rakan-rakan vip

Monday, 7 May 2012

char kuewtiaw


Assalamualaikum......
                 salam ceria semua..   dah lama kakna tak bersiaran.dengan kaadaan kesihatan yang kurang sihat ni.teringin la pula nak berentry.entry tertunda..  taklah mengancam sangat dan biasa saja.cuma kakna cuba buat macam di kedai.char keuewtiaw penang ni.tak kering sedikit berkuah.kakna ikut resepi yang ada di botol sos char kuewtiaw. inilah hasilnya..


CHAR KUEWTIAW
 by: kakna
bahannya:
1 bungkus kuewtiaw
2 sudu besar cili kisar
200gm udang
200gm kerang (sudah di kopek)
taugeh dan kucai mengikut kehendak sendiri.
3 biji telur
1/2 cawan sos char koewtiaw( boleh ganti dengan sos tiram)
11/2 cawan air.
3-5 ulas bawang putih.
minyak untuk menumis.

caranya:
panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.masukkan cili dan kacau hingga masak. masukkan sos char kuewtiaw bersama air dan rasakan masin dan jika suka boleh letakkan sedikit gula.kemudian masukkan udang dan kerang kacau sebentar.masukkan kuewtiaw dan kacau rata.masukkan taugeh dan kucai.kacau hingga rata dan pecahkan telur dan kacau lagi .siap di hidang.

Wednesday, 25 April 2012

mousse mangga

 Assalamualaikum........
           selamat petang dan salam sejahtera serta di harap ceria-ceria di hari rabu ini.kakna lambat berentry tentu kawan-kawan sekarang ni sedang bersiap menyiapkan menu petang untuk keluarga.

 di atas pertanyaan kawan fb untuk kegunaan whipping cream.kakna pun buatlah resepi ini yang kakna ambil dari majalah masakkan.kadang kita tersilap beli dan tak tahu nak buat apa dengan apa yang kita terbeli.selalunya whipping cream ni untuk hiasan kek.yang selalunya la.. sebenarnya banyak kegunaannya.cuma kekadang kita takut nak mencuba..

yang ini kakna hiaskan dengan mangga.yang kosong tu kakna lupa nak hias.mousse ni sedap di makan sejuk.lebih kurang ais krim la pulak.jom cuba.

MOUSSE MANGGA
sumber:majalah masakkan.
by: kakna

bahannya A :
85gm biskut tiger (biskut lain pun boleh)
100gm mentega

bahan B:
250gm puri mangga
400gm whipping cream
35gm gelatin
250ml air
1/2 biji perahan lemon.
80gm gula kastor

caranya:
bahan A:
biskut di ramas halus dan gaul dengan mentega, ratakan dalam loyang.seeloknya guna loyang yang boleh di buka tepinya.loyang 7" yang kakna guna.simpan dalam peti ais agar ia mengeras.

bahan B:
pukul whipping cream hingga mengeras dan ketepikan.masak gelatin hingga sebati dengan api perlahan.biarkan sejuk.kemudian masukkan puri mangga,jus lemon dan gula ke dalam whipping ream dan kacau rata.masukkan gelantin dan kacau rata.seeloknya guna whisk.kemudian tuang keatas lapisan A.masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 4 jam.boleh hias dengan potongan mangga dan hidang sejuk.

Monday, 23 April 2012

dadih creammer

 Assalamualaikum......
               selamat petang dan ceria-ceria selalu.di petang ni kakna buat dadih untuk menyejukkan tekak yang panas ni.dengan cuaca yang tak menentu.di atas permintaan anak-anak yang membuatkan kakna buat dadih ni. sebelum ni kerap juga kakna buat bila dah lama terasa malas la pula.tambahan sekarang ni ada yang instant pula.tapi anak2 nak yang creammer ni lagi sedap katanya.

satu adunan kakna buat perbagai rasa.sebab banyak dapat dalam satu adunan tu.lebih kurang 22 gelas untuk sukatan airnya.kalau dah bekas yang kecil2 tu lebih la hasilnya.kakna guna perasa jagung,vanila dan milo saja.boleh tambah lagi kalau nak.kakna anak ramai tak kisah la kalau banyak pun.tapi masa semua pergi balik,tinggallah kakna dengan 2-3 orang ni.nak masak pun kadang2 kurang semangat.lambat habis makanan tu.. resepi ni kakna tak tahu resepi siapa.sumbernya kakna dapat dari kawan dari kawan entah turun berapa kali kawan baru sampai pada kakna.masa tu belum kenal lagi alam maya ni.jom..  sila-sila rasa dadih kakna ni.

DADIH CREAMMER
by: kakna

bahannya:
3 sudu agar-agar serbuk
4 senduk gula.
450gm coffee mate (creammer)
1 tin susu cair
22 gelas air
perasa yang di gemari secukupnya.

caranya:
masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar dan kacau rata.letak atas api sambil setiasa kacau.masukkan gula,creammer dan susu cair.rasa manis gulanya dan jika suka manis boleh tambah lagi.kacau hingga masak dan larut agar-agarnya.boleh lah masukkan perasanya.jika nak perbagai rasa eloklah di bahagikan terlebih dahulu kepada beberapa bahagian dan perasakan.masukkan dalam bekas dan biar sejuk.kemudian masukkan dalam peti ais dan biar sejuk betul-betul.

Thursday, 19 April 2012

sup cendawan

dah makan tenggahari ke.. kakna saja tanya.padahal dah petang.tentu kawan-kawan sibuk menyiapkan menu baru.di sini kakna nak share menu lama.kakna selalu buat sup ni bila cuaca agak panas.sesuai untuk hirup juga.tak ada yang istimewa pun sekadar nak berentry saja.anak-anak suka sup ni.dah tak tahu nak cerita apa.jom layan resepi.

SUP CENDAWAN
by:kakna
bahannya:

1 bungkus cendawan tiram
1 bunkus kecil fish ball
2 biji telur
2 sudu besar serbuk sup
2 cm halia
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
rempah tumis (lawang,cengkeh.pala dan kayu manis)

caranya:
bawang merah, bawang putih dan halia di mayang.panaskan minyak dan tumis bawang bersama rempah tumis.bila dah naik bau masukkan sedikit air.kemudian masukkan rempah sup dan kacau rata.setelah sebati masukkan cendawan dan tambah air secukupnya.biar didih pecahkan telur ke dalamnya dan cepat-cepat kacau agar tak berketul.kemudian masukkan fish ball da perasakan dengan garam dan perasa. siap di hidang.

Wednesday, 18 April 2012

lepat liat

 Assalamualaikum......
            salam mesra dan ceria untuk semua kawan-kawan yang sudi berkunjung ke teratak kakna yang serba kekurangan ni.terima kasih sudi juga menjenguk sini.

hari ini tiada apa yang istimewa.cuma kakna sekadar berkongsi resepi lama lagi.kakna buat kuih ni pun diatas permintaan anak dara kakna.dah lama tak makan kuih ni katanya.kuih ni sesekali terasa macam dodol lak.jom sarapan.

LEPAT LIAT
by: kakna

bahannya:
2 cawan tepung pulut.
200gm gula merah
2-3 sudu gula pasir (kakna tak letak)
2 helai daun pandan
air /santan secukupnya.
kelapa parut (putihnya saja)
daun pisang
minyak

caranya:
masak gula merah dengan sedikit air dan masukkan daun pandan.biar sejuk dan tapiskan.masukkan tepung pulut dalam dalam mangkuk dan tuang air gula merah sedikit-sedikit sambil kacau hingga jadi adunan pekat.kelapa parut di gaul dengan sedikit garam.ambil daun pisang yang telah di layur dan potong macam lepat pisang.sapu sedikit minyak masak pada daun pisang dan ratakan.ambil sesudu adunan tepung dan letak di dalam daun pisang ,kemudian ambil sesudu kelapa parut letak di tenggah doh dan gulung daun pisang dan lipat kedua-dua hujungnya.buat hingga habis dan kukus selama 30-45 minit.siap dihidang.

Tuesday, 17 April 2012

kuih koci labu


Assalamualaikum.......
              salam sejahtera dan salam ceria di pagi ni bersama cahaya sang suria yang baru nak memancarkan cahayanya yang nyaman.dengan udara yang sejuk membuatkan kita semua menjadi segar dan ceria.

sekali lagi kakna menghidangkan kuih tradisional untuk hari ini.kebetulan ada inti dan bahan yang di perlukan.dah lama kakna tak buat kuih koci labu ni.asal kuih dari mana kakna dapat pun dah lupa.sebab dah 20 tahun lamanya kakna mengamalkan resepi ni.cara membungkusnya pula pertama kali kakna bungkus cara ni.ok jom layan resepi.

KUIH KOCI LABU
by:kakna
bahannya:

250gm labu manis (kukus dan lenyek)
2 cawan tepung pulut
secubit garam
air secukupnya.
daun pisang (layur dan potong)
2-3 sudu minyak masak.(boleh juga guna santan pekat)

bahan inti:
1/2 biji kelapa
100gm gula merah
2-3 sudu gula putih
2 helai daun pandan
secubit garam

caranya:
masak inti terlebih dahulu,masukkan semua bahan dalam periuk dan masak atas api hingga sebati semua bahannya dan ketepikan.
dalam mangkuk masukkan tepung pulut dan labu yang sudah dileyek.gaul hingga sebati dan masukkan sedikit garam dan gaul lagi.masukkan air sedikit-sedikit sambil uli hingga jadi doh seperti buah melaka.bahagi doh kepada beberapa bahagian dan isikan dengan inti serta bulat-bulatkan.sediakan daun pisang yang dah di potong mengikut saiz kuihnya.masukkan sedikit minyak masak dalam mangkuk kecil.kemudian golek-golekkan doh yang dah siap berinti dalam minyak,angkat dan bungkus dalam daun pisang.ulang hingga habis.susun dalam kukusan dan kukus selama 25-30 minit.siap di hidang.

Monday, 16 April 2012

tepung bungkus

 Assalamualaikum..........
            salam sejahtera dan salam ceria pagi selasa.Alhamdulillah... masih ada kesempatan lagi hari ini untuk kita meneruskan tugas harian.

hari ini kakna masih lagi dengan kuih tradisional.sebenar kuih ni biasanya di panggil tepung bungkus.ada yang panggil dengan nama baru puteri dua sebilik.kakna dapat resepi ni dari mak mertua.mertua kakna buat untuk tempahan.kadang-kadang bila balik kampung kakna menolongnya buat kuih ni.jadi tahu la resepinya.kalau mertua kakna buat jualan (letak pada orang jual kuih) cepat je habis.dah lama tak merasa kuih ni sebab mak mertua dah uzur.jadi ini lah percubaan pertama kakna dengan resepi dan petua dari mak mertua.jom layan resepinya...

TEPUNG BUNGKUS
by: kakna
(dapat 20 biji)

bahannya:
2 cawan tepung beras
5 cawan santan
secubit garam
1 cawan tepung pulut
20 keping daun pisang(di layur)

untuk inti kelapa:
1/2 biji kelapa parut(putihnya saja)
100gm gula merah
2-3 sudu gula putih (ikut rasa)
2 helai daun pandan
secubit garam

caranya:
kita mula dengan membuat inti terlebih dahulu.masak gula merah dengan sedikit saja air dan tapiskan.masukkan kelapa parut,daun pandan dan secubit saja garam.kacau atas api sederhana hingga pekat dan agak kering sedikit.jika suka manis boleh tambah gula pasir.bila dah agak pekat bolehlah angkat dan sejukkan.bila dah sejuk gentel bulat-bulat sebanyak 40 puluh biji.kemudian bancuh tepung pulut seperti membuat buah melaka dan masukkan inti yang telah di gentel tadi.simpan dalam peti ais sementara menunggu .
cara membuat adunannya:
masukkan tepung dalam periuk bersama santan dan secubit garam.kacau diatas api yang sederhana hingga pekat dan cepat-cepat angkat.dan terus bungkus ketika masih panas hingga habis.jangan lupa intinya di masukkan dua biji untuk satu bungkus.bila sudah habis membungkus biar sejuk dulu kuihnya dalam 30 minit.panaskan kukusan dengan api sederhana dan kukus kuih selama 20-30 minit.bila dah masak siap dihidang.


Sunday, 15 April 2012

onde-onde


Assalamualaikum..........
              salam sejahtera dan salam ceria semua.hari ini kakna mulakan dengan seribu kemaafan dari kawan-kawan yang selalu datang bertegur sapa dengan kakna.tahu kenapa..?
sebab kakna tak jawab balik komen kawan-kawan.sebenarnya kakna tak jawap sebab nanti kawan-kawan tak sempat nak tengok pun.macam tu kakna ni pun..  jadi kakna berkunjung balas ke rumah kawan-kawan semula untuk berkomen ni.itulah ribuan maaf yang kakna pohonkan....

berbalik pada resepi hari ini, percubaan kakna membuat kuih bom.memang kakna tak pernah buat kuih ni.tambah-tambah dengar dari pengalaman orang.kuih ni meletup bila di goreng.kuih bom katakan...  satu hari kakna nampak dalam FB kawan ni.gerenti jadi dari Faridah harun.kebetulan inti pau ada lebih hari tu.jadi kakna pun cuba... akhirnya.. Alhamdulillah... berkat kemahuan jadi...  terima kasih pada empunya resepi dan mohon halalkan..

ONDE-ONDE
bahannya:
250 gm tepung pulut
5 sudu besar tepung gandum
1/4 cawan minyak masak
air garam secukupnya (1 sudu teh garam)
bijan secukupnya.
inti boleh semak dalam resepi pau kacang hijau.

caranya:
gaul tepung pulut bersama tepung gandum dan masukkan minyak dan gaul sebati.masukkan air bergaram sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh.kemudian bahagi doh kepada beberapa bahagian yang di kehendaki.isi inti yang telah di bulatkan terlebih dahulu sebelum di masukkan dalam doh.ambil doh kecil dan lemperkan kemudian masukkan inti dan tutup doh dan golek-golekkan hingga bulat.kemudian golekkan dalam bijan hingga rata.untuk lebih mantap lagi.golekkan semula dalam bekas lain agar bijan betul-betul lekat pada kuih.siap semua doh bolehlah di goreng hingga kekuningan.siap di hidang.

Friday, 13 April 2012

pau kacang hijau


salam petang jumaat..
            jom minum petang dengan kakna.kuih pau lagi versi menghabiskan tepung pau.hari tu kakna buat dengan inti kelapa.yang ini kakna guna kacang hijau lak.teringat masa kecik2 dulu mak selalu buat kuih pau guna inti kacang hijau.sekarang tak ada orang jual guna kacang hijau.buat sendirilah..

resepi yang kakna guna dulu pun kakna ubah sikit maknanya tak sama.dulu guna mentega yang ini kakna guna shortening.ok jom tengok resepi.


PAU KACANG HIJAU
bahannya:
500gm tepung pau
4 sudu gula pasir
2 sudu kecil yis segera
2 sudu shortening
1 sudu kecil garam
air secukupnya.

caranya:
masukkan tepung dalam mangkuk besar.kemudian masukkan yis dan gaul rata.masukkan gula dan sorhtening sambil gaul rata.masukkan garam dan air sedikit-sedikit sambil uli hingga menjadi doh.macam biasa biar kan doh dan tutup hingga kembang lebih kurang 30 minit.kemudian uli semula dan bahagi doh kepada saiz yang di inginkan.masukkan inti dan biar doh naik semula baru kukus selama 30 minit.

inti kacang:
bahannya:
250gm kacang hijau ( rebus hingga empuk)
100gm kelapa parut
50 gm gula merah
50 gm gula putih
secubit garam

caranya:
rebus kacang hingga betul2 empuk.masukkan semua bahan lain dan gaul rata hingga sebati.masak dengan api sederhana agar inti betul2 kering dan sebati.siap bolehlah di guna.

Thursday, 12 April 2012

ayam ala briyani


Assalamualaikum.....
           salam mesra untuk semua.....  dah lama tak datang ke alam maya ni.bz di alam nyata maka tak dapatlah datang ke alam maya ni.tapi kawan-kawan di alam maya ni kakna tak lupa...

kakna pernah entry ayam masak beriani ni.tapi yang ini kakna ubah sedikit untuk tidak berkuah.kakna nak bersalut saja kuahnya yang pekat dan kurang pedas.sesuai untuk kanak-kanak.ok jom layan resepi.

AYAM ALA BRIAYANI
by :kakna

10 ketul paha ayam
2 batang serai*
2 cm halia*
2-3 cm lengkuas*
4 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
2 sudu rempah briayani
2 sudu rempah daging
1/2 cawan susu cair
rempah tumis (cengkih.lawang.pala dan kulit kayu manis)

caranya:
mesin bahan-bahan * hingga halus.
ayam di cuci dan gaul garam dan kunyit.goreng separuh masak dan angkat.tinggal sedikit minyak untuk menumis.tumis rempah tumis hingga naik bau masukkan bahan yang dimesin.masukkan rempah briayani dan rempah daging.kacau hingga sebati dan agak kering sedikit.masukkan ayam dan gaul rata.masukkan susu cair dan perasakan dengan garam secukupnya.masak hingga kering atau hingga bersalut bahan dengan ayam.bolehlah di angkat dan hidang.

Wednesday, 4 April 2012

ayam bakar


Assalamualaikum.......
                 salam sejahtera dan salam ceria selalu untuk semua.agar di rahmati dan sihat selalu.bertemu semula setelah beberapa lama tak bersua di alam maya ini.kita hanyalah manusia biasa ada kalanya ok adakalanya ko.kekadang malas dan berat untuk melakukan apa-apa.kalau di ikutkan hati semua benda nak di lakukan.tapi apakan daya tenaga yang kurang dan kekurangan diri yang membatasi segalanya.


sebenarnya ini entry tertangguh. igatkan dah masukkan semalam.kakna buat ayam bakar ni ikut resepi sendiri je.. letak apa yang terasa nak letak dan apa yang ada di dapur.di makan dengan sos lada yang pernah kakna buat sebelum ni.memang sedap di makan panas-panas lagi best... sebenarnya kakna sendiri tak tahu nak letak nama resepi ni jadi cukuplah dengan ayam bakar sebab di bakar.

AYAM BAKAR
oleh: kakna
bahannya:

1 ekor ayam
2 biji bawang putih
2 biji bawang besar
2 batang serai
1 cm halia
1/2 cawan pati santan
serbuk lada
kunyit
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
garam

caranya:
bawang merah,bawang putih,serai dan halia di mesin halus.ayam di cuci dan toskan.masukkan semua bahan dan ayam gaul sebati dan perap sejam.panaskan oven 250C.susun ayam dan bakar hingga masak.boleh juga guna arang jika suka.siap bolehlah di hidang panas-panas bersama sos lada.

Thursday, 29 March 2012

lopis pulut


Assalamualaikum.......
                salam sejahtera dan selamat pagi jumaat untuk semua.dengan harapan semua berada dalam kaadaan sihat-sihat belaka.itu harapan untuk semua kawan-kawan.dah sampai nak habis satu minggu.cepatnya masa berlalu.bagaimana kawan2 persiapan kita di hujung usia ni.adakah kita dah kumpul bekalan yang secukupnya.....

jom sarapan lopis dengan kakna.ada lagi ni.... cukuplah untuk sarapan pagi ni sorang seketul.masa kakna buat apam pinggan hari tu ,hubby kakna igatkan lopis.tu yang kakna buat lopis hari ni untuk che abang.di umah kakna ni sama memang semua suka pulut.ok budak kecik dah banggun, cukup dulu..

LOPIS PULUT
by: kakna
bahannya:
3 cawan pulut
300gm gula merah
200gm kelapa parut.
2-3 helai daun pandan
secubit garam
pewarna hijau

caranya:
rendam pulut dengan pewarna hijau selama sejam.panaskan kukusan.tapis pulut dan masukkan dalam loyang. mesin daun pandan dengan tiga cawan air dan tapiskan. masukkan air daun pandan dalam loyang yang berisi pulut.kukus hingga masak pulutnya.gaul kelapa parut dengan kelapa dan masukkan dalam loyang yang lain.setelah pulut masak bolehlah di angkat.masukkan kelapa parut dalam kukusan dan kukus 5-10 minit.ambil tudung botol (kakna guna tudung botol nescafe).sapu minyak kemudian sudukan pulut dan tekan rapat-rapat.keluarkan dan golek-golekkan dalam kelapa.siap di hidang bersama air gula merah.untuk air gula pula. masukkan gula merah dalam periuk dan masukkan 11/2 cawan air dan daun pandan.didihkan hingga pekat sedikit.tapiskan air gula dan siap di hidang bersama lopis.

Wednesday, 28 March 2012

apam gandum


Assalamualaikum....
            selamat petang dan salam ceria dari kakna untuk semua.dah kenyang makan tenggahari ke..       
atau dok buat persiapan untuk minum petang pula.itu lah kita kaum ibu ni sentiasa memikirkan nak masak apa pagi petang setiap hari.kekadang keputusan idea untuk masak buat keluarga.

kakna ada tayangan apam pinggan ari ni. kakna tenggok ramai kawan2 dalam FB  buat kuih ni.sebenarnya kakna pertama kali buat ni.percubaan pertama la ni.sebelum ni pernah juga merasa.lebih sedap buat sendiri.rasanya resepi ini asalnya resepi mat gebu.apa-apa pun jom cuba dulu.

APAM PINGGAN
sumber: mat gebu

bahannya:
500gm tepung gandum.
3/4 cawan gula perang
2 cawan air.
11 gm yis kering
1/2 cawan air suam.
kelapa di gaul dengan sedikit garam.

caranya:
gaul rata tepung dengan gula.larutkan yis dengan air suam hingga sebati.kemudian tuang ke dalam tepung dan gaul sambil tambah air sedikit-sedikit. kacau dengan wishk hingga sebati dan tak bergentil.laser loyang dengan minyak.tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan 1 jam hingga naik.kukus selama 40-45 minit.bila sejuk bolehlah di hidang dengan kelapa.

Tuesday, 27 March 2012

bingka kukus berpisang.

 Assalamualaikum..........
              selamat pagi dan salam mesra untuk semua.terima kasih sudi bertandang ke blog kakna yang sangat tak seberapa ni.kakna buat blog ni pun sekadar berkongsi dengan kawan -kawan apa yang kakna dah cuba.kalau tak menjadi kakna tak siarkan ini apa yang telah kakna hasilkan dan sedap jadinya.dari kata-kata pun kakna tak pandai nak olah sangat.cukup sekadar kata dua...

sebenarnya kakna nak siarkan kemarin.di sebabkan kurang masa ari ni baru kakna siarkan.apa kakna nak bagi nama pun tak tahu resepi ni.asalnya kakna guna resepi bingka roti dari rumah home sweet home (kak ummi).kakna cuba tambah pisang sebab pisang banyak kat umah ni.inilah jadinya.sedap bukannya tak sedap tambah bila simpan dalam peti ais lagi sedap.pengemar pisang mesti sukanya.

BINGKA ROTI KUKUS BERPISANG.
resepi asal : notabilia
sumber: kak ummi
di olah: kakna

bahannya:
8 keping roti
4 biji pisang berangan
200ml santan  (kara)
200ml air
3/4 cawan gula
4 biji telur
1 sudu teh garam
pewarna kuning

caranya:
masukkan santan.air,gula,telur dan garam dalam mangkuk dan kacau dengan whisk agar sebati.kacau dengan tangan saja tak perlu guna mesin.masukkan sedikit pewarna kuning.kemudian rendam roti dalam adunan.sementara itu sapu sedikit minyak pada loyang 8".pisang dipotong dua dan buang kulitnya.dengan perlahan ambil pisang dan gulung dalam roti satu persatu hingga habis sambil susun dalam loyang.tuang lebihan adunan dalam loyang.dan kukus selama 40-45 minit.siap di hidang panas atau sejuk.

Sunday, 25 March 2012

kentang putar


Assalamualaikum..................
                 selamat pagi dan salam ceria untuk semua...  dah mula hari pertama untuk minggu ni.hari ni kakna kena cepat ni kejap lagi tak ada karan dah dapat notisnya.walau macam mana sekali pun kakna harap kawan2 semua berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu..
kakna harap maaf di sini..  kakna jarang jawab balik commen kawan2 tapi kakna baca commennya.kakna jawab balik dalam blog kawan2 saja la... ok.

hari ni kakna ada entry kentang putar yang tak seberapa ni.asal buat sos lada untuk nasi ayam ari tu.dah orang dalam umah ni kata sedap sos ladanya. asyik nak sos lada.tambah anak gadis kakna yang kecil tu nak mama dia buatkan sos lada sedap katanya buat la lagi..  pasni tak payah beli di kfc lagi. semua buat sendiri la..  kentangnya pula kakna tak lah tenggok betul2 dari resepi sesiapa.cuma bila kakna dalam tv kadang bahan yang di masukkan jadi macam mana kakna adaptasi kan resepi ni ya. sukatan pun agak2 je.. jadi kakna pakai sukatan sendiri.ok jom layan...

KENTANG PUTAR
bahannya:

2 biji kentang
3/4 cawan susu segar
2 sudu besar mentega
secubit garam.

caranya:
kentang di buang kulitnya dan rebus hingga empuk.tuang airnya dan lenyek panas2 dalam periuk itu juga hingga halus.kemudian masukkan susu segar dan mentaga sambil di lenyek lagi.masukkan garam dan lada sulah (jika suka).siap bolehlah di sendukkan dengan skop ais krim dan hidang bersama sos lada.

SOS LADA.
sumber : kak fida (myresepi)
bahannya:

3 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
300ml susu segar
300ml air panas
1 keping kiub ayam
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu kecil cuka
1 sudu besar lada hitam

caranya:
cairkan mentaga di dalam kuali/periuk dengan api yang kecil.masukkan tepung gandum dan masakkan hingga berbuih.kemudian masukkan susu segar ,air panas dan kiub ayam dan kacau rata.bila dah rata bolehlah masukkan semua bahan lain dan kacau sebati.masak hingga pekat,jika terlalu pekat bolehlah di tambah sedikit air/ susu mengikut kepekatan yang kita mahu.siap boleh di hidang dengan kentang atau boleh juga dengan ayam panggang.

Friday, 23 March 2012

gulai udang

Assalamualaikum............
           selamat cuti dan salam sayang untuk semua.....         ari ni tak ada apa yang istimewa pun saja-saja masukkan entry ni.kalau nak tahu makan ringkas ni la yang senang nak masak.sebenarnya makanan laut jenis seafood ni memang sesuai di masak gulai dengan nenas.inilah yang senang tak payah nak di fikirkan.kalau ada jenis siput-siput pun inilah yang sesuai di masak.manis rasanya asli lagi.boleh cuba yang lain pun .tapi dari datuk nenek inilah resepi yang di masak dengan makanan laut ni. apa-apa pun kita yang buat dia kan..

GULAI UDANG.
bahannya:

300gm udang
1 biji nenas (sederhana)
10-15 biji cili padi*
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 batang serai
1 helai daun kunyit
1 sudu kecil serbuk kunyit
250 ml santan pekat
garam

caranya:
cuci udang dan potong nenas.mesin bahan * hingga halus.masukkan dalam periuk.serai di ketuk.masukkan semua bahan dalam periuk dan masak lah macam biasa.santan jangan banyak nanti nenas akan mengeluarkan air.siap bolehlah di hidang.

kerabu suun

Assalamualaikum.........
             selamat petang...  sedang masak apa tu.. minum petang ni mesti best kan.....   kebetulan kakna ada ruang masa sedikit untuk kakna berkongsi resepi ni dengan kawak-kawan.kakna buat untuk makan tenggahari tadi.sorry.... dah habis..  nak kata apa rasanya.kakna tak pandai nak kata.jika suka suun boleh lah cuba.

KERABU SUUN.

bahannya:
100gm suun (rendam)

5-6 biji cili padi -di hiris
1 batang serai- di hiris
2 biji bawang merah -di hiris

1 biji cili hidup*
1 inci belacan*
1 sudu udang kering*
bahan * di tumbuk halus.

1biji limau kasturi
garam dan gula secukup rasa.

caranya.
tos suun dan kemudian  masukkan bahan yang di hiris.masukkan bahan yang di tumbuk halus dan gaul rata.kemudian perah limau dan tambah garam dan gula secukup rasa.gaul rata siap di hidang.

Thursday, 22 March 2012

donat

 Assalamualaikum..........
                selamat pagi jumaat untuk semua.di mana hari berhimpunnya kaum adam menunaikan fardu wajib sebagai umat islam.sebagai isteri yang patut memudahkan suami menjalankan tangungjawab bersedia membantu....

jom bf donat dengan kakna... agak lewat kan.. tak pa kaum isteri sibuk masak awal ari ni.sebab semua orang balik awal tenggahari ni.untuk menjamu hidangan isteri /ibu yang tercinta.dengan bangga si suri menghidangkan satapan untuk keluarga.

bercakap pasal donat la pula.dah lama kakna tak mendonat.donat yang ni kakna cuba guna resepi kawan blog.dari blog azlita oleh rima.saja-saja nak cuba.bila dah buat donat sekarang ni mesti kena salut coklat. dah jadi tren masa kini lak.kalau nak tahu perbezaannya kenalah cuba sendiri.

DONAT
by: rima
sumber: azlita (masam manis)

bahannya:
500gm tepung roti
100gm gula
11gm instant yis
4 biji kuning telur
200ml air

100gm mentega
1 sudu kecil garam

untuk hiasan
200gm coklat masakkan
almond [kakna tak guna pun]

caranya
ayak tepung dalam mangkuk besar.kemudian masukkan yis dan kacau rata.kemudian masukkan gula,kuning telur dan air sambil kacau rata.kemudian masukkan mentega dan garam gaul rata hingga menjadi doh.uli hingga tak melekat pada jari.rehatkan doh selama 20-30 minit dengan menutupnya.bila dah kembang bolehlah di uli lagi dan terap jadi donat.rehatkan 20 minit kemudian goreng hingga kuning.biar sejuk bolehlah di hias.

Wednesday, 21 March 2012

pau kari


Assalamualaikum.........
            selamat pagi dan salam ceria bersama sang suria yang sedang menampakkan diri bersama sinarannya.sihat dan segar di pagi hari ini hendaknya pada kawan-kawan semua.tahniah pada yang ada anak-anak yang baru mendapat keputusan spm.debaran menanti selama ini dah pun terurai.tahniah...

 inilah hasil pau yang kakna buat.gebukan.. seingat kakna pernah sekali dulu buat pau ni.lepas tu inilah percubaan yang kakna buat pula.kakna ambil dari umah kakna ummi resepi yani .minta halal resepinya.memang gebu dan terasa macam seronok la pula nak menggepau lagi lepas ni.kakna memang suka kalau resepi yang di cuba menjadi dan berkongsi dengan kawan-kawan.

entah mengapa sudah terbiasa agaknya kalau makan pau mesti nak dibuang kulitnya.padahal pau di buat sendiri dah tentu kebersihannya.bila dibuang kulitnya bertambah gebu lagi pau tu kot... apa-apa pun tak kisah la..asal jadi hasilnya memang berbaloi.

PAU KARI
sumber: ummi (home sweet home)
resepi: yani (myresepi)

bahannya:
300gm tepung pau /tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
160-165 gm air suam
2 sudu kecil yis kering
21/2 sudu gula halus
1 sudu besar lemak sayur (shotening)
inti

caranya:
campurkan tepung,baking powder dan garam.kacau hingga rata.dalam bekas lain satukan air suam,gula dan yis.kacau hingga sebati dan larut.kemudian satukan larutan yis dengan tepung dan uli hingga licin.kemudian masukkan lemak sayur dan uli lagi hingga licin.rehatkan doh 30 minit atau hingga kembang.kemudian uli semula dan bolehlah di bahagi kepada beberapa bahagian yang anda suka.kakna buat 18 ketul.kemudian bulat-bulatkan dan masukkan inti.biar 20 minit atau hingga kembang baru kukus.dengan mengunakan api yang kuat kukus pau selama 15-20 minit.jangan buka tudung kukusan sebelum masak paunya.

INTI
sumber: kakna sendiri
bahannya:
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
200gm isi ayam
2 sudu rempah kari
garam dan gula

caranya:
panaskan 2 sudu minyak masak.kemudian tumis bawang putih.masukkan rempah kari yang telah di bancuh dengan sedikit air.masak rempah hingga masak atau pecah minyak.masukkan bawang besar yang telah di potong dan isi ayam yang telah di dadukan.masak hingga agak kering sedikit supaya mudah untuk di intikan.masukkan garam dan gula secukupnya.siap untuk filling.

Tuesday, 20 March 2012

nasi ayam sos lada


Assalamualaikum..........
             selamat pagi rabu dan salam ceria untuk semua.dah nak habis minggu ni,cepat masa berlalu.tak tahu nak bercerita apa dengan kawan-kawan ari ni.
jom cuba nasi ayam kakna! selalu sangat makan nasi ayam sekali sekala nak tukar menu yang ada kelainan sikit.apa pun apa yang kita dah usaha mesti berbaloi.kakna masak nasi ayam ni cara mudah saja.tentu senang untuk di ikuti.

NASI AYAM SOS LADA
untuk sup:
bahannya:
 300gm ayam (bahagian tulang pun boleh)
2 sudu besar rempah sup.
3 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*
2 inci halia*
rempah 4serangkai (cengkih,pala,kayu manis dan lawang)
air secukupnya
garam
perasa.

caranya:
Bahan yang bertanda * dikisar halus.panaskan 2 sudu minyak dan tumis rempah 4 serangkai tadi.kemudian masukkan bahan kisar dan kacau hingga naik bau.masukkan ayam dan biarkan sebentar sambil kacau.kemudian masukkan air secukupnya(.air di lebihkan untuk masak nasi nanti).bila sudah mendidih bolehlah masukkan garam dan perasa secukupnya.

untuk nasi:
bahannya:
500gm beras
1/2 tin susu cair
2 helai daun pandan
sup secukupnya.
3 sudu stok ayam.

caranya:
beras di cuci dan toskan.masukkan dalam periuk atau rise cooker.kemudian masaukkan susu cair da sup tadi secukupnya mengikut sukatan beras yang di guna macam biasa.masukkan daun pandan dan masak macam nasi biasa.

ayam goreng:
bahannya:
4 ketul ayam
1 inci halia
2 ulas bawang putih
3ulas bawang merah
kunyit
tepung jagung secukupnya

caranya
halia,bawang putih dan bawang merah di mesin halus.kemudian di gaul bersama kunyit dan sedikit garam dengan ayam.diperap sekejap.bancuh tepung dengan air dan celup ayam .goreng ayam hingga masak.siap

sos black pepper:
bahannya:
3 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
300ml air panas
300ml susu segar
1 kiub ayam
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu kecil cuka
1 sudu besar lada hitam( boleh lebih jika suka)

caranya;
cairkan mentega dalam periuk dengan api yang kecil.bila sudah cair masukkan tepung dan goreng hingga berbuih.kemudian masukkan semua bahan2 lain dan gaul rata.masak hingga pekat.jika terlalu pekat boleh tambah air atau susu.siap bolehlah di hidang dengan set nasi ayam.

asam pedas ikan senangin

Assalamualaikum........
               selamat petang selasa dan salam ceria untuk semua rakan2 tak kira di mana ada.sihat yang penting.hari ni kakna agak ter lewat untuk berentry.mungkin kawan2 sedang menyiapkan menu petang untuk petang ni.menu kakna pula menu tenggahari lagi.asam pedas ikan senangin.ok.kakna tak pandai nak bercoloteh tambah pula panjang2.

ASAM PEDAS IKAN SENANGIN.
bahannya:

2 ekor ikan senangin
15 biji cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
air asam jawa
daun kesum
sedikit halba.
2 inci belacan

caranya:
bersihkan ikan.cili dikisar halus.bawang merah,bawang putih,halia dan lengkuas di mesin bersama dengan belacan.panaskan minyak tumiskan halba dan bawang yang telah di mesin hingga garing dan masukkan cili kisar.masak hingga cili masak dan masukkan air asam secukupnya dan boleh tambah air untuk dapatkan kuantiti kuahnya.kacau dan masak hingga didih masukkan ikan dan garam serta sedikit gula secukup rasa.masukkan daun kesum dan didihkan hingga masak siap di hidang.

Sunday, 18 March 2012

mee bandung

Assalamualaikum.......
               selamat hari isnin dan salam ceria untuk semua.ari ni untuk memulakan entry kakna tak ada apa yang istimewa pun hanya sekadar mee saja.kakna buat untuk sarapan.seingat kakna dulu kalau nak makan macam ni, mesti pergi kedai mamak.al maklum la di utara ni dulu kedai mamak la yang popular.. sekarang ni lak popular dengan nasi kandar.. tapi mamak sekarang bukan asli macam dulu lagi.resepinya pun dah tak sama macam dulu.kalau nak makan kena buat sendiri.ok la jom kita tenggok resepi kakna.

MEE BANDUNG
sumber: kakna sendiri.

bahannya:
500gm mee kuning
150gm udang hidup
150gm sotong
200gm ayam/daging
2sudu besar cili kisar
1/2 botol kecil cili sos
2-4 sudu besar sos tiram
3 susu besar kicap
2 biji tomato
1 batang karet
2-3 pokok sawi
taugeh
3 biji telur
fish kek/ball

untuk hiasan:
limau,bawang goreng,daun sup.

caranya:
panaskan 2 sudu minyak masak.tumis bawang merah dan bawang putih.bila garing masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.kemudian masukkan ayam/daging,sotong dan udang.kemudian masukkan sos cili dan sos tiram.masukkan air secukupnya untuk kuah yang di kehendaki.masukkan kicap dan semua sayur.biar didih dan masukkan garam dan perasa.pecahkan telur kedalam kuah yang sedang didih biar seketika.bila siap dan cukup rasa bolehlah masukkan mee dan hidang panas-panas.

Thursday, 15 March 2012

ais krim potong


Assalamualaikum.......
                selamat pagi jumaat.. dan salam ceria untuk semua .dah habis satu minggu,sekejap rasanya.itulah akhir zaman di katakan cepat masa berlalu.hari isnin nanti bermula rutin yang sibuk dengan anak-anak sekolah semula.

anak-anak ramai di rumah masak apa pun habis.nanti dah mula sekolah anak2 balik asrama,dah tak ada orang nak tolong habiskan masakkan kita lagi.sekarang cuaca tak menentu kadang hujan kadang tak.kalau hujan terasa nak makan yang panas2.bila tak hujan nak makan yang nyaman tekak ni la pula.kakna dah lama simpan resepi ais krim ni.nak buat tunggu anak2 ada di rumah.jadi buatlah kakna ais krim potong ni.

AIS KRIM POTONG
sumber : my resepi
resepi: mat gebu

bahannya:
bahagian A.
250gm gula kastor
3-5 sudu besar coffemate
350ml air

bahagian B.
1-5 sudu paras tepung ubi
3 sudu besar tepung jagung
50ml air

bahagian C.
80gm susu pekat
500ml santan
perasa
(perasa untuk durian = 200gm isi durian,250gm untuk kacang merah,1 tin jagung untuk jagung)
perasa ini hendaklah diblend dengan santan.

caranya:
guna kaedah wisk dengan api sederhana dan setiasa kacau.
masukkan bahan A dan larutkan.kemudian masukkan bahan B kacau sampai didih masukkan bahan C.sentiasa kacau.bila didih tutup api dan tuang dalam acuan.biar sejuk dan masukkan dalam freezer semalaman.

Tuesday, 13 March 2012

ikan siakap bakar


Assalamualaikum......                                                                                                                   
selamat petang.sudah makan tenggahari kawan-kawan.rasanya tenggah
memikirkan menu petang pula.al maklum lah anak semua ada di rumah.kakna di sini petang hari nak hujan dan mendung aje..  nanti nak jalan umah kawan dalam blog nak cari menu petang ni yang sesuai dengan cuaca.jom cuba ikan bakar kakna! .kakna cuba resepi sendiri je.bagi kakna ok la sebab mengikut selera kakna sendiri.kawan-kawan nak cuba pun boleh.bahan-bahannya ikut selera sendiri.                             

IKAN SIAKAP BAKAR                                                                                                                        
bahannya:                                                                                                                                                

2 ekor ikan siakap                                                                                                                                       
10 biji cili kering                                                                                                                                          
2 biji bawang besar                                                                                                                                   
3 ulas bawang putih                                                                                                                                  
2-3 batang serai                                                                                                                                       
2cm lengkuas                                                                                                                                           
daun kunyit                                                                                                                                              
air asam jawa                                                                                                                                           
garam dan gula.                                                                                                                                          

caranya:                                                                                                                                                     
ikan di cuci bersih dan ketepikan.kisar semua bahan-bahan lain hingga halus.panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak.kemudian tumis semua bahan kisar.kacau selalu dan sambil masukkan garam dan gula.jangan lupa masukkan asam jawa dan masak hingga kering airnya.bila sudah pekat bolehlah di angkat.ambil aluminuam boil secukupnya untuk membalut ikan dan lapik dengan daun pisang atau daun kunyit.letakkan ikan dan tuang bahan cili tadi ke atas ikan.kemudian balut kemas ikan dengan aluminium boil.sementara itu panaskan kuali dengan api sederhana dan letakkan ikan tadi dan bakar sambil balik-balikkan agar masak rata.lebih kurang 10-15 minit atau hingga masak.sedap di hidang panas-panas.        

Sunday, 11 March 2012

tart telur


Assalamualaikum...
                  selamat pagi isnin dan selamat memulakan hari awal minggu.tapi minggu ni agak lain sikit ye.. kawan-kawan yang ada anak yang dah bersekolah.minggu ni mesti sibuk atau senang sikit sebab tak perlu menjemput atau menghantar anak ke sekolah.tapi kena rajin masak dan sentiasa ada makanan di dapur tu.
sebagai ibu yang sepenuh masa macam kakna ni al maklumlah sentiasa masak.

ok lah jom tengok tart telur kakna ni.pertama kali kakna mencubanya.kakna suka ulang buat resepi apa yang anak-anak suka.kalau anak-anak tak suka malas rasanya nak buat.bukannya apa nanti kakna yang gemuk sebab sayang tak ada orang yang makannya.resepi ni dah lama kakna ambil sebelum aktif dalam alam maya ni lagi.tapi  baru cuba.

TART TELUR
by:  mamafahmi

bahan pastry:
200gm butter
80gm gula aising
300gm superfine flour
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila.

Filling:
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudubesar tepung kastad
1/2 sudukecil esen vanila.
pewarna kuning

cara untuk pastry:
pukul butter dan gula hingga kembang.kemudian masukkan telur dan esen vanila seterusnya tepung kacau hingga jadi doh.ambil doh kemudian ratakan atau gelek setebal 1/2 cm terap dengan acuan.kakna ambil sebesar ibu jari doh kemudian tekan rata dalam acuan tart.cucuk dengan garpu dan bakar selama 10 minit keluarkan masukkan filling bakar semula 20 minit atau mengikut oven anda.

cara untuk filling:
satukan semua bahan-bahan filling dan kacau rata hingga sebati.tak perlu di pukul.cukup dengan kacau manja.

Thursday, 8 March 2012

laksa utara


Assalamualaikum...........
               selamat pagi dan salam jumaat untuk semua kawan-kawan,ceria-ceria selalu hendaknya.dah lama kakna tak muncul dalam alam maya ni.terasa tensen juga bila buka je.. haging! berhari-hari lak tu.nak masuk mana-mana pun tak leh.nak melawat kawan-kawan pun tak leh.walau macam mana pun hari ni Alhamdulillah dapat juga datang berentry.

apa-apa pun jom tenggok entry tertangguh kakna kali ni.laksa entrynya.. tentu ramai yang gemarkan laksakan.biasanya bagi kakna orang yang kakna jumpa la.. suka laksa.laksa ni laksa utara sebab kakna orang utara he.. kakna guna resepi sendiri la.memang la kan kakna orang utara.memang dah biasa buat laksa utara ni.sebenarnya ada orang yang suka kuahnya yang cair dan ada yang suka likat.macam my hubby ni mesti nak kuahnya likat dan lemak lagi.lemaknya bukan santan tau.. lemaknya yang terhasil dari campuran isi ikan tu sendiri.kebiasaannya kakna guna ikan sardin/selayang campur dengan ikan kembung.ok.. jom tengok resepi.

LAKSA UTARA

bahan kuahnya:
1/2kilo ikan selayang
1/2kilo ikan kembung
15 biji cili kering*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 cm belacan*
asam keping
garam
perasa
bunga kantan
daun kesum

bahan hiasannya:
bawang besar.
telur rebus.
limau nipis / kasturi.
cili padi atau cili hidup
daun selum
jika suka boleh guna sebarang daun ulam-ulaman.

caranya:
ikan di bersihkan dan rebus.angkat dan toskan.asingkan isi dan tulang ikan.tulang di mesin dan tapis agar tak bertulang.isi ikan di mesin halus dan masukkan ke dalam periuk bersama air tapisan tulang tadi.mesin bahan-bahan yang bertanda * hingga halus.masukkan dalam ikan dan masak hingga didih sambil masukkan daun kesum,bunga kantan dan garam secukup rasa bersama perasa.siap mudah kan..bahan hiasan hendaklah dipotong nipis-nipis.