rakan-rakan vip

Showing posts with label pemanis. Show all posts
Showing posts with label pemanis. Show all posts

Wednesday, 25 April 2012

mousse mangga

 Assalamualaikum........
           selamat petang dan salam sejahtera serta di harap ceria-ceria di hari rabu ini.kakna lambat berentry tentu kawan-kawan sekarang ni sedang bersiap menyiapkan menu petang untuk keluarga.

 di atas pertanyaan kawan fb untuk kegunaan whipping cream.kakna pun buatlah resepi ini yang kakna ambil dari majalah masakkan.kadang kita tersilap beli dan tak tahu nak buat apa dengan apa yang kita terbeli.selalunya whipping cream ni untuk hiasan kek.yang selalunya la.. sebenarnya banyak kegunaannya.cuma kekadang kita takut nak mencuba..

yang ini kakna hiaskan dengan mangga.yang kosong tu kakna lupa nak hias.mousse ni sedap di makan sejuk.lebih kurang ais krim la pulak.jom cuba.

MOUSSE MANGGA
sumber:majalah masakkan.
by: kakna

bahannya A :
85gm biskut tiger (biskut lain pun boleh)
100gm mentega

bahan B:
250gm puri mangga
400gm whipping cream
35gm gelatin
250ml air
1/2 biji perahan lemon.
80gm gula kastor

caranya:
bahan A:
biskut di ramas halus dan gaul dengan mentega, ratakan dalam loyang.seeloknya guna loyang yang boleh di buka tepinya.loyang 7" yang kakna guna.simpan dalam peti ais agar ia mengeras.

bahan B:
pukul whipping cream hingga mengeras dan ketepikan.masak gelatin hingga sebati dengan api perlahan.biarkan sejuk.kemudian masukkan puri mangga,jus lemon dan gula ke dalam whipping ream dan kacau rata.masukkan gelantin dan kacau rata.seeloknya guna whisk.kemudian tuang keatas lapisan A.masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 4 jam.boleh hias dengan potongan mangga dan hidang sejuk.

Tuesday, 17 January 2012

kuah durian


Assalamualaikum.........
                  kakna masih lagi dengan durian.kali ni.. kuah durian pula.tentu ramai suka ni.. 

kuah durian ni kalau di utara di panggil serawa.boleh di makan begitu saja atau di makan dengan roti jala,pulut dan roti biasa.boleh juga di campur dengan bubur lain.

KUAH DURIAN
bahannya:
isi durian secukupnya
500ml santan
1/2 cawan gula
secubit garam
2 helai daun pandan.

caranya:
durian di asingkan dengan bijinya.jika suka tak perlu di asingkan.masukkan ke dalam periuk.kemudian masukkan semua bahan-bahan yang lain.masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau sampai didih.siap boleh lah di hidang dengan roti atau apa yang anda gemari.

Sunday, 15 January 2012

stawberry coklat


Assalamualaikum.........
                          selamat pagi dan salam ceria..... senyum lah di awal pagi ni agar kita semua di rahmati....hari untuk minggu ini sudah bermula dengan rutin harian.


di permulaan hari ini dan minggu ini kakna mulakan dengan stawberry coklat.sila-sila ambil sorang satu.. tak boleh lebih satu je... kalau kawan2 perasan stawbery kakna ni comot..kan.bukannya apa kakna nak letak sebanyak boleh coklat pada buah tu.kalau di celup semua tak nampak stawberry lak..

di sini ada kakna selitkan entri ais krim.kakna cuba buat aiskrim dengan buah stawberry tapi gambarnya tak menarik.jadi kakna selit je di sini.ok kita mulakan hari baru untuk minggu ni......

STAWBERRY COKLAT
bahannya:
buah stawberry
coklat masakkan
2 sudu mentega
2 sudu susu segar

caranya:
panaskan coklat secara dauble boil.kemudian masukkan mentega dan susu segar.bila dah cair bolehlah celup buah stawberry.mudah..kan.tak susah pun lepas tu kejap je dah habis.

AIS KRIM STAWBERRY
bahannya:
10 biji buah stawberry
1 cawan whipping cream
1 sudu gula kastor
hiasan:
jem stawberry

caranya:
kakna masukkan semua bahan ke dalam blender dan putar hingga kental.masukkan dalam bekas dan letak dalam freze.bila dah beku siap di ngap....

Wednesday, 11 January 2012

strawberry milk fresh fruit's pudding


 Assalamualaikum......
                      salam ceria semua.... ari ni kakna ada menu ringkas dan mudah untuk semua.


jom jamu selera.....sejuk tekak bila mkan ni.sesuai bila cuaca panas.


mudah untuk menyediakannya.cepat ..tak ambil masa yang lama.

STRAWBERRY MILK FRESH FRUIT'S PUDDING
sumber:hame sweet home

bahannya:
1/2 tin susu cair
50ml susu segar
gula (ikut rasa)
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar whipping cream
buau-buahan segar-boleh guna buah mengikut kegemaran

caranya:
masak susu cair bersama susu segar dengan api perlahan masukkan gula dan kacau hingga larut.padam api .sejukkan dulu.buah di potong dadu.setelah susu sejuk masukkan whipping cream dan buah yang telah di potong dadu.siap di hidang.boleh juga masukkan dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum di hidangkan.lebih sesuai di hidang sejuk.

Sunday, 8 January 2012

pavlova
















Assalamualaikum..............
                 salam sejahtera semua....   dah lama kakna menyepi tapi tak bermakna kakna tak berblog.hari ni kakna akan kembali berentry .buat masa permulaan ni kakna nak ucapkan kepada semua kawan-kawan semoga sihat walafiat dan mulakan azam tahun baru.sempena awal tahun dan permulaan tahun ini kakna nak beri pemanis kepada semua semoga hidup kita manis sentiasa jangan jadi kencing manis sudah.maksud kakna tak lain tak bukan memang manis tu la..... pavlova.ok jangan lupa senyum-senyum selalu untuk kemanisan hidup kita setiap hari....  sentiasa ceria bertambah rezeki...

POVLOVA
200ml telur putih ( 4 biji)
160gm gula kastor
1/4 sudu teh cream of tartar
2 sudu teh tepung jagung

HIASAN
200ml whipping cream
buah-buahan segar mengikut kegemaran.

caranya:
panaskan oven dengan suhu 120C.alaskan dulang dengan baking paper.pukul putih telur dan masukkan gula.pukul lagi dan masukkan cream of tartar.pukul sampai jadi merngue.kemudian ayak tepung atas telur tadi dan kaup balikkan hingga rata.kemudian bolehlah paipkan atas alas dulang tadi mengikut kehendak sendiri.bakar selama 1 jam atau nampak sikit kemerah-merahan.selepas masak biarkan di dalam oven 30 minit baru keluarkan untuk hiasan.