rakan-rakan vip

Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Monday, 7 May 2012

char kuewtiaw


Assalamualaikum......
                 salam ceria semua..   dah lama kakna tak bersiaran.dengan kaadaan kesihatan yang kurang sihat ni.teringin la pula nak berentry.entry tertunda..  taklah mengancam sangat dan biasa saja.cuma kakna cuba buat macam di kedai.char keuewtiaw penang ni.tak kering sedikit berkuah.kakna ikut resepi yang ada di botol sos char kuewtiaw. inilah hasilnya..


CHAR KUEWTIAW
 by: kakna
bahannya:
1 bungkus kuewtiaw
2 sudu besar cili kisar
200gm udang
200gm kerang (sudah di kopek)
taugeh dan kucai mengikut kehendak sendiri.
3 biji telur
1/2 cawan sos char koewtiaw( boleh ganti dengan sos tiram)
11/2 cawan air.
3-5 ulas bawang putih.
minyak untuk menumis.

caranya:
panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.masukkan cili dan kacau hingga masak. masukkan sos char kuewtiaw bersama air dan rasakan masin dan jika suka boleh letakkan sedikit gula.kemudian masukkan udang dan kerang kacau sebentar.masukkan kuewtiaw dan kacau rata.masukkan taugeh dan kucai.kacau hingga rata dan pecahkan telur dan kacau lagi .siap di hidang.

Sunday, 18 March 2012

mee bandung

Assalamualaikum.......
               selamat hari isnin dan salam ceria untuk semua.ari ni untuk memulakan entry kakna tak ada apa yang istimewa pun hanya sekadar mee saja.kakna buat untuk sarapan.seingat kakna dulu kalau nak makan macam ni, mesti pergi kedai mamak.al maklum la di utara ni dulu kedai mamak la yang popular.. sekarang ni lak popular dengan nasi kandar.. tapi mamak sekarang bukan asli macam dulu lagi.resepinya pun dah tak sama macam dulu.kalau nak makan kena buat sendiri.ok la jom kita tenggok resepi kakna.

MEE BANDUNG
sumber: kakna sendiri.

bahannya:
500gm mee kuning
150gm udang hidup
150gm sotong
200gm ayam/daging
2sudu besar cili kisar
1/2 botol kecil cili sos
2-4 sudu besar sos tiram
3 susu besar kicap
2 biji tomato
1 batang karet
2-3 pokok sawi
taugeh
3 biji telur
fish kek/ball

untuk hiasan:
limau,bawang goreng,daun sup.

caranya:
panaskan 2 sudu minyak masak.tumis bawang merah dan bawang putih.bila garing masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.kemudian masukkan ayam/daging,sotong dan udang.kemudian masukkan sos cili dan sos tiram.masukkan air secukupnya untuk kuah yang di kehendaki.masukkan kicap dan semua sayur.biar didih dan masukkan garam dan perasa.pecahkan telur kedalam kuah yang sedang didih biar seketika.bila siap dan cukup rasa bolehlah masukkan mee dan hidang panas-panas.

Monday, 12 September 2011

mee goreng mamak


assalamualaikum...  ari ni kakna ada entri mee goreng mamak.seingat kakna dulu banyak ada jual di tepi jalan.sekarang kalau makan mee goreng mamak pun dah tak sama dengan dulu lagi.ada je yang kurang.jadi bagi yang pernah makan yang dulu mesti la tak puas.orang umah kakna nak makan kena la buat sendiri dan di luluskannya.kakna pun cuba la buat..boleh la tahan...sedapnya ikut citarasa sendiri.macam tu la bagi sesiapa yang nak masak ni baik ikut citarasa sendiri jangan ikut betul2 dalam resepi tu.(maksud kakna jenis makanan macam ni je).kadang2 kita ada yang suka masin,manis dan itulah maksud kakna citarasa kita berbeza.

mee goreng mamak
120gm mee kuning
30gm taugeh [di celur terlebih dahulu
20gm sawi [ dipotong kecil
20gm ubi kentang [dipotong dadu
20gm tomato [ dihiris
20gm cucur udang [ dihiris
20gm kuah kacang
15gm filet ikan [  dihiris
15gm udang [ dibuang kulit
1-2 biji telur
2 ulas bawang putih [hiris
minyak masak secukupnya

bahan untuk hiasan
2biji cili merah [ dihiris
2biji limau kasturi [ dipotong dua

caranya:
*goreng filet ikan dan udang sehingga masak angkat dan ketepikan.
*panaskan minyak dan goreng pula bawang hingga keperang-perangan.
*masukkan mee,sawi,ubi kentang,tomato.cucur udang dan kuah kacang,perlahankan api dan di kacau rata.
*masukkan telur, udang dan filet ikan.
*masukkan taugeh dan gaul lagi.angkat dan sedia di hidang bersama hiasannya.

Wednesday, 31 August 2011

mee rebus

salam aidil fitri hari raya pertama dah lepas. sekarang mesti sibuk nak buat rumah terbuka lak kan.
bila nak buat rumah terbuka mestilah tercari-cari resepi apa yang nak di hidangkan.
di sini kakna ada satu cadangan contoh mee rebus.
                                                                                                                                     

                                            mee rebus
 
bahannya:
untuk kuahnya.
1kg ubi keledek
150gm udang kering
100gm cili kering(ikutrasa sendiri)
50gm asam jawa(ikut rasa sendiri)
30gm bawang merah
30gm bawang putih
minyak untuk tumis
garam dan gula secukupnya.

ubi keledek di rebus dan kisar halus.udang kering di kisar halus.
tumis bawang hinga kuning masukkan cili yang telah di kisar hingga masak.
masukkan udang kering dan diikuti bahan bahan lain.tambah air jika perlu mengikut kepekatan yang di kehendaki dan tambah perasanya garam,gula dan parasa jika suka.

bahan untuk mee:
1kg mee kuning
1/2 kilo taugeh
5 keping tauhu
300gm ubi kentang rebus jika suka
5biji telur rebus
cili merah
limau nipis
daun sup dan daun bawang
bawang goreng

boleh juga tambah cucur.cucurnya buat macam cucur udang.