rakan-rakan vip

Sunday, 29 January 2012

jemput-jemput pisang


Assalamualaikum........
               selamat pagi dan salam ceria pada kawan2 semua.kita mulakan hari pertama minggu ini dengan ceria hendaknya.selamat menjalankan tugas masing2 dengan gembiranya....

hari ini kakna tak ada entry yang menarik pun.hanya sekadar nak berkongsi cara atau petua yang kakna tahu saja.menarik pun tidak sekadar pengetahuan untuk rakan2 atau pada yang suka mencuba macam kakna ni.di sebabkan pagi ni kakna sarapan dengan cucur kodok ni.teringat kakna adakah yang dah tahu cara kakna buat kuih ni. jom kita tengok...

JEMPUT-JEMPUT PISANG
bahannya:
1 sikat pisang
200 gm kelapa parut
11/2 - 21/2 cawan tepung gandum
8 sudu besar gula [kakna tak suka manis]
2 sudu teh garam
air secukupnya.

caranya:
pisang di leyek bersama kelapa parut hingga sebati.masukkan tepung,gula dan garam gaul rata sambil masukkan air sedikit2 hingga mendapat bancuhan yang di kehendaki.panaskan minyak dan goreng macam biasa.siap bolehlah di hidang dan rasakan perbezaan yang selalu kita buat sebelum ni.

Saturday, 28 January 2012

Angel hair pasta goreng

Assalamualaikum...
        selamat pagi.... salam ceria. pagi ni kakna bersarapan dengan pasta lagi.kakna masak macam mee goreng je..  masak pasta yang di melayukan.tak guna bahan pasta pun.masak macam biasa dan hiasan nya nampak macam kelainan sikit.

ANGEL HAIR
bahannya:
500g Angel hair pasta
1 paket bebola ikan
1 senduk cili kisar (lebihkan jika suka pedas)
1 biji bawang besar kisar
3 ulas bawang putih kisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap manis
sayur (ikut selera)
minyak masak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

caranya:
Rebus sehingga lembut Angel hair pasta dan toskan lebihan air rebusan. Panaskan minyak di dalam kuali. Sementara itu, satukan kesemua bahan-bahan yang dikisar.Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.Masukan Angel hair pasta dan bebola ikan. Gaul sebati.Masukkan sayur pilihan anda. masukkan garam dan gula secukup rasa. kacau sebati dan...siap. Selamat mencuba.

Friday, 27 January 2012

pasta goreng


Assalamualaikum...
           selamat pagi.... salam ceria dari kakna. selamat bercuti bagi yang cuti.dah sarapan semua.kakna baru nak masukkan entry sarapan pagi ni.

tentu kawan2 dah bersiap sedia untuk masak tenggahari.maklumlah cuti2 ni tentu nak masak special kan.kakna tak masak hari ni.sebab ada jemputan kenduri kawin.pagi ni makan pasta untuk sarapan.agak berat sikit kan.jom nak bersiapkan diri.

PASTA GORENG
bahannya:
1 bungkus pasta
300gm isi ayam
2 biji tomato
2 sudu besar cili paste
2 sudu mentega
2 biji bawang besar
2 sudu besar kicap
2 ulas bawang putih
secubit garam dan gula

caranya:
panaskan mentega hingga cair.kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah di potong dadu.masukkan cili goreng hingga pecah minyak.masukkan tomato yang telah di potong dadu dan masukkan juga isi ayam yang juga di potong dadu.kemudian rasakan garam dan gula secukupnya jangan lupa tambah kicap sedikit.bila dah masak bolehlah di masukkan pasta yang telah di rebus.goreng macam kita mengoreng mee.boleh juga masukkan sayur jika suka.siap di hidang.

Thursday, 26 January 2012

puding laici


Assalamualaikum...
            selamat pagi.. dan salam ceria di pagi jumaat ini...   sekejap je masa berlalu dah nak habis minggu ni.masa berlalu terlalu laju.macam mana dengan kita.adakah kita masih tak berganjak lagi dari tempat lama.


dengan cuaca yang tak menentu kejap kemarau tapi hujan pula.bila panas terasalah ingin nyaman tekak yang kehausan.jom kita legakan tekak dengan puding laici ni.


puding ini adalah resepi yang kakna dapat dari kawan sebelum aktif dalam berblog lagi.dah lama tak buat.terasa pula bila musim panas ni nak nyaman tekak ni dengan puding laici yang terasa laicinya.

puding ni lembut seakan-akan dadih.nak buat pun senang dan mudah saja.

PUDING LAICI
bahannya:
18 gm agar-agar tali.
1 tin susu cair.
1 tin laici buah
10 gelas air.
11/2 cawan gula.
1 sudu teh esen vanila.
secubit garam.

caranya:
masak agar-agar dengan air hingga hancur.bila agar-agar dah hancur masukkan gula dan kacau.perlahankan api.masukkan susu cair,esen dan garam.masukkan setenggah air sirap laici ke dalam agar2.kacau sebati.kemudian bolehlah tuang agar2 ini ke dalam acuan atau loyang yang di sukai.biar sejuk dan keras.bolehlah di tabur dengan laici yang di racik2kan bersama dengan lebihan sirap laici tadi.masukkan dalam peti ais agar sejuk.jika suka boleh terus di hidang.

Wednesday, 25 January 2012

bingka kentang


Assalamualaikum.......
            selamat pagi..salam ceria semua untuk kawan2.sekejap aje.. masa berlalu.terasa tak sempat nak buat apa masa dah habis.

jom sarapan bingka kentang dengan kakna.semua kawan2 dah buat bingka ni.cuma kakna ketinggalan.untuk kelainan sedikit kakna lapiskan dengan warna coklat.cara dan resepinya tetap sama.

kakna dah tak tahu nak cerita apa lagi.jom layan resepinya.

BINGKA KENTANG.
bahannya:
2 biji kentang [rebus dan lenyek]
1biji telur
2/3 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1/3 sudu besar minyak sapi- cairkan
3 sudu besar susu cair [jika suka]
1 sudu besar paste coklat

caranya:
kacau telur bersama gula hingga sebati.kemudian masukkan tepung berselang seli dengan santan dan kacau hingga sebati.tapis adunan ke dalam kentang yang sudah di lenyek dan kacau hingga sebati.kemudian masukkan minyak sapi dan kacau sebati.bahagi adunan dua bahagian satu di warnakan kuning dan satu lagi di masukkan paste coklat kacau hingga sebati.panaskan oven sementara itu sapu loyang dengan minyak dan panas dalam oven sebentar.keluarkan dan tuang adunan kuning dan ratakan masukkan dalam oven 2-3 minit. keluarkan dan tuang adunan coklat pula dan ratakan.masukkan semula dalam oven 2-3 minit.ulang hingga jadi lima lapisan.akhir sekali bakar adunan 15-20 minit.biar bingka betul2 sejuk sebelum di potong.kakna guna loyang 5x5".

Wednesday, 18 January 2012

talam keledek


Assalamualaikum....
                    salam sejahtera dan selamat pagi semua..  ceria-cerialah di pagi-pagi ni dengan senyuman... bahagia dan gembira hendaknya.


hari ini kakna mulakan dengan kuih talam untuk sarapan pagi.jemput lah kawan-kawan sarapan dengan kakna.walaupun tak seberapa..

kakna ada keledek madu yang berwarna ungu.tak tahu nak buat apa selain rebus dan makan begitu aje.. jadi kakna jalan dari rumah ke rumah.jumpalah kuih ni di rumah kakwan (citarasawan).macam biasa la kakna ni ,pun cubaresepi ni.bila cuba ,jadi la pula dan sedap gitu..  kakna nak la kongsi dengan kawan2 kakna pula.

TALAM KELEDEK
bahannya:
250gm tepung beras
70gm tepung ubi kayu
250gm gula pasir
450ml santan pekat
450ml air
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
200gm keledek ungu(rebus,leyek ketika masih panas)
pewarna ungu

caranya:
satukan tepung beras dan tepung ubi dalam mangkuk.masak santan,daun pandan,air,garam dan gula hingga didih.keluarka daun pandan dan tuang dalam tepung.kacau cepat2 hingga sebati.ambil sedikit adunan masukkan dalam blender bersama keledek dan blend hingga halus.satukan semula adunan dan kacau rata serta tapiskan.bahagi adunan kepada tiga bahagian(450ml).satu warna asal.satu bahagian ungu muda dan satu bahagian ungu tua.panaskan pengukus dan sapu minyak pada loyang 8".panaskan loyang sekejap dan tuang adunan selapis demi selapis di mulai dengan warna muda .akhir sekali kukus selama 25 minit.potong kuih setelah betul2 sejuk.

Tuesday, 17 January 2012

gulai tempoyak

selamat tenggahari..
                 dah siap masak!.   jom layan gulai tempoyak.gulai tempoyak ni bukannya resepi orang utara.walaupun kakna orang utara.kakna cubaresepi ni dan terus terlekat sampai sekarang.kakna pun dah tak ingat asalnya.apa pun memang anak dan hubby suka.untuk kawan2 yang memang dah arif biasa la kan.kalau ada lagi yang lebih special.kongsi je .. insyaallah.boleh cuba.resepi asal pun kakna dah tak ingat.ini yang biasa kakna guna.

GULAI TEMPOYAK
caranya:
300gm udang basah.
10 biji cili padi
2 biji cili hidup
1cm kunyit hidup
5 ulas bawang merah
1 cawan santan pekat
2 batang serai
1 helai daun kunyit
2 sudu tempoyak
1 sudu gula
garam secukup rasa.

caranya:
udang di bersihkan.mesin cili padi,cili hidup,kunyit,bawang merah bersama dengan santan.masukkan udang dan bahan yang di mesin ke dalam periuk.masak dengan api sederhana kemudian masukkan tempoyak.kemudian masukkan serai yang telah di ketuk dan gula serta garam secukupnya.bila sudah didih masukkan daun kunyit dan siap di hidang.

kuah durian


Assalamualaikum.........
                  kakna masih lagi dengan durian.kali ni.. kuah durian pula.tentu ramai suka ni.. 

kuah durian ni kalau di utara di panggil serawa.boleh di makan begitu saja atau di makan dengan roti jala,pulut dan roti biasa.boleh juga di campur dengan bubur lain.

KUAH DURIAN
bahannya:
isi durian secukupnya
500ml santan
1/2 cawan gula
secubit garam
2 helai daun pandan.

caranya:
durian di asingkan dengan bijinya.jika suka tak perlu di asingkan.masukkan ke dalam periuk.kemudian masukkan semua bahan-bahan yang lain.masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau sampai didih.siap boleh lah di hidang dengan roti atau apa yang anda gemari.

pulut durian


 Assalamualaikum.....
                    dah pun petang kakna baru nak masukkan entry.entry pun taklah semana.tapi banyak orang sukakan durian.ada yang tak suka,bagi yang suka macam kakna ni.. pantang jumpa.

 yang bestnya dari kampung.tak ada D pun tak apa walaupun dapat yang isi putih.kalau kuning lagi ngacam.

 bila dah ada durian ni ada yang nak makan saja,ada yang nak makan dengan pulut di tambah pula santannya di atas.

PULUT DURIAN
bahannya:
durian la.. bahan utama.

bahan pulutnya:
1 kg beras pulut.
2 cawan santan
secubit garam.

caranya:
rendam pulut sekurang-kurangnya empat jam atau semalaman.kukus pulut hingga masak.perasakan santan dengan garam secukupnya.angkat pulut dan masukkan santan ketika pulut masih panas dan gaul rata hingga santan kering di serap pulut.kemudian masukkan semula dalam kukusan dan kukus untuk seketika ( 10-15 minit) siap di hidang dengan durian.masak 1 cawan santan  dengan secubit garam .biar didih seketika terus angkat dan hidang.santan ini tak ada dalam entry.






Sunday, 15 January 2012

stawberry coklat


Assalamualaikum.........
                          selamat pagi dan salam ceria..... senyum lah di awal pagi ni agar kita semua di rahmati....hari untuk minggu ini sudah bermula dengan rutin harian.


di permulaan hari ini dan minggu ini kakna mulakan dengan stawberry coklat.sila-sila ambil sorang satu.. tak boleh lebih satu je... kalau kawan2 perasan stawbery kakna ni comot..kan.bukannya apa kakna nak letak sebanyak boleh coklat pada buah tu.kalau di celup semua tak nampak stawberry lak..

di sini ada kakna selitkan entri ais krim.kakna cuba buat aiskrim dengan buah stawberry tapi gambarnya tak menarik.jadi kakna selit je di sini.ok kita mulakan hari baru untuk minggu ni......

STAWBERRY COKLAT
bahannya:
buah stawberry
coklat masakkan
2 sudu mentega
2 sudu susu segar

caranya:
panaskan coklat secara dauble boil.kemudian masukkan mentega dan susu segar.bila dah cair bolehlah celup buah stawberry.mudah..kan.tak susah pun lepas tu kejap je dah habis.

AIS KRIM STAWBERRY
bahannya:
10 biji buah stawberry
1 cawan whipping cream
1 sudu gula kastor
hiasan:
jem stawberry

caranya:
kakna masukkan semua bahan ke dalam blender dan putar hingga kental.masukkan dalam bekas dan letak dalam freze.bila dah beku siap di ngap....