rakan-rakan vip
Sunday, 11 March 2012
tart telur
Assalamualaikum...
selamat pagi isnin dan selamat memulakan hari awal minggu.tapi minggu ni agak lain sikit ye.. kawan-kawan yang ada anak yang dah bersekolah.minggu ni mesti sibuk atau senang sikit sebab tak perlu menjemput atau menghantar anak ke sekolah.tapi kena rajin masak dan sentiasa ada makanan di dapur tu.
sebagai ibu yang sepenuh masa macam kakna ni al maklumlah sentiasa masak.
ok lah jom tengok tart telur kakna ni.pertama kali kakna mencubanya.kakna suka ulang buat resepi apa yang anak-anak suka.kalau anak-anak tak suka malas rasanya nak buat.bukannya apa nanti kakna yang gemuk sebab sayang tak ada orang yang makannya.resepi ni dah lama kakna ambil sebelum aktif dalam alam maya ni lagi.tapi baru cuba.
TART TELUR
by: mamafahmi
bahan pastry:
200gm butter
80gm gula aising
300gm superfine flour
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila.
Filling:
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudubesar tepung kastad
1/2 sudukecil esen vanila.
pewarna kuning
cara untuk pastry:
pukul butter dan gula hingga kembang.kemudian masukkan telur dan esen vanila seterusnya tepung kacau hingga jadi doh.ambil doh kemudian ratakan atau gelek setebal 1/2 cm terap dengan acuan.kakna ambil sebesar ibu jari doh kemudian tekan rata dalam acuan tart.cucuk dengan garpu dan bakar selama 10 minit keluarkan masukkan filling bakar semula 20 minit atau mengikut oven anda.
cara untuk filling:
satukan semua bahan-bahan filling dan kacau rata hingga sebati.tak perlu di pukul.cukup dengan kacau manja.
Labels:
tart
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam kak na! sedapnyer tart! kita kalau ada telur2 ni kurang tp tgk keadaan jugak, kdg tu kita suke ehehe.. tp tart telur bukan pestaim jadinya leh makan ehehe... ternmpk laksa akak kat bwh tu teringin pulak nak mkn laksa tp ikan takde!!!! :(
ReplyDelete