rakan-rakan vip

Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Tuesday, 20 March 2012

nasi ayam sos lada


Assalamualaikum..........
             selamat pagi rabu dan salam ceria untuk semua.dah nak habis minggu ni,cepat masa berlalu.tak tahu nak bercerita apa dengan kawan-kawan ari ni.
jom cuba nasi ayam kakna! selalu sangat makan nasi ayam sekali sekala nak tukar menu yang ada kelainan sikit.apa pun apa yang kita dah usaha mesti berbaloi.kakna masak nasi ayam ni cara mudah saja.tentu senang untuk di ikuti.

NASI AYAM SOS LADA
untuk sup:
bahannya:
 300gm ayam (bahagian tulang pun boleh)
2 sudu besar rempah sup.
3 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*
2 inci halia*
rempah 4serangkai (cengkih,pala,kayu manis dan lawang)
air secukupnya
garam
perasa.

caranya:
Bahan yang bertanda * dikisar halus.panaskan 2 sudu minyak dan tumis rempah 4 serangkai tadi.kemudian masukkan bahan kisar dan kacau hingga naik bau.masukkan ayam dan biarkan sebentar sambil kacau.kemudian masukkan air secukupnya(.air di lebihkan untuk masak nasi nanti).bila sudah mendidih bolehlah masukkan garam dan perasa secukupnya.

untuk nasi:
bahannya:
500gm beras
1/2 tin susu cair
2 helai daun pandan
sup secukupnya.
3 sudu stok ayam.

caranya:
beras di cuci dan toskan.masukkan dalam periuk atau rise cooker.kemudian masaukkan susu cair da sup tadi secukupnya mengikut sukatan beras yang di guna macam biasa.masukkan daun pandan dan masak macam nasi biasa.

ayam goreng:
bahannya:
4 ketul ayam
1 inci halia
2 ulas bawang putih
3ulas bawang merah
kunyit
tepung jagung secukupnya

caranya
halia,bawang putih dan bawang merah di mesin halus.kemudian di gaul bersama kunyit dan sedikit garam dengan ayam.diperap sekejap.bancuh tepung dengan air dan celup ayam .goreng ayam hingga masak.siap

sos black pepper:
bahannya:
3 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
300ml air panas
300ml susu segar
1 kiub ayam
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu kecil cuka
1 sudu besar lada hitam( boleh lebih jika suka)

caranya;
cairkan mentega dalam periuk dengan api yang kecil.bila sudah cair masukkan tepung dan goreng hingga berbuih.kemudian masukkan semua bahan2 lain dan gaul rata.masak hingga pekat.jika terlalu pekat boleh tambah air atau susu.siap bolehlah di hidang dengan set nasi ayam.

Wednesday, 30 November 2011

nasi goreng ayam




Assalamualaikum...
               selamat pagi.dah ari khamis cepat masa berlalu.tak lama lagi dah masuk tahun baru.budak2 pun dah nak masuk sekolah semula.ala..hai kain belum potong lagi.adam demam lak.walau macam mana pun jom layan nasi goreng ayam dulu.bila perut dah kenyang bolehlah buat kerja2 yang lain.

NASI GORENG AYAM
bahannya.
2 mangkuk nasi
2 pokok sawi
1 batang karet
2 s.b cili mesin
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 ketul ayam
2 s.b sos tiram
2s.b kicap
secubit garam

caranya:
karet di potong dadu.kakna sagat.ayam di potong dadu.sawi dibersihkan dan potong.tumis bawang putih dan merah.bila dah garing masukkan cili kacau hingga garing masukkan sos tiram dan kicap.kacau dan masukkan ayam dan garam.bila ayam dah masak masukkan karet.agak karet dah lembut sikit masukkan nasi dan kacau rata.bila dah sebati masukkan sayur sawi dan kacau lagi hingga masak dan siap untuk di hidangkan.

Ayam kakna guna ayam goreng berrempah dalam resepi ayam kakna.sup biasa saja mengikut rasa selera anda.

Sunday, 25 September 2011

nasi lemak


assalamualaikum.....

                                 ari ni kakna nak entry nasi lemak yang simple je.tak ada kelainan sangat.senang untuk buat makan sendiri.cuti hari minggu boleh buat untuk anak2.nasi lemak kakna warna biru sebab kakna letak bunga telang yang di gunakan untuk buat nasi kerabu pantai timur.nasi lemak ni boleh di perbagaikan dengan apa yang kita nak cuba.contohnya lamuni. ambil sedikit daun lamini kemudian blend ambil airnya masak dengan nasi.tapi ingat jangan keterlaluan menambah bahannya.kakna buat nasi lemak ni simple je untuk sarapan hari minggu.

NASI LEMAK

bahannya:
2 gelas beras.
3 gelas santan.
2cm halia [ dimayang
2 ulas bawang merah [ dimayang
2 batang serai [ di ketuk
garam secukupnya

caranya:
masukkan semua bahan ke dalam periuk masak macam biasa.masak bolehlah dihidang dengan sambal tumis dan bahan lain yang sepatutnya.

Saturday, 3 September 2011

lontong

assalamualaikum...
lepas raya sibuk la pula nak buat umah terbuka kan .ni haa.. kakna ada lontong untuk rumah terbuka . jemput la.... cuba jangan tak cuba.tak akan menghampakan tetamu.

lontong:
2 kampit ketupat nasi ] rebus hingga masak.

bahan sayur lodeh.
2 biji terung ] hiris
2 keping tauhu ] hiris
2 keping tempe ] hiris
10gm kobis ] hiris
2 ulas bawang besar ] hiris
2 biji lobak merah ] hiris panjang
4 batang kacang panjang ] potong
50gm suhun
50gm fucuk
1 s.k serbuk kunyit
1 batang serai
santan secukupnya
garam secukupnya

caranya:
masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masukkan santan secukupnya.
didihkan diatas dapur hingga masak masukkan garam.sedia untuk di hidang.

sambal kacang:

300gm kacang tanah ]disangai dan tumbuk
50gm cili paste
minyak.
garam dan gula secukupnya

caranya:
panaskan minyak dan tumis cili hingga pecah minyak.masukkan sedikit air dan masukkan kacang.
setelah didih masukkan garam dan gula.kacau hingga masak.sedia untuk dihidang.

sambal ikan bilis:

3 ulas bawang merah ] dikisar
100gm cili kering ] dikisar
2 biji bawang putih ] dihiris
50 gm ikan bilis
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukupnya
minyak dan air secukupnya.

caranya:
panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris dan masukkan cili yang dikisar tadi.
kacau hingga pecah minyak.kemudian masukkan air asam dan garam,gula secukupnya.
kacau hingga didih dan masukkan ikan bilis . bila sudah masak sedia untuk di hidang

Sunday, 28 August 2011

nasi kerabu

 
                                         ini bunga telang pada sesiapa yang nak tahu





kakna buat tayangan nasi kerabu lak.ini pun percubaan mengikut selera kakna sendiri.
nasinya kakna masak mengunakan bunga telang untuk dapatkan warna tu.
ambil bunga tu blend kemudian masak dengan nasi macam biasa.
dapat lah nasi macam tu.

untuk nasi kakna masak macam biasa tambah air bunga telang aje.

sayur ulam nasi kerabu
1biji timun
kacang panjang( kakna tak letak)
beberapa helai daun kesum
1 bunga kantan
sepotong kubis (kakna tak letak)
50 sen taugeh
hiris halus semua sayur kecuali taugeh.campur bersama sayur dan gaul dengan beberapa sudu budu.

untuk sambal
100g kelapa parut
5ulas bawang merah
3ulas bawang putih
1 sudu makan air asam jawa
2 biji cili merah
beberapa biji cili padi jika suka
tumbuk cili,bawang merah bawang putih hingga lumat kemudian masukkan kelapa dan tumbuk hinga halus.
masukkan aie asam gaul rata.siap
 
untuk ikan
bauncuh tepung gandum macam nak buat goreng pisang celup ikan dan goreng. 
telur masin di rebus.
beberapa keping keropok ikan.

Tuesday, 9 August 2011

Nasi biryani

Assalamualaikum   !!  ari ni dah sepuluh ari kita berpuasa.ari ni kakna ada entri nasi biryani yang kakna masak semalam.kakna buat untuk berbuka .



opp.. ringkas kakna punya nasi ni.tak la pula letak hiasan.

Nasi biryani

500gm beras basmathi
600 ml air
3 biji bawang merah}di kisar
25gm halia}di kisar
25gm bawang putih}di kisar
1/2 sudu teh kunyit
kulit kayu manis dan buah pelaga.
bahan-bahan di atas cuci dan rendam 1/2 hari cam tu.
30 gm rempah biryani
50 ml susu cair
2 biji tomato}di kisar
3 ulas bawang merah}di mayang
3 ulas bawang putih }di mayang.
daun pandan,daun pudina dan daun sup.

Panaskan minyak sapi dalam tiga sudu besar.tumiskan bahan yang di mayang.
kemudian masukkan rempah biryani yang di campurkan dengan sedikit air.
bila sudah naik bau masukkan tomato dan susu cair dan daun pandan.
kacau dan masukkan bahan yang di rendam tadi.
kacau rata tutup tudung masak lah sehingga masak.
masukkan daun sup dan pudina.
hiaskan dengan gajus dan kismis jika suka.