rakan-rakan vip

Showing posts with label aiskrim. Show all posts
Showing posts with label aiskrim. Show all posts

Thursday, 15 March 2012

ais krim potong


Assalamualaikum.......
                selamat pagi jumaat.. dan salam ceria untuk semua .dah habis satu minggu,sekejap rasanya.itulah akhir zaman di katakan cepat masa berlalu.hari isnin nanti bermula rutin yang sibuk dengan anak-anak sekolah semula.

anak-anak ramai di rumah masak apa pun habis.nanti dah mula sekolah anak2 balik asrama,dah tak ada orang nak tolong habiskan masakkan kita lagi.sekarang cuaca tak menentu kadang hujan kadang tak.kalau hujan terasa nak makan yang panas2.bila tak hujan nak makan yang nyaman tekak ni la pula.kakna dah lama simpan resepi ais krim ni.nak buat tunggu anak2 ada di rumah.jadi buatlah kakna ais krim potong ni.

AIS KRIM POTONG
sumber : my resepi
resepi: mat gebu

bahannya:
bahagian A.
250gm gula kastor
3-5 sudu besar coffemate
350ml air

bahagian B.
1-5 sudu paras tepung ubi
3 sudu besar tepung jagung
50ml air

bahagian C.
80gm susu pekat
500ml santan
perasa
(perasa untuk durian = 200gm isi durian,250gm untuk kacang merah,1 tin jagung untuk jagung)
perasa ini hendaklah diblend dengan santan.

caranya:
guna kaedah wisk dengan api sederhana dan setiasa kacau.
masukkan bahan A dan larutkan.kemudian masukkan bahan B kacau sampai didih masukkan bahan C.sentiasa kacau.bila didih tutup api dan tuang dalam acuan.biar sejuk dan masukkan dalam freezer semalaman.

Tuesday, 8 November 2011

homemade aiskrim




Assalamualaikum..

         ari ni kakna ada entri aiskrim.dah banyak kali kakna buat aiskrim ni.cuma ari ni baru nak masukkan dalam entri ni.sesekali buat sendiri puas hati.tak perlu bimbang bahan yang digunakan.boleh di perbagaikan rasa mengikut tekak sendiri atau bahan yang ada di dapur saja.bila dah buat aiskrim ni mula lah pintu peti ais asyik terbuka je.. budak-budak ! memang lah gemar..

sumber: kakfida@myresepi
sumber: matgebu@myresepi

HOMEMADE AISKRIM
bahannya:
4 cawan susu segar
4 cawan coffee-mate creamier
2 sudu besar gula halus (kakna tak masukkan gula)
perasa vanila atau perasa yang di gemari.

caranya:
satukan susu segar dan krimmer.masukkan gula dan putar hingga berbuih dan masukkan dalam peti ais.biar 1/3 beku.keluarkan dan putar lagi hingga kembang.masukkan perasa kegemaran dan putar lagi hingga naik dua kali ganda.kemudian masukkan semula ke dalam frezer hingga beku.lebih kurang 8 jam.kakna buat malam siang boleh lah gap.. hias mengikut kemahuan sendiri.