Assalamualaikum..
selamat pagi kawan2.... jom sarapan dengan karipap.ari ni kakna ada karipap je.. kakna buat semalam tapi di sebabkan banyak juga dapat hasilnya.kakna simpan dalam peti ais separuh.dohnya pun ada lagi kakna simpan dalam peti ais.pagi ni baru kakna canai balik dan goreng.dohnya tak keras dan sedap.kakna guna resepi dari tun telani untuk kulitnya.inti kakna buat sendiri resepi ringkas kakna dengan apa yang ada dekat dapur je..
KARIPAP
bahannya:
kulit:
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan minyak
3/4 cawan air [kakna guna tak habis]
1/2 sudu teh garam
caranya:
panaskan minyak bersama dengan marjerin.bila marjerin cair tutup api.tuang minyak panas dalam tepung terus gaul rata panas2.guna sudu .bila dah rata masukkan air sikit2 sambil uli hingga menjadi doh.dohnya lembut tak keras.bila doh sebati tak lekat di tangan dan bekas adunan.bolehlah digunakan untuk terap.
INTI:
bahannya:
2 ketul ubi keledek
100gm udang [dicincang-kalau udang kering dimesin]
1biji bawang besar [potong dadu]
2-4 sudu besar rempah kari
garam/gula
caranya
ubi di bersihkan dan potong dadu.panaskan sedikit minyak.kemudian tumis rempah hingga pecah minyak.masukkan udang dan ubi kacau.masukkan sedikit air,kacau dan biar ubi masak.tambah air sedikit jika tak cukup masak.masukkan bawang,garamdan gula jika suka.kacau rata dan bila dah siap bolehlah digunakan.