingin mencuba perbagai resepi yang rakan2 blog buat.semuanya sedap2 belaka.terima kasih lah pada kawan2 yang sudi mengunjung teratak cubaresepibaru ni.


yang ini kakna dah potong untuk lebih menarik lagi entri ni.kakna tak buat kuah kastad sebab budak2 lebih sukakan coklat..

PUDING ROTI GULUNG
bahannya

7 keping roti - buang kulit tepi
jem blueberry secukupnya - kakna guna bluebery pai
3 biji telur
40 gm gula kastor
200ml susu cair/sejat
1 sudu besar tepung kastad
1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila
30gm hirisan badam/secukupnya [kakna guna kismis je]
sedikit mentega untuk di sapu pada loyang

caranya
sapu jem pada roti dan gulung kemas2.atur roti di dalam loyang 20x11cm.kakna guna loyang yang empat segi tepat sebab tak da loyang macam tu.jangan lupa sapu mentega terlebih dahulu.
pukul telur kemudian tambah gula dan pukul hingga sebati.masukkan susu,esen vanila,tepung kastad dan tepung jagung.gaul sebati dan tuang adunan ni ke dalam loyang yang berisi roti tadi.tabur badam rata di atasnya.masukkan dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu.pada suhu 170c selama 30 minit atau kekuningan di atasnya.boleh juga di hidangkan dengan sos kastad.

Wednesday, 19 October 2011

puding roti berkaremal

 assalamualaikum.........
                              terlambat ari ni kakna nak entri.kakna selalu buat puding ni.cuma ari ni baru nak masukkan dalam entri ni.
sebenarnya...puding ni ada perbagai.puding karemel saja,agak lembut sangat jadi yang masukkan roti keras sikit dan memang boleh di potong dalam berbagai bentuk.kalau nak tahu perbezaannya cuba la..

PUDING ROTI BERKAREMEL
bahan untuk untuk karemel:
1/2 cawan gula.
1/2 cawan air

bahannya:
4-6 keping roti potong
1 tin susu cair
2 biji telur
1 s.k esen vanila

cara untuk gula hanggus(karemel)
masukkan gula ke dalam loyang dan cairkan gula di atas dapur kacau hingga cair dan masukkan air.
biarkan di dalam loyang.
cara pudingnya:
satukan semua bahan dan masukkan ke dalam blender dan blend hingga hancur.tuang adunan ke dalam loyang gula tadi.kemudian kukus hingga masak.biar sejuk baru balikkan dalam dulang atau bekas lain.siap di hidang suam atau sejuk.

Wednesday, 12 October 2011

puding roti marble

assalamualaikum.........
                         ari ni kakna ada entri puding roti la pula.kakna selalunya buat puding ni jika ada majlis kenduri aruah ke birthday ke kakna buat la... walaupun untuk majlis saudara atau kawan.jika ada kesempatan masa biasanya inilah yang kakna bawa.

PUDING ROTI MARBLE
bahannya:
10 gm agar-agar
1/2 cawan gula
3 cawan air
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
1 s.k esen vanila
2 s.b majerin
2 s.b serbuk koko [1/4 cawan milo
pewarna lain

caranya:
masak agar2 hingga hancur.kemudian masukkan gula.roti di rendam dengan susu cair dan telur.kemudian blend hingga hancur.masukkan kedalam agar2 dan sentiasa kacau. masukkan esen vanila dan akhirnya masukkan majerin kacau.bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan masukkan koko da dua lagi warna yang lain.di dalam bekas lain tuang kan adunan berselang seli hingga habis.biar keras dan bolehlah masukkan dalam peti ais.

Thursday, 29 September 2011

puding roti bersos kaya


assalamualaikum.....
                             semoga sihat semua orang menjalankan rutin harian di muka bumi allah ini.ari ni kakna ada entri puding roti bersos kaya.tiada perbezaan pun dengan resepi orang lain cuma kakna bersoskan kaya je..


yang ini sebelum kakna letak sosnya.nampak macam kakna tak letak dalam pingan lak.pingan kaca jernih yang kakna guna.. tulah nampak macam tu..  kakna nak bagitau nak buat sekaya ni kena ada kesabaran sikit kalau tak.sekaya tu akan berketul2.kalau jadi macam tu nak haluskannya kenalah blend.

PUDING ROTI BERSOS KAYA
bahannya:
3 keping roti [boleh tambah jika suka
125 ml susu segar ]kakna ganti dengan 250 ml
125gm krim          ]1cwn susu cair
100gm kismis
25gm gula
1s.k esen vanila
1 biji telur
1 s.b mentega

bahan sos kaya:
250 ml telur
250gm gula perang
250ml santan
2 helai daun pandan

cara menyediakannya:
pukul telur,susu,krim.gula dan esen vanila sehingga gebu.
buang kerak roti,kemudian sapu dengan mentega dan potong bentuk yang disukai.
kemudian ratakan dalam dulang dan taburkan kismis.kemudian lapik dengan roti lagi di atasnya. tuang adunan yang di pukul tadi sehingga menutupi keseluruhan roti.biarkan lebih kurang 30 minit.
sementara itu sediakan kukusan anda dan didihkan air.kemudian kukuslah hingga masak lebih kurang 30 minit.
cara membuat sosnya.pukul telur hingga kembang.kemudian masukkan santan.masak di atas api yang perlahan dan sentiasa kacau.masukkan gula perang kacau hingga sebati.masukkan daun pandan.kacau hingga berkrim.kemudian biar sejuk dan hidang bersama roti.

Tuesday, 20 September 2011

puding kacang merah

assalamualaikum.ari ni kakna ada entry puding ... kakna buat untuk permintaan seseorang.kakna pun tak pernah buat.jadi diatas permintaan kakna cuba buat itulah hasilnya.

puding kacang merah:
13 gm agar-agar
8 gelas air
1 tin kacang merah
1 cwn susu cair
100gm gula [ikut kemanisan yang di perlukan
pewarna merah rose

caranya:
masak agar2 hingga hancur.kacang merah dibacuh dan tapis.letak dalam loyang.setelah agar2 hancur masukkan gula secukupnya.kemudian ambil sedikit dan tuang atas kacang merah separas kacang sahaja.
selebihnya masukkan susu cair dan pewarna merah.tuang perlahan-lahan ke atas kacang merah tadi dan biar sejuk dan dapatlah hasilnya macam kakna buat.