rakan-rakan vip

Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Thursday, 1 March 2012

kek pisang bercoklat chip


Assalamualaikum.....
                    selamat pagi dan salam ceria.lama tak jumpa kawan-kawan.tahulah kakna masa yang di maksudkan lapang sebelum sibuk.dah seminggu tertangguh entry ni.kakna buat jumaat lepas jumaat ni baru dapat entry sambil berperang dengan budak kecik ni.minggu lepas kakna pergi hantar anak dara kakna balik ke univisitinya.. pastu dah tak ada yang boleh membantu di umah ni..      apa lagi tinggal budak kecik yang sangat lasak tu sampai mama dia nak buat apa pun tak boleh. kemas sini sepah sana.. tulah keja budak kecik tu.dah tak larat lagi dah kakna ni nak melayannya.dah tua agaknya kakna ni.masih ada budak kecik.

kek ni kek pisang yang kakna hantam sendiri.sebenarnya kakna terfikir macam mana nak buat kek yang biasa dengan pisang ni.rasa tak mahu yang lembap,tapi gebu.jadi dok fikir2 cubalah adun sendiri bahannya.alhamdulillah... jadi dan gebu lagi.jom cuba..

kek pisang bercoklat chip.
bahannya:
6 biji pisang berangan
3/4 cawan mentega
1 cawan gula halus
3biji telur
250gm tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil ovallate
coklat chip secukupnya.

caranya
leyek pisang hingga hancur ketepikan.putar gula dan mentega kemudian masukkan ovallate dan putar lagi hingga putih.kemudian masukkan telur satu persatu sambil putar hingga kembang.masukkan pisang dan putar lagi hingga sebati.perlahankan mixer dan masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan * ini.setelah sebati hentikan mixer.masukkan setenggah coklat chip dan kaup balikkan dengan senduk.siap bolehlah masukkan dalam acuan dan tabur coklat chip di atasnya. bakar dengan api atas dan bawah dengan suhu 170C atau mengikut oven  masing-masing.bila dah perang bolehlah cucuk dengan lidi untuk memastikan kek sudah masak.

Monday, 20 February 2012

kek batik arora


Assalamualaikum......
                     selamat pagi dan salam ceria untuk semua kawan-kawan.semoga hari ini semua tugas dapat berjalan dengan lancar serta sihat-sihat hendaknya.


ari ni kakna pun tayang kek batik arora.kakna tengok sana sini ada je kek batik arora ni.tergoda la juga kakna.bahan dan caranya pun tak susah.mudah dapat dan sedap pula.kakna buat semalam.pagi ni ada sikit lagi.sape-sape nak boleh lah sepotong.kakna kalau buat kek apa pun.di umah ni kena makan ketika masih suam.kalau dah sejuk jawabnya kering la kek tu.kalau boleh habiskan masa tu kakna suruh habiskan.jangan nak simpan-simpan lagi.kalau ada jamuan di umah sedara ke apa baru kakna buat untuk di bawa sebagai buah tangan.mesti habis.seronok kakna kalau cepat habis.buat selalu pun tak pa.

mul-mula kakna nampak kek ni di umah azlita aziz,pastu kat umah mat gebu dah tergoda tapi belum cuba lagi.selepas tu tiap-tiap ari kakna nampak ada je kek batik arora ni.tu la sebab kakna terus cuba.

KEK BATIK ARORA.
by:cida
sumber:azlita dan mat gebu

bahannya:
250gm mentega
100gm gula kastor
3/4cawan susu pekat
250gm tepung gandum*
2 sudu teh baking powder* [*ayak bersama]
6 biji telur [gred A]
1 sudu teh ovallate
5 jenis pewarna = perisa

caranya:
panaskan oven 175C.sedia loyang dan alaskan.
putar mentega,ovallate dan gula hingga kembang (putih).masukkan susu dan putar lagi hingga sebati.tambah telur satu persatu hingga habis sambil putar hingga kembang.perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan rata.bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan bersama perisa mengikut warna.kemudian masukkan ke dalam acuan berlapis-lapis seperti kek marble.dan bakar selama 45 minit atau mengikut oven sendiri.

Monday, 9 January 2012

banana upside down cake






Assalamualaikum............
                         salam mesra untuk semua..... ceria..ceria..senyum..senyum lah .mulakan dengan hari baru setiap hari dengan hati yang gembira.ok ari ni kakna masih dengan kemanisan lagi.kebetulan ada pisang di belakang umah dah masak.jadi kakna pun membaking la...malas nak ulang resepi lama.kakna pun cari-cari la resepi baru.nampak lah di umah kakwan ada resepi ni.kakna balik cuba buat.sedap dengan karemelnya tu..kalau nak tahu kenalah cuba.....

BANANA UPSIDE DOWN CAKE
sumber:citarasawan

bahannya:
karamel:
100gm gula pasir
6 biji pisang berangan-belah dua(kakna guna pisang lemak manis-secukupnya)

adunan kek:
160gm tepung gandum
60gm tepung jagung
2 biji pisang - lecek halus (kakna guna pisang lemak manis -6 biji)
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh sodabikarbonat
3 biji telur (asingkan putihnya)
50ml minyak masak (mentega cair)
40ml air
1/4 sudu teh garam
140gm gula kastor
125ml susu cair

caranya:
karamel:
masukkan gula dalam loyang dan cairkan hingga gula perang sambil goyangkan ke kanan dan kiri tanpa mengacau biar rata.biar sejuk dan gris tepi loyang dengan minyak.susun pisang di atas karamel tadi.

adunan kek:
pukul putih telur dan garam hingga bertanduk.ketepikan dulu.ayak tepung gandum,tepung jagung.soda bikarbonat dan baking powder.ketepikan.satukan kuning telur,air dan minyak pukul dengan kelajuan tinggi.bila dah kembang perlahankan pukulan,masukkan tepung sedikit-sedikit berselangan dengan susu cair hingga habis dan rata.masukkan pisang yang dah dilecek kacau rata.tuang ke dalam adunan putih telur dan kaup balikkan hingga rata dan sebati.tuang ke dalam loyang karamel tadi.bakar dengan suhu 180C loyang 8".bakar hingga masak.bila dah masak keluarkan kek dari oven dan tuang atas redai.hati-hati panas.

Tuesday, 6 December 2011

kek blended pisang




Assalamualaikum.....
                             ari ni kakna hanya ada entri kek saja.jom cuba kek kakna yang mudah dan sangat ringkas ni.tetap rasa kek,walaupun caranya ringkas dan mudah.

KEK BLENDED PISANG
bahannya:
3 biji pisang /1cawan pisang yang dah lecek
3/4 cawan minyak.
1 cawan gula perang.
1cawan gula [kakna guna 1/2 cawan]
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar baking powder* 

caranya:
masukkan gula dan telur ke dalam blender ,putar hingga putih.kemudian masukkan minyak.tuang minyak perlahan2 sambil putar.kemudian masukkan pisang.bahan yang bertanda * di ayak ke dalam mangkuk adunan.tuang bahan blender tadi ke dalam tepung dan kacau perlahan2 hingga rata atau sebati.boleh lah tuang adunan ke dalam loyang yang telah di gris dan bakar.loyang 8" .suhu 170c. 45 minit atau hingga masak.

Tuesday, 29 November 2011

kek sarang lebah

Assalamualaikum....
                selamat pagi semua... salamat berjumpa kembali setelah beberapa ari kakna tak ada ni.tengok dah bersarang blog kakna.sarang lebah lak tu.jangan takut lebahnya tak ada.sarangnya je ada.boleh cuba pula buat sarang ni.sebelum ni kakna pernah buat tapi terasa lembik letak dalam peti ais baru sedap.yang ni memang ok jadinya. kakna ambil dari mat gebu yang dah banyak kali dah dia cuba buat ni.kek ni bagi kakna taklah susah tapi kena tunggu lama.tak apa sabar tangga kejayaan.

KEK SARANG LEBAH
sumber :mat gebu@tifinbiru

bahan A:
250gm gula pasir
225 ml air  [kakna sukat 3/4 cwn]
75gm mentega

bahan B:
4 biji telur A [kakna guna 5 biji telur B]
125gm tepung gandum*
1 s.k soda bikarbonat*
1s.k baking powder*
75gm susu pekat manis
1s.k esen vanila

caranya:
bahan A:
masak gula dengan api sederhana hingga cair,masukkan air sikit2 hingga habis.bila dah larut gula masukkan mentega kacau hingga cair tutup api biar sejuk.
bahan B:
putar telur hingga kembang masukkan susu dan esen vanila, putar lagi.perlahan kelajuan masukkan tepung sikit2 hingga habis.bila dah sebati masukkan karamel [bahan A] putar sebati.rehatkan 30 minit atau 1jam[kakna biar 1 jam] laserkan loyang dengan mentega.kemudian kacau adunan dan tapis ke dalam loyang pembakar.kakna guna loyang yang lobang tengah.bakar 175C selama 45 minit atau masak.biarkan di dalam oven sampai sejuk baru keluarkan dan potong.

Tuesday, 15 November 2011

kek coklat blueberry

Assalamualaikum...
                      salam ceria semua pada sesiapa saja yang menjegah ke sini yang tak seberapa ni.maklum la kakna ni tak lah sepandai mana nak berblog.tapi demi untuk mengongsi pengalaman dan sedikit ilmu masakkan yang tak seberapa ni,kakna memberanikan diri membuka blog sendiri untuk berkongsi dengan sesiapa saja yang sudi.jangan di simpan ilmu yang ada.nanti bila kita mati tiada lagi yang mewarisinya.kan.. rugi...    o.k la jom tengok resepi kek ni.

KEK COKLAT BLUEBERRY.
bahannya:
250 gm mentega
110 gm serbuk koko
250gm gula kastor
220 gm tepung gandum*
1 s.k baking powder*
1 s.k sodabicarbonat* [*diayak bersama]
125 ml susu cair
3 biji telur
1 s.b perasa blueberry.
100gm jem blueberry

caranya:
panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 170c.griskan loyang.
cairkan mentega dengan api yang perlahan.kemudian masukkan koko gaul rata.
tutup api dan masukkan gula dan jem gaul rata.
masukkan telur yang telah di pukul serta susu cair dan esen vanila.sambil di kacau.
kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sambil dikacau hingga rata.
tuang adunan ke dalam loyang dan bakar.45 minit atau hingga masak.

Monday, 14 November 2011

kek kurma blended

Assalamualaikum...
                   dah pun ari selasa.ari ni kakna ada entri kek blended.seperti yang kakna pernah katakan,dulu2 kakna selalu buat kek blendad ni.inilah lagi satu contoh yang kakna buat.caranya mudah je,asalkan betul sukatannya.tambah2 bagi yang baru nak belajar.bolehlah cuba kek ni.begitulah juga bagi yang baru mendirikan rumah tangga yang serba kekurangan lagi perkakas dapurnya.


yang ini belum di potong lagi.bersedia untuk di potong lah ni.yang di atas tu dah pun potong.kalau nak hias pun boleh ni.kakna tak hias sebab anak2 kakna suka makan masa baru angkat ni.panas2 @ suam.

KEK KURMA BLENDED.
1 cawan kurma [direndam dengan air panas]
1 cawan minyak/mentega cair [kakna guna mentega cair]
1 cawan gula perang
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar baking powder*. [* diayak]

caranya:
kurma di buang biji dan direndam dengan air panas sebanyak separas buah kurma je...jangan banyak.
kemudian masukkan kurma ke dalam blender dengan airnya sekali.lebih kurang 1/2 cawan .kalau tak nak pun tak apa.jangan lebih.kemudian masukkan telur dan blender hingga kurma hancur terlebih dahulu.kemudian masukkan gula dan mentega putar lagi hingga nampak kembang atau putih sedikit.tuang adunan ke dalam bekas adunan lain.campurkan tepung yang telah di ayak sedikit2.hingga habis sambil di kacau hingga sebati.tuang adunan ke dalam loyang yang beralas atau di gris.bakar pada suhu 170c atau hingga masak lebih kurang 45 minit.

Saturday, 5 November 2011

kek oren blend

assalamualaikum...
            dah buat persiapan untuk raya ke.. walaupun raya haji persiapan kena juga.persiapan makanan la biasanya.dalam mengitai resepi dalam blog2 kakna kakna mengitai myresepi.cari kek yang mudah.jumpa kek blend dari kakfida.dok berangan nak cuba tengok dj dah buat.jadi mudah lah lagi nak buat sebab ada kawan yang dah buat.bila tenggah dok mengadun kek ni.teringat la sebelum ni kakna ada buat resepi serupa ini.rupa-rupanya memang kakna selalu buat.cuma kakna mengunakan pisang,karet dan prun.kek ni memang boleh di perbagaikan dengan mengubah bahan.bahannya seperti oren di ubah dengan pisang,karet,kurma,prun dan apa yang kita suka.nanti kalau ada masa kakna nak cuba guna bahan lain pula.

sumber : kakfida@myresepi
sumber : dapurku sayang@ dayang jack

KEK OREN BLEND
bahannya;
1 biji oren (kakna guna 11/2 biji)
1 cawan minyak
2 cawan gula halus (kakna guna 1 cawan)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar baking powder* (*diayak bersama)

caranya:
cuci buah dan potong,buang biji dan urat putih di tenggah.potong kecil-kecil.
masukkan dalam blender bersama minyak,gula,telur dan kisar hingga halus.
tuang ke dalam mangkuk yang lain.
campurkan dengan tepung sedikit-sedikit hingga habis dan sebati.
kemudian tuang ke dalam loyang yang telah di alas dan bakar.
bakar 45 minit-1 jam atau hingga masak
suhu 170C loyang yang kakna guna 8".

Sunday, 16 October 2011

kek alunan kasih

 assalamualaikum....................
                        selamat memulakan hari baru untuk minggu ni.ari ni kakna entri kek alunan kasih lak.yang ini baru di belah dan untuk tayangan.


yang ini sudah di potong dan sedang di hidang untuk santapan.dah habis pun kek ni.kakna buat ari minggu.ari ni baru nak entri.

KEK ALUNAN KASIH
bahannya:
250 gm butter
5 biji telur
11/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 s,k baking powder
1/2 cawan susu cair
1s.k esen vanila
pewarna
serbuk koko secukupnya

caranya:
pukul butter dengan gula hingga kembang.kemudian masukkan telur satu persatu sambil pukul hingga kembang.masukkan esen vanila.sambil pukul.kemudian masukkan tepung yang di ayak dengan baking powder sedikit-sedikit berselang seli dengan susu cair.kacau hingga rata dan sebati.bahagikan kepada tiga bahagian dan warnakan adunan.masukkan aduanan selapis kemudian ayak koko meliputi adunan.kemudian tambah lagi adunan yang berwarna lain dan ayak koko lagi.ulang hingga habis adunan dan bakar dengan 170C. selama 45 minit atau masak.loyang 8 ".

Friday, 23 September 2011

kek puding karemel


assalamualaikum...
                                ari ni kakna saja nak entry kek puding karamel.tengok ramai yang buat kek ni.kakna pun nak juga masukkan kek karamel ni.ini bukan percubaan pertama lagi. ntah yang ke berapa ntah.ramai yang suka kek ni.kalau nak resepinya ada dalam senarai kek kakna. cuba lah sekali buat ada saja permintaan.


yang ni belum potong lagi.kakna gandakan adunan puding untuk dapatkan hasil puding yang tebal.

Sunday, 18 September 2011

kek tapai ubi

assalamualaikum.. salam isnin.dah berapa ari kakna tak berblog.hujung minggu selalu bz.ari ni kakna ada entry kek tapai ubi.kebetulan ada tapainya.kakna cuba buat la.. resepi ni kakna tengok dekat blog k1.boleh tahan sedap juga kek ni.nak bagi rasa pun dah habis.

kek tapai ubi:
225gm mentega
160gm gula kastor
2s.k ovellete
6biji kuning telur
4biji putih telur
1/8s.k krim of tartar
200gm tapai ubi kayu lembut [lenyek halus
160gm tepung superfine
30gm susu tepung
2s.k coklat emulco.

caranya:
panaskan oven pada suhu 160c.alas loyang dengan kertas minyak .loyang 8".pukul putih telur dengan krim of tartar hingga bertanduk dan ketepikan.pukul mentega,gula dan ovellete hingga kembang.masukkan tapai ubi dan telur sebiji -sebiji hingga sebati.masukkan tepung dan susu yang telah diayak sikit2 denagan kaup balik bersama dengan putih telur tadi.ketepikan 1/4 adunan untukwarnakan dengan coklat emulco.tuang adunan asal dan ratakan.tuang adunan coklat diatas dan ratakan.bakar selama 30 minit dengan 15 minit api bawah dan 15 minit api atas.

Thursday, 1 September 2011

kek hari jadi anak kakna ( kek coklat kukus)

 assalamualaikum... ari ni kakna ada entri kek coklat kukus. sekali cuba buat anak-anak kakna suruh buat lagi.sedap kata nya.entri tak berapa cantik sebab letak dalam bekas.kakna sibuk nak pergi rumah terbuka umah anak sedara dan balik kampung .jadi masukkan lah dalam tu .terus bawa baliksana.



                                                      di bawah ni yang dah di potong.




bahannya:
1cwn koko*
1cwn gula kastor*
1cwn susu cair*
!cwn minyak(boleh ganti dengan mentega cair)*
1/2cwn susu pekat*
11/4cwn tepung gandum(ayak)
1s.k soda bikarbonat(ayak)
1s.k baking powder(ayak)
3biji telur.

caranya:
bahan yang bertanda (*) di masukkan dalam periuk dan panaskan di atas dapur dengan api perlahan hingga sebati.tutup api.
ayak bahan ayak sebanyak dua kali.
pukul telur hingga kembang.masukkan dalam adunan yang dimasak tadi kacau sebati.
masukkan bahan yang di ayak tadi sedikit-sedikit hingga habis dan kacau sebati.
kukus selama 11/2 jam.

Tuesday, 23 August 2011

kek pisang

salam ramadan semua .lagi lima ari kita nak raya.dah siap buat persiapan ke.kakna baru je siap sebab tu dah lama tak masuk dalam alam maya ni.tersangat sibuk...
ok kakna ada satu entry ari ni.kek pisang.....






kek pisang.

2 cwn tp.gandum
3 biji telur
1cwn gula
1/2cwn minyak
1/2cwn susu segar
4 biji pisang (boleh guna pisang yg suka)
1s.k baking powder
1/2 s.k soda bikarbonat
secubit garam dan esen vanila
sedikit coklat emulco atau serbuk koko

cara:

ayak tepung dengan baking powder dan sodabikabonat.
leyek pisang dengan garam.
pukul telur dan gula hingga kembang masukkan pisang kacau
masukkan minyak kacau sebati kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit hingga habis.
masukkan susu dan esen.guna senduk untuk kacau hingga sebati.
bahagi adunan kepada dua.satu di biar yang asal dan satu di campur dengan koko.
kemudian selang selikan adunan ke dalam loyang.loyang 9".
bakar hingga masak.170'.

Monday, 8 August 2011

kek kukus velvet hawflakes

Assalamualaikum.... ari ni kakna nak masukkan entri yang lalu lagi.kek kukus velvet hawflakes.ini percubaan pertama.

ini yang pertama percubaan

yang ini percubaan yang kedua.kakna buat untuk menyambut birhtday anak saudara.
atas tu kakna letak jem untuk nampak cantik.kek ni lembut dan gebu la.sedap....

KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES

5 biji telur-gred A.(dari peti ais)
1 cwn rata gula halus tambah 2 sudu besar
2 cwn tepung gandum
1 s.k baking powder
1 s.b ovalate
150 ml susu cair
1/2 s.k garam
100 ml minyak
1 s.k esen vanila
pewarna secukupnya(ikut warna kegemaran)

Ayak tepung dan b.powder.kemudian masukkan saja bahan lain.
kecuali minyak dan hawflakes.
pukul adunan hingga kembang dan gebu.
akhir masukkan minyak dan pukul lagi hingga gebu.
dah siap bolehlah bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan
kukuslah selapis-selapis sambil di susun hawflakes di atasnya berselang seli.
 kukus dalam 2-5 minit di antara lapisan.kukus selama 20 minit akhir sekali.

kek puding karemel

Assalamualaikum !! ari ni dah pun lapan ari kita berpuasa.kakna tak ada idea nak masak apa untuk berbuka.bukannya apa nanti masak banyak tak habis lak.membazir namanya.
baju raya pun belum mula jahit lagi.sibuk dengan adam.yang tak boleh duduk diam.
ari ni kakna nak masukkan kek puding karemel yang kakna buat sebelum puasa ari tu.
semperna menyambut ari jadi ayah dan adam.



                           percubaan pertama kali terus jadi





                                
  ini pula buat untuk birhtday ayah dan adam di kampung.



            ini bila sudah di potong.tu dia kek karemel kakna untuk percubaan yang ke dua.



kek puding karemel.

untuk karemel:
60gm gula
1-2 sudu besar air


puding.

4 biji telur
500 ml susu segar
70gm gula kastor
esen vanila

kek span.

70gm tepung gandum
60gm gula kastor
2 biji telur
20gm butter-cairkan

untuk karemel.
gula di atas tadi di masak atas dapur dengan api perlahan
sehingga perang dan masukkan air.
tuang kedalam loyang.

untuk puding.
panaskan susu dan gula dengan api perlahan.
angkat dan masukkan telur dan esen vanila.
kacau perlahan dan tuang atas karemel.

untuk kek span
Asingkan putih telur.pukul putih telur dengan setenggah gula hingga jadi marigue.
pukul kuning telur dengan separuh gula tadi.
ayak tepung ke dalam telur kuning tadi.
setelah sebati campurkan putih telur tadi dengan hanya kaup balikkan.
akhirnya masukkan  butter cair dan sebatikan.
tuang atas puding dan bakar secara double-boil.
selama 40 minit atau masak.dengan suhu 170 c.

Saturday, 6 August 2011

kek keju oreo

salam ramadan. dah tujuh ari dah kita berpuasa.kakna ni baru nak belajar buat blog.bulan puasa ni kurang la pula bakingnya. jadi nak masukan yang dah lepas aje la.kek keju oreo ni bukan kak na yang buat tapi anak dara kakna yang buat untuk pertama kalinya cuba buat kek.


1 cwn biskut oreo(buang krimnya)
50 gm butter-suhu bilik.
500 gm krim keju philadelphia
3 sudu teh gelantin(halagel)
2 sudu besar jus lemon
1 cwn susu segar
sedikit biskut oreo untuk hiasan dan masukkan dalam keju.

hancurkan biskut dan gaul dengan butter.kemudian ratakan dalam loyang 8".
simpan dalam peti sejuk dulu.
cairkan gelatin sambil putar krim keju.
putat keju hingga kembang masukkan gelatin, susu segar, jus lemon dan sedikit biskut oreo yang hancur mengikut kegemaran sendiri.
kemudian tuang adunan krim ke dalam loyang tadi.
hias biskut oreo di atasnya.
masukkan dalam peti sejuk biar beberapa minit atau keras.
bolehlah menjamu selera.