Assalamualaikum.......
salam mesra dari kakna untuk semua..... sihat sejahtera hendaknya.....
ari ni kakna ada menu pasta yang mudah.
kakna ada nampak kak liza dalam tv ari tu sedang masak murtabak macaroni.tapi kakna tengok macam tu je...bz agaknya ,tak boleh bagi perhatian pun...
jadi kakna ada macaroni.kakna cuba buat cara sendiri je la... untuk sarapan.kakna guna bahan mudah yang ada di dapur je....
MURTABAK MACARONI
bahannya:
200gm macaroni
3 biji telur
2 biji bawang besar
1-2 biji cili hidup
2 ulas bawang putih
100gm daging ayam
daun bawang dan daun sup
garam dan perasa
caranya:
macaroni di rebus dan toskan.bawang di mayang.cili hidup di buang biji dan cincang.isi ayam di potong kecil.daun bawang dan daun sup di potong halus.di dalam mangkuk pecahkan telur kemudian masukkan semua bahan yang telah di potong.kemudian masukkan garam dan perasa,kacau rata dan secukup rasa masukkan macaroni gaul rata hingga sebati.sementara itu panaskan kuali non stik dengan api sederhana.masukkan sesudu minyak masak atau minyak zaiton.boleh juga guna marjerin jika suka.bila kuali dah panas masukkan bahan tadi dan ratakan.bila dah masak bolehlah di alihkan.dan masaklah hingga masak.kakna buat satu adunan ni untuk sebiji.jika suka bolehlah buat untuk dua.
No comments:
Post a Comment