rakan-rakan vip
Thursday, 1 March 2012
kek pisang bercoklat chip
Assalamualaikum.....
selamat pagi dan salam ceria.lama tak jumpa kawan-kawan.tahulah kakna masa yang di maksudkan lapang sebelum sibuk.dah seminggu tertangguh entry ni.kakna buat jumaat lepas jumaat ni baru dapat entry sambil berperang dengan budak kecik ni.minggu lepas kakna pergi hantar anak dara kakna balik ke univisitinya.. pastu dah tak ada yang boleh membantu di umah ni.. apa lagi tinggal budak kecik yang sangat lasak tu sampai mama dia nak buat apa pun tak boleh. kemas sini sepah sana.. tulah keja budak kecik tu.dah tak larat lagi dah kakna ni nak melayannya.dah tua agaknya kakna ni.masih ada budak kecik.
kek ni kek pisang yang kakna hantam sendiri.sebenarnya kakna terfikir macam mana nak buat kek yang biasa dengan pisang ni.rasa tak mahu yang lembap,tapi gebu.jadi dok fikir2 cubalah adun sendiri bahannya.alhamdulillah... jadi dan gebu lagi.jom cuba..
kek pisang bercoklat chip.
bahannya:
6 biji pisang berangan
3/4 cawan mentega
1 cawan gula halus
3biji telur
250gm tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil ovallate
coklat chip secukupnya.
caranya
leyek pisang hingga hancur ketepikan.putar gula dan mentega kemudian masukkan ovallate dan putar lagi hingga putih.kemudian masukkan telur satu persatu sambil putar hingga kembang.masukkan pisang dan putar lagi hingga sebati.perlahankan mixer dan masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan * ini.setelah sebati hentikan mixer.masukkan setenggah coklat chip dan kaup balikkan dengan senduk.siap bolehlah masukkan dalam acuan dan tabur coklat chip di atasnya. bakar dengan api atas dan bawah dengan suhu 170C atau mengikut oven masing-masing.bila dah perang bolehlah cucuk dengan lidi untuk memastikan kek sudah masak.
Labels:
kek
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pagi kak na.. banyak nya kek pisang, bagi melly 20 kak.. buat minum petang nanti.. hehe
ReplyDeleteassalam kakna,
ReplyDeletewah ada mapin pisang kat sini..mewah betul kita tengok dgn coklat cips tu..aduh bak lah sini seketul kak na..