rakan-rakan vip

Showing posts with label kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label kuih-muih. Show all posts

Wednesday, 18 April 2012

lepat liat

 Assalamualaikum......
            salam mesra dan ceria untuk semua kawan-kawan yang sudi berkunjung ke teratak kakna yang serba kekurangan ni.terima kasih sudi juga menjenguk sini.

hari ini tiada apa yang istimewa.cuma kakna sekadar berkongsi resepi lama lagi.kakna buat kuih ni pun diatas permintaan anak dara kakna.dah lama tak makan kuih ni katanya.kuih ni sesekali terasa macam dodol lak.jom sarapan.

LEPAT LIAT
by: kakna

bahannya:
2 cawan tepung pulut.
200gm gula merah
2-3 sudu gula pasir (kakna tak letak)
2 helai daun pandan
air /santan secukupnya.
kelapa parut (putihnya saja)
daun pisang
minyak

caranya:
masak gula merah dengan sedikit air dan masukkan daun pandan.biar sejuk dan tapiskan.masukkan tepung pulut dalam dalam mangkuk dan tuang air gula merah sedikit-sedikit sambil kacau hingga jadi adunan pekat.kelapa parut di gaul dengan sedikit garam.ambil daun pisang yang telah di layur dan potong macam lepat pisang.sapu sedikit minyak masak pada daun pisang dan ratakan.ambil sesudu adunan tepung dan letak di dalam daun pisang ,kemudian ambil sesudu kelapa parut letak di tenggah doh dan gulung daun pisang dan lipat kedua-dua hujungnya.buat hingga habis dan kukus selama 30-45 minit.siap dihidang.

Tuesday, 17 April 2012

kuih koci labu


Assalamualaikum.......
              salam sejahtera dan salam ceria di pagi ni bersama cahaya sang suria yang baru nak memancarkan cahayanya yang nyaman.dengan udara yang sejuk membuatkan kita semua menjadi segar dan ceria.

sekali lagi kakna menghidangkan kuih tradisional untuk hari ini.kebetulan ada inti dan bahan yang di perlukan.dah lama kakna tak buat kuih koci labu ni.asal kuih dari mana kakna dapat pun dah lupa.sebab dah 20 tahun lamanya kakna mengamalkan resepi ni.cara membungkusnya pula pertama kali kakna bungkus cara ni.ok jom layan resepi.

KUIH KOCI LABU
by:kakna
bahannya:

250gm labu manis (kukus dan lenyek)
2 cawan tepung pulut
secubit garam
air secukupnya.
daun pisang (layur dan potong)
2-3 sudu minyak masak.(boleh juga guna santan pekat)

bahan inti:
1/2 biji kelapa
100gm gula merah
2-3 sudu gula putih
2 helai daun pandan
secubit garam

caranya:
masak inti terlebih dahulu,masukkan semua bahan dalam periuk dan masak atas api hingga sebati semua bahannya dan ketepikan.
dalam mangkuk masukkan tepung pulut dan labu yang sudah dileyek.gaul hingga sebati dan masukkan sedikit garam dan gaul lagi.masukkan air sedikit-sedikit sambil uli hingga jadi doh seperti buah melaka.bahagi doh kepada beberapa bahagian dan isikan dengan inti serta bulat-bulatkan.sediakan daun pisang yang dah di potong mengikut saiz kuihnya.masukkan sedikit minyak masak dalam mangkuk kecil.kemudian golek-golekkan doh yang dah siap berinti dalam minyak,angkat dan bungkus dalam daun pisang.ulang hingga habis.susun dalam kukusan dan kukus selama 25-30 minit.siap di hidang.

Monday, 16 April 2012

tepung bungkus

 Assalamualaikum..........
            salam sejahtera dan salam ceria pagi selasa.Alhamdulillah... masih ada kesempatan lagi hari ini untuk kita meneruskan tugas harian.

hari ini kakna masih lagi dengan kuih tradisional.sebenar kuih ni biasanya di panggil tepung bungkus.ada yang panggil dengan nama baru puteri dua sebilik.kakna dapat resepi ni dari mak mertua.mertua kakna buat untuk tempahan.kadang-kadang bila balik kampung kakna menolongnya buat kuih ni.jadi tahu la resepinya.kalau mertua kakna buat jualan (letak pada orang jual kuih) cepat je habis.dah lama tak merasa kuih ni sebab mak mertua dah uzur.jadi ini lah percubaan pertama kakna dengan resepi dan petua dari mak mertua.jom layan resepinya...

TEPUNG BUNGKUS
by: kakna
(dapat 20 biji)

bahannya:
2 cawan tepung beras
5 cawan santan
secubit garam
1 cawan tepung pulut
20 keping daun pisang(di layur)

untuk inti kelapa:
1/2 biji kelapa parut(putihnya saja)
100gm gula merah
2-3 sudu gula putih (ikut rasa)
2 helai daun pandan
secubit garam

caranya:
kita mula dengan membuat inti terlebih dahulu.masak gula merah dengan sedikit saja air dan tapiskan.masukkan kelapa parut,daun pandan dan secubit saja garam.kacau atas api sederhana hingga pekat dan agak kering sedikit.jika suka manis boleh tambah gula pasir.bila dah agak pekat bolehlah angkat dan sejukkan.bila dah sejuk gentel bulat-bulat sebanyak 40 puluh biji.kemudian bancuh tepung pulut seperti membuat buah melaka dan masukkan inti yang telah di gentel tadi.simpan dalam peti ais sementara menunggu .
cara membuat adunannya:
masukkan tepung dalam periuk bersama santan dan secubit garam.kacau diatas api yang sederhana hingga pekat dan cepat-cepat angkat.dan terus bungkus ketika masih panas hingga habis.jangan lupa intinya di masukkan dua biji untuk satu bungkus.bila sudah habis membungkus biar sejuk dulu kuihnya dalam 30 minit.panaskan kukusan dengan api sederhana dan kukus kuih selama 20-30 minit.bila dah masak siap dihidang.


Sunday, 15 April 2012

onde-onde


Assalamualaikum..........
              salam sejahtera dan salam ceria semua.hari ini kakna mulakan dengan seribu kemaafan dari kawan-kawan yang selalu datang bertegur sapa dengan kakna.tahu kenapa..?
sebab kakna tak jawab balik komen kawan-kawan.sebenarnya kakna tak jawap sebab nanti kawan-kawan tak sempat nak tengok pun.macam tu kakna ni pun..  jadi kakna berkunjung balas ke rumah kawan-kawan semula untuk berkomen ni.itulah ribuan maaf yang kakna pohonkan....

berbalik pada resepi hari ini, percubaan kakna membuat kuih bom.memang kakna tak pernah buat kuih ni.tambah-tambah dengar dari pengalaman orang.kuih ni meletup bila di goreng.kuih bom katakan...  satu hari kakna nampak dalam FB kawan ni.gerenti jadi dari Faridah harun.kebetulan inti pau ada lebih hari tu.jadi kakna pun cuba... akhirnya.. Alhamdulillah... berkat kemahuan jadi...  terima kasih pada empunya resepi dan mohon halalkan..

ONDE-ONDE
bahannya:
250 gm tepung pulut
5 sudu besar tepung gandum
1/4 cawan minyak masak
air garam secukupnya (1 sudu teh garam)
bijan secukupnya.
inti boleh semak dalam resepi pau kacang hijau.

caranya:
gaul tepung pulut bersama tepung gandum dan masukkan minyak dan gaul sebati.masukkan air bergaram sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh.kemudian bahagi doh kepada beberapa bahagian yang di kehendaki.isi inti yang telah di bulatkan terlebih dahulu sebelum di masukkan dalam doh.ambil doh kecil dan lemperkan kemudian masukkan inti dan tutup doh dan golek-golekkan hingga bulat.kemudian golekkan dalam bijan hingga rata.untuk lebih mantap lagi.golekkan semula dalam bekas lain agar bijan betul-betul lekat pada kuih.siap semua doh bolehlah di goreng hingga kekuningan.siap di hidang.

Thursday, 29 March 2012

lopis pulut


Assalamualaikum.......
                salam sejahtera dan selamat pagi jumaat untuk semua.dengan harapan semua berada dalam kaadaan sihat-sihat belaka.itu harapan untuk semua kawan-kawan.dah sampai nak habis satu minggu.cepatnya masa berlalu.bagaimana kawan2 persiapan kita di hujung usia ni.adakah kita dah kumpul bekalan yang secukupnya.....

jom sarapan lopis dengan kakna.ada lagi ni.... cukuplah untuk sarapan pagi ni sorang seketul.masa kakna buat apam pinggan hari tu ,hubby kakna igatkan lopis.tu yang kakna buat lopis hari ni untuk che abang.di umah kakna ni sama memang semua suka pulut.ok budak kecik dah banggun, cukup dulu..

LOPIS PULUT
by: kakna
bahannya:
3 cawan pulut
300gm gula merah
200gm kelapa parut.
2-3 helai daun pandan
secubit garam
pewarna hijau

caranya:
rendam pulut dengan pewarna hijau selama sejam.panaskan kukusan.tapis pulut dan masukkan dalam loyang. mesin daun pandan dengan tiga cawan air dan tapiskan. masukkan air daun pandan dalam loyang yang berisi pulut.kukus hingga masak pulutnya.gaul kelapa parut dengan kelapa dan masukkan dalam loyang yang lain.setelah pulut masak bolehlah di angkat.masukkan kelapa parut dalam kukusan dan kukus 5-10 minit.ambil tudung botol (kakna guna tudung botol nescafe).sapu minyak kemudian sudukan pulut dan tekan rapat-rapat.keluarkan dan golek-golekkan dalam kelapa.siap di hidang bersama air gula merah.untuk air gula pula. masukkan gula merah dalam periuk dan masukkan 11/2 cawan air dan daun pandan.didihkan hingga pekat sedikit.tapiskan air gula dan siap di hidang bersama lopis.

Sunday, 19 February 2012

talam kacang merah


Assalamualaikum.....
               selamat pagi dan salam ceria selalu dari kakna untuk semua kawan-kawan.sekarang ni kakna tak boleh setiap hari nak berentry.ada masa baru boleh nak berentry.budak kecik setahun setenggah ni tak tahu bahasa lagi.pantang tengok mak dia duduk depan ni.mula la marah.

ari ni kakna ada talam kacang merah yang kakna tengok di umah yati.di umah yati ada perbagai talam.kakna pula suka kacang merah ni.tu yang mesti cuba ni.dah cuba ni.. sedap.terima kasih yati.mula-mula lepas yati tayang kakna nampak ady dah cuba.inilah hasil yang kakna cuba.

TALAM KACANG MERAH.
sumber: yati -sinar kehidupan

bahannya:
11/2 cawan kacang merah* [ yg telah di rebus]
1 cawan air *[kisar dgn kacang]
11/2 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat
2 sudu besar tepung hoen kwee/tepung jagung
1cawan gula halus.
pewarna merah

caranya:
kisar kacang merah dengan air.dalam mangkuk lain, masukkan tepung beras,tepung jagung,gula,garam dan santan.kacau sebati dan tapis.masukkan dalam kacang merah gaul sebati.masukkan dalam periuk dan kacau atas api sederhana selama 10 minit.tutup api tuang adunan dalam loyang yang telah dilapik atau sapu minyak.kukus selama 25 minit.sementara menunggu siapkan lapisan atas pula.

Lapisan atas.
bahannya:
11/2 cawan tepung gandum
1cawan gula halus
2biji telur
1cawan santan pekat
2cawan air [kisar dengan 2 helai daun pandan]
garam
pewarna hijau.

caranya:
satukkan semua bahan.kacau sebati dan tapiskan.masak di atas api sederhana hingga naik wap atau 10 minit tutup api dan tuang adunan keatas adunan tadi.kukus selama 25-30 minit.setelah siap biar betul2 sejuk baru potong.

Thursday, 16 February 2012

kuih ubi kayu


Assalamualaikum.......
               selamat pagi dan salam ceria.salam jumaat hari penghulu hari semoga ceria selalu hendaknya.dengan hari jumaat ni semoga kita mendapat keberkatan dan rahmat dari yang esa.

jemput sarapan dengan kuih kakna jom.ari ni kakna buat kuih ubi je.sebenarnya kakna tak tahu nama apa kuih ni.kakna pernah tanya orang yang jual kuih ni.dia orang cakap kuih bom jepun.sebab bentuknya bulat dan orang dulu makan ubi kayu masa di perintah jepun gitu.apa2 pun kuih ni sedap dan mudah di buat.nama tak penting.kalau yang belum cuba bolehlah cuba.

KUIH UBI KAYU
bahannya:
1/2 kilogram ubi kayu
200gm kelapa parut
gula dan garam
untuk salutnya:
50gm tepung beras
50gm tepung gandum
1 sudu air kapur
garam dan kunyit.

caranya:
ubi di siang dan rebus seperti biasa.bila sudah sejuk,ubi di lenyek hancur dan masukkan kelapa,gula dan garam secukup rasa.gaul semua bahan ini dan bulat-bulatkan seperti di dalam gambar.ketepikan.
di dalam mangkuk lain masukkan semua bahan salut dan bancuh dengan air sedikit2 hingga jadi saduran yang tidak cair dan pekat.elok macam buat saduran goreng pisang.panaskan minyak dan goreng terendam kuihnya.bila dah nampak masak keemasan bolehlah di angkat.

Wednesday, 15 February 2012

pulut sekaya

Assalamualaikum......
                salam ceria untuk semua dan sihat2 hendaknya.susah betul sekarang ni nak berentry.si kecil kakna ni dah pandai.dia tak benarkan kakna duduk depan ni.siap nak cabut broadband sambil meronta suruh kakna bangun.bila dia tidur baru boleh kakna berentry.kena cepat2 ni.
                                 
hari ni kakna siarkan entry tertangguh kakna.teringin buat sendiri pulut sekaya ni baru puas makan.nampak jadi..kan .bolehlah tapi kurang manis. kena tambah gula lagi untuk manis.dah pernah cuba sebelum ni tapi kurang memuaskan.kena cuba banyak kali agaknya baru pandai.oklah jom tengok resepi nanti bangun si kecil.                                                                                                                                                     
PULUT SEKAYA.
resepi:adaptasi dari buku aneka talam chef haneiliza
sumber: ummi @ home sweet home

bahan lapisan bawah:
2 cawan pulut  [rendam 3-4 jam]
21/2 cawan santan sederhana.

bahan lapisan atas:
2 cawan santan pekat
3 sudu besar gula [kakna lebihkan]
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh garam.

caranya:
cuci pulut dan rendam.masukkan pulut dan santan kukus hingga masak.sementara menunggu pulut masak bolehlah bancuh bahan atasnya.untuk mendapatkan warna hijau ambil 4 helai daun pandan dan di mesin dengan santan.kemudian campur semua bahan atas dan gaul sebati.kemudian tapiskan dan kacau di atas api sederhana hingga berwap atau 10 minit.dan tuang keatas pulut yang sudah di tekan terlebih dahulu supaya padat.kukus semula selama 30-45 minit.setelah siap biar betul2 sejuk baru potong.

Wednesday, 8 February 2012

karipap roti

 Assalamualaikum.......
                   selamat pagi dan salam ceria untuk semua.. senyum-senyum di pagi yang ceria mulakan hari yang indah hendaknya.yang pasti tugas tetap di jalankan tak kira di mana kita berada..

pagi ni kakna cuma ada entri yang kakna tengok di umah izah beberapa lama ya.. kakna pun dah tak ingat.kakna ada tengok izah buat karipap ni.kebetulan kakna buat karipap kakna lebihkan intinya.kakna cuba buat dengan roti lak.intinya kakna guna resepi biasa kakna.anda juga boleh buat intinya mengikut citarasa sendiri.

KARIPAP ROTI:
bahannya:
8 keping roti potong
1 biji telur [untuk gris]

intinya:
4 biji kentang
2 sudu rempah kari daging
2 sudu cili kisar
30gm udang [udang kering boleh juga]
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
daun sup
garam
gula
caranya:
ubi kentang di potong dadu.bawang besar pun di potong dadu.udang di potong kecil2.jika udang kering di mesin halus.panaskan 2 sudu minyak kemudian tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.masukkan rempah kari dan cili kisar masak seketika.masukkan kentang dan tambah air jika perlu.masukkan udang dan kacau.bila ubi dah empuk masukkan garam dan sedikit gula secukupnya.bila dah siap bolehlah tabur daun sup yang telah di potong halus.

caranya:
roti di potong bahagian tepinya.kemudian masukkan inti dan lipat dan tekan dengan garpudi tepinya.buat hingga habis sambil panaskan oven.sapu dengan telur di atas roti.kemudian bakar dalam oven hingga perang.bolehlah di keluarkan.sedap di makan panas2 ranggup..

Sunday, 29 January 2012

jemput-jemput pisang


Assalamualaikum........
               selamat pagi dan salam ceria pada kawan2 semua.kita mulakan hari pertama minggu ini dengan ceria hendaknya.selamat menjalankan tugas masing2 dengan gembiranya....

hari ini kakna tak ada entry yang menarik pun.hanya sekadar nak berkongsi cara atau petua yang kakna tahu saja.menarik pun tidak sekadar pengetahuan untuk rakan2 atau pada yang suka mencuba macam kakna ni.di sebabkan pagi ni kakna sarapan dengan cucur kodok ni.teringat kakna adakah yang dah tahu cara kakna buat kuih ni. jom kita tengok...

JEMPUT-JEMPUT PISANG
bahannya:
1 sikat pisang
200 gm kelapa parut
11/2 - 21/2 cawan tepung gandum
8 sudu besar gula [kakna tak suka manis]
2 sudu teh garam
air secukupnya.

caranya:
pisang di leyek bersama kelapa parut hingga sebati.masukkan tepung,gula dan garam gaul rata sambil masukkan air sedikit2 hingga mendapat bancuhan yang di kehendaki.panaskan minyak dan goreng macam biasa.siap bolehlah di hidang dan rasakan perbezaan yang selalu kita buat sebelum ni.

Wednesday, 25 January 2012

bingka kentang


Assalamualaikum.......
            selamat pagi..salam ceria semua untuk kawan2.sekejap aje.. masa berlalu.terasa tak sempat nak buat apa masa dah habis.

jom sarapan bingka kentang dengan kakna.semua kawan2 dah buat bingka ni.cuma kakna ketinggalan.untuk kelainan sedikit kakna lapiskan dengan warna coklat.cara dan resepinya tetap sama.

kakna dah tak tahu nak cerita apa lagi.jom layan resepinya.

BINGKA KENTANG.
bahannya:
2 biji kentang [rebus dan lenyek]
1biji telur
2/3 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1/3 sudu besar minyak sapi- cairkan
3 sudu besar susu cair [jika suka]
1 sudu besar paste coklat

caranya:
kacau telur bersama gula hingga sebati.kemudian masukkan tepung berselang seli dengan santan dan kacau hingga sebati.tapis adunan ke dalam kentang yang sudah di lenyek dan kacau hingga sebati.kemudian masukkan minyak sapi dan kacau sebati.bahagi adunan dua bahagian satu di warnakan kuning dan satu lagi di masukkan paste coklat kacau hingga sebati.panaskan oven sementara itu sapu loyang dengan minyak dan panas dalam oven sebentar.keluarkan dan tuang adunan kuning dan ratakan masukkan dalam oven 2-3 minit. keluarkan dan tuang adunan coklat pula dan ratakan.masukkan semula dalam oven 2-3 minit.ulang hingga jadi lima lapisan.akhir sekali bakar adunan 15-20 minit.biar bingka betul2 sejuk sebelum di potong.kakna guna loyang 5x5".

Wednesday, 18 January 2012

talam keledek


Assalamualaikum....
                    salam sejahtera dan selamat pagi semua..  ceria-cerialah di pagi-pagi ni dengan senyuman... bahagia dan gembira hendaknya.


hari ini kakna mulakan dengan kuih talam untuk sarapan pagi.jemput lah kawan-kawan sarapan dengan kakna.walaupun tak seberapa..

kakna ada keledek madu yang berwarna ungu.tak tahu nak buat apa selain rebus dan makan begitu aje.. jadi kakna jalan dari rumah ke rumah.jumpalah kuih ni di rumah kakwan (citarasawan).macam biasa la kakna ni ,pun cubaresepi ni.bila cuba ,jadi la pula dan sedap gitu..  kakna nak la kongsi dengan kawan2 kakna pula.

TALAM KELEDEK
bahannya:
250gm tepung beras
70gm tepung ubi kayu
250gm gula pasir
450ml santan pekat
450ml air
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
200gm keledek ungu(rebus,leyek ketika masih panas)
pewarna ungu

caranya:
satukan tepung beras dan tepung ubi dalam mangkuk.masak santan,daun pandan,air,garam dan gula hingga didih.keluarka daun pandan dan tuang dalam tepung.kacau cepat2 hingga sebati.ambil sedikit adunan masukkan dalam blender bersama keledek dan blend hingga halus.satukan semula adunan dan kacau rata serta tapiskan.bahagi adunan kepada tiga bahagian(450ml).satu warna asal.satu bahagian ungu muda dan satu bahagian ungu tua.panaskan pengukus dan sapu minyak pada loyang 8".panaskan loyang sekejap dan tuang adunan selapis demi selapis di mulai dengan warna muda .akhir sekali kukus selama 25 minit.potong kuih setelah betul2 sejuk.

Friday, 13 January 2012

talam ubi kayu


Assalamualaikum........
                         selamat pagi... salam ceria dan selamat berhujung minggu.nak pergi mana cuti-cuti ni.kakna tak tahu nak ke mana lagi.anak-anak semua ada di rumah sedang bercuti.mesti masak atau keluar jalan-jalan.


ari ni kakna masih dengan kuih lagi.ada simpan sikit untuk buat kuih talam ubi.kuih ni memang kakna suka.tapi sukar nak dapat ubi kayu.


cuti-cuti masa tak banyak.ok jom kita layan resepi.


TALAM UBI KAYU
bahannya:
2 cawan ubi kayu yang telah disagat
11/2 cawan santan biasa
8 sudu besar gula pasir (ikut nak letak banyak mana)
secubit garam
pewarna kuning

Bahagian atas:
450ml santan pekat
1/2 cawan tepung beras
secubit garam
gula jika suka

caranya:
panaskan kukusan.sapu minyak pada loyang 8".panaskan sekejap loyang sebelum masukkan adunan.campur semua bahan untuk bahagian bawah dan masukkan dalam loyang dan kukus selam 5minit.sementara itu bancuh bahan atas.campur semua bahan dan tapiskan ke dalam periuk.kacau di atas api perlahan hingga terasa panas.jangan sampai berketul atau beku.tuang adunan ke dalam loyang dan tutup dengan aluminium boil.kukus selama 30 hingga 45 minit.biar sejuk betul-betul baru potong.

Thursday, 12 January 2012

bengkang & bingka ubi kayu

 Assalamualaikum................
                            salam mesra dari kakna untuk semua...ceria-ceria hendaknya..........
ari ni kakna ada entri kuih aje...kakna orang utara ni panggil bengkang.sebenarnya bingka.. sama je caranya.

itu pendapat kakna la.. mana tahu lain caranya ntahlah.kakna suka bakar cara lama mengunakan arang.dalam oven pun boleh.kalau di kampung bolehlah guna arang.ok la jom layan resepinya.

BENGKANG UBI KAYU
bahannya:
4 cawan ubi kayu ( disagat)
2 cawan santan pekat
100 gm gula merah
1/2 cawan gula pasir
secubit garam

caranya:
4 cawan ubi kayu yang di sagat mesti di perah buang airnya.gula merah dan gula pasir dimasak hingga hancur gulanya.jangan terlalu banyak airnya.lebih kurang 1/2 hingga 1 cawan air.masukkan daun pandan ketika masak gula tadi.biar sejuk seketika.di dalam bekas masukkan ubi kayu,santan dan air gula serta secubit garam.kemudian masukkan dalam periuk dan kacau dengan api perlahan hingga tak nampak ubi berwarna putih lagi.sementara itu oven di panas kan terlebih dahulu 200C.sedia kan loyang 8" .alaskan loyang dengan aluminium boildan sapu minyak.tuang aduanan tadi dan ratakan.kemudian bakar hinnga nampak garing.biar betul-betul sejuk baru keluarkan dari loyang.

Wednesday, 7 December 2011

apam



Assalamualaikum.....
             selamat meniti hari2 berlalu... Ari ni kakna ada apam balik kalau tak silap kakna namanya.selalunya apam balik yang rangup dan berintikan kacang dan jagung.kakna pun tak tahu nama apam ni yang sebenarnya.kakna ambil resepi ni dari kawan fb.kulitnya memang apam intinya pula inti kelapa.inti ketayap semua orang tahukan.sedap dan mudah untuk membuatnya.kakna guna acuan karipap untuk membentuknya.jom kita tengok resepinya..

APAM
bahannya:
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan air
1 sudu kecil yis mauripan
2 sudu kecil gula
2 sudu kecil eno
pewarna
inti kelapa secukupnya.

caranya:
satukan tepung,telur,gula,yis dan air kacau rata hingga sebati.titiskan pewarna yang di sukai.kacau.akhir sekali masukkan eno dan kacau rata.ambil sesudu tuang atas kuali dan ratakan seperti membuat ketayap.api hendaklah perlahan.setelah masak bolehlah masukkan inti dan lipat dua.tekan di tepi kuih dengan jari agar melekat.kakna guna acuan karipap.

Thursday, 1 December 2011

karipap



Assalamualaikum..
                 selamat pagi kawan2....  jom sarapan dengan karipap.ari ni kakna ada karipap je.. kakna buat semalam tapi di sebabkan banyak juga dapat hasilnya.kakna simpan dalam peti ais separuh.dohnya pun ada lagi kakna simpan dalam peti ais.pagi ni baru kakna canai balik dan goreng.dohnya tak keras dan sedap.kakna guna resepi dari tun telani untuk kulitnya.inti kakna buat sendiri resepi ringkas kakna dengan apa yang ada dekat dapur je..

KARIPAP
bahannya:
kulit:
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan minyak
3/4 cawan air [kakna guna tak habis]
1/2 sudu teh garam

caranya:
panaskan minyak bersama dengan marjerin.bila marjerin cair tutup api.tuang minyak panas dalam tepung terus gaul rata panas2.guna sudu .bila dah rata masukkan air sikit2 sambil uli hingga menjadi doh.dohnya lembut tak keras.bila doh sebati tak lekat di tangan dan bekas adunan.bolehlah digunakan untuk terap.

INTI:
bahannya:
2 ketul ubi keledek
100gm udang [dicincang-kalau udang kering dimesin]
1biji bawang besar [potong dadu]
2-4 sudu besar rempah kari
garam/gula

caranya
ubi di bersihkan dan potong dadu.panaskan sedikit minyak.kemudian tumis rempah hingga pecah minyak.masukkan udang dan ubi kacau.masukkan sedikit air,kacau dan biar ubi masak.tambah air sedikit jika tak cukup masak.masukkan bawang,garamdan gula jika suka.kacau rata dan bila dah siap bolehlah digunakan.

Thursday, 17 November 2011

talam jagung

Assalamualaikum....
             hari ni.. petang baru kakna ada entri.yang ada ni pun tak seberapa.jom minum.. petang2 ni,hujan lak tu.sedap makan sambil minum kopi 0 .kakna punya tepung talam tak ada guna tepung gandum.al maklumlah dah terbiasa dengan tekak ni dengan tepung beras je..  nanti kakna nak cuba juga guna resepi yang mengunakan tepung gandum macam member2 blog yang lain buat.marilah kita cuba resepi ni.

TALAM JAGUNG
bahannya:
lapisan bawah.

3 tongkol jagung.
1/2 cawan gula [kakna guna 8 s.besar je]
1cawan tepung beras
11/2 cawan santan

lapisan atas.
1 cawan santan
1/2 cawan tepung beras
secubit garam.

carannya:
panaskan kukusan.jagung di potong.masukkan jagung dan santan ke dalam blender.kemudian blend jagung hingga hancur.masukkan gula dan tepung blend hingga sebati.tuang adunan ke dalam loyang 8" .masukkan dalam periuk.kukus selama 5 minit.kemudian buka dan kacau perlahan-lahan adunan tadi .tutup semula dan kukus selama 20 minit.sementara itu sediakan lapisan atas.campur semua bahan dan gaul sebati.buka sekali lagi kukusan dan tuang perlahan-lahan lapisan atas.sambil dikacau perlahan2.tutup periuk dan kukus lagi hingga masak.bila nampak macam kembang adunan tu sudah masaklah kuihnya.dalam 45 minit dengan api sederhana masanya.

Friday, 11 November 2011

lempeng kelapa jalinan pandan

Assalamualaikum....
             dah tenggahari.kakna baru nak masukkan entri yang boleh di katakan sarapan pagi ni.kakna ada kelapa yang di katakan tua tidak..muda pun tidak..  tersimpan di ceruk dapur kakna.nak di perah ambil santan.. nak perah terasa lembik.nak makan gitu je dah keras.cadangan anak dara kakna la ni.. jadikan lempeng... lama tak makan lempeng ni sedap juga.. ditambah dengan jalinan pandan. emp.... bau wangi lagi.macam kelapa pandan la pula..nak buat jemput2 pun boleh.tapi untuk mengurangkan minyak kakna buat lempeng je..

LEMPENG KELAPA
bahannya:
1 biji kelapa separuh tua /kelapa pandan
2 cawan tepung gandum
4-6 sudu besar gula
secukup garam
11/2 cawan air
caranya:
kelapa di parut.dalam satu bekas di campur semua bahan dan di gaul rata hingga sebati.airnya agak2 jangan terlalu cair.kakna guna gula yang agak sedikit sebab untuk merasa kelemakkan kelapa.jika suka manis boleh tambah gula.panaskan kuali non stick.kemudian masukkan bancuhan adunan tadi sedikit dan ratakan pada kuali.masak hingga masak dan di ikat dengan daun pandan yang di koyak.agar bau pandan terbau.

Thursday, 3 November 2011

bengkang jagung

assalamualaikum..
              jom minum petang dengan kakna.dah nak malam pun.sebenarnya kakna minum waktu malam.waktu petang pukul 6 hingga 7 adalah waktu makan malam.makan sebelum pukul 7 untuk menjaga kesihatan.malam minum je la..

BENGKANG JAGUNG
bahannya:
2 tongkol jagung
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan santan
1 cawan gula
secubit garam

caranya:
jagung di potong atau di mesin.campur tepung beras dan tepung gandum dengan santan dan gula.bubuh secubit garam dan kacau dengan api perlahan di atas dapur.agak pekat boleh lah di angkat dan tuang ke dalam loyang untuk di bakar.jangan lupa masukkan jagung dan kacau sebelum tuang ke dalam loyang.jika suka yang mesin.mesin lah dengan santan tadi.bakar dengan api atas dan bawah hingga masak.170C 45minit.biar betul-betul sejuk baru potong.

Saturday, 29 October 2011

popia goreng

selamat pagi......
           dah sarapan ke....jom kita sarapan dengan popia sedap.....kalau nak mudah nak buat popia buat semalam simpan dalam peti ais.bila nak makan baru goreng.bila dah ada dalam peti ais tu senang je la kerja kita.kakna buat petang semalam pagi ni kakna goreng untuk sarapan ada lagi simpan untuk petang lak.kakna guna kulit popia yang 50 helai banyak kan..

POPIA GORENG
bahannya:
1 bungkus kulit popia (50 helai yang besar)

untuk intinya:
1 biji sengkuang
2 batang karet
200 gm taugeh
200 gm udang hidup
1-2 biji bawang putih
garam dan sedikit perasa

caranya:
kulit popia seeloknya keluarkan dari peti ais terlebih dahulu.jangan biar lama sangat di luar.sagat dengan penyagat sengkuang dan karet.ketepikan.panaskan 1 sudu besar minyak masak dalam kuali.kuali yang agak muat untuk masukkan semua bahannya.kemudian tumiskan bawang putih hingga garing masukkan udang yang telah di cincang.kacau dan masukkan sengkuang,karet dan taugeh.kacau dan masukkan garam dan perasa secukupnya.kacau hingga masak dan sebati.kemudian angkat dan masukkan ke dalam penapis agar air lebihan sayur tadi kering.koyak kulit popia sehelai dan letakkan sesudu inti dan gulung.jangan lupa gam tepi kulit popia.dah siap bolehlah di goreng atau di simpan dalam peti ais.