rakan-rakan vip

Showing posts with label sambal. Show all posts
Showing posts with label sambal. Show all posts

Tuesday, 21 February 2012

sambal tahun pahang


Assalamualaikum.........
                selamat pagi dan salam ceria selalu dari kakna untuk semua kawan-kawan.sihat adalah harta yang tak terdapat di mana-mana yang kita kecapi.alhamdulillah syukur kepada allah kerana hari ini kita masih bernafas lagi.

ari ni kakna ada entry sambal tahun pahang.mulanya kakna tengok di umah sheila.resepi izah.dah lama nak mencuba .akhirnya cubalah juga kakna.sedap makan dengan nasi putih panas2.setahu kakna buah belimbing ni.kalau mak kakna dia jemur kering dan simpan.bila nak buat acar limau dia masukkan sekali belimbing kering ni.itu lah yang kakna tahu selain buat gulai dan sambal buah ni.sebelum kakna pergi jauh lagi cukup dulu ye..

SAMBAL TAHUN PAHANG.
resepi :izah muffin
sumber: izah muffin.

bahannya:
segengam ikan bilis
1 biji bawang besar
10-20 biji cili padi
5-6 biji buah belimbing
sesenduk minyak untuk mengoreng.

caranya;
tumbukkan cili padi hingga lumat.kemudian tumbuk pula ikan bilis jangan lumat.pecah2 je gitu.tumbuk belimbing buluh.tak payah lumat sangat.panaskan minyak masukkan semua bahan dan goreng hingga garing dan rasakan gula dan garam secukupnya.masukkan kicap sedikit.kemudian goreng hingga garing dan siap di angkat dan makan dengan nasi panas2 sedap..

Thursday, 8 December 2011

sambal tempe



jom tambah menu tenggahari.makan tempe tak semestinya jawa.sekarang semua orang pandai makan.tak kira makanan cina,india dan siam.kekadang tu cuma guna resepi asal di ubah suai dengan makanan kita yang tak halal boleh jadi halal.cuma contoh je tengok resepi lain(tak halal).kakna belajar ni pun dekat orang yang pandai masak jenis ni.kalau sesiapa yang belum cuba boleh cuba.sebenarnya ada perbagai cara dan resepi tempe ni.buat masa sekarang ini lah resepi kakna mungkin lain kali kakna syer yang lain.tempe ni sekarang sampai utara pun ada jual.dulu memang payah nak jumpa.sekarang ada di mana2 je...

SAMBAL TEMPE
bahannya:
2 keping tempe
3 biji kentang
2 biji bawang besar
3 keping tauhu
1/2 cawan kacang tanah
10-15 biji cili kering
gula dan garam secukupnya.

caranya:
tempe di potong nipis dan goreng.kentang juga dipotong panjang dan goreng.kacang tanah di goreng hingga ranggup.bawang di potong panjang dan goreng.semua bahan di goreng terlebih dahulu kecuali cili.cili di mesin hingga hancur(untu sambal).panaskan minyak dan tumis cili hingga pecah minyak.kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.kemudian masukkan semua bahan yang telah di goreng tadi dan gaul hingga rata.bila rata siap di hidang.

Wednesday, 7 December 2011

sambal petai



Assalamualaikum..........
                   jom layan sambal petai untuk menu tenggahari.tak cukup nasi nanti kena dengan sambal petai ni.kakna guna petai yang masih baru.ambil sekali dengan kulit.baru sedap dan terasa petainya.kalau biji saja pun boleh.untuk melembutkannya rebus terlebih dahulu petai ni.kakna kikis kulit petai sebelum masak.ari ni kakna buat sambal petai dengan udang.sebenarnya sambal ni boleh di gabungkan dengan ikan bilis dan daging ayam pun sedap.yang lain belum cuba lagi.

SAMBAL PETAI
bahannya:
10-15 biji cili kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
250 gm udang
5 keping petai
gula,garam dan asam jawa secukupnya.
belacan jika suka.

caranya:
petai di siang dan potong kecil.cili di kisar bersama bawang putih dan merah.panaskan minyak dan tumis cili hingga pecah minyak masukkan petai dan tambah sedikit air jika kering.bila petai dah empuk. masukkan udang,gula,garam dan asam jawa.kacau dan masaklah seperti biasa kita masak sambal.siap bolehlah di hidang.

Thursday, 22 September 2011

sambal rebung


assalamualaikum...
      apa khabar... harap sihat sejahtera semua.ari ni kakna ada entry sambal rebung.al kisahnya kakna ke rumah bapa saudara kakna. kebetulan sepupu kakna tinggal dekat di situ .anak bapa saudara kakna la...sepupu kakna tu lak tanam banyak pokok buluh.buluh madu kalau tak silap kakna.jadi bila balik dapatlah buah tangan rebungnya tu....  pesan diorang rebung ni tak boleh simpan lama, balik mesti cepat di siang dan rebus jika tak nanti akan keras rebung tu.bila dah rebus bolehlah simpan dalam peti ais.masak bila nak gunanya.rebung ni taklah masam macam dijual dalam pasar.selalunya kakna guna rebung dari buluh genting untuk masak sambal ni.dah ada rebung madu ni kakna cuba buat lah dengan rebung ni.memang sedaplah bagi orang sukakannya.

bahannya:
300 gm rebung [yang telah di rebus
10 biji cili kering [dikisar
3 biji bawang merah [dimayang
3 biji bawang putih [dimayang
100gm udang atau ikan bilis
air asam jawa [ikut selera
gula secukupnya
garam

caranya:
panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih hingga garing.masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak [nampak minyak naik atas cili].kemudian masukkan gula dan garam secukupnya.kacau dan masukkan udang atau ikan bilis.kacau dan masukkan rebung kemudian masaklah hingga masak.siap di hidang.