rakan-rakan vip

Tuesday, 11 October 2011

masak asam

 assalamualaikum...............
                    salam sejahtera.kakna asyik lambat je nak entri dua tiga ari ni.sebab jaga mertua yang uzur.kakna tidak ada resepi istimewa ari ni.cuma ada resepi biasa je....selalunya resepi ni orang utara masak untuk orang yang sakit berpantang atau bersalin.bagi kakna yang tak berpantang pun suka resepi ni.makan dengan nasi panas2 memang tak nampak orang lalu la...

resepi ni boleh guna ikan atau daging kebaisaannya.ikan kering pun boleh...
kalau nak tahu rasanya kena lah cuba..
 
MASAK ASAM
bahannya:
500 gm daging [atau isi ikan
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2cm halia
2 batang serai [jika suka
2 biji cili hidup
1 sudu besar lada hitam
1/2 mangkuk air asam jawa
gula dan garam secukupnya

caranya:
goreng ikan atau daging hingga masak,ketepikan.dengan minyak yang sama masukkan bawang besar,bawang putih dan halia yang di potong atau jika suka boleh juga di mesin.agak dah lembut bawang masukkan air asam dan lada hitam yang di tumbuk.kemudian masukkan serai dan cili.kemudian masukkan daging atau ikan.tambah gula dan garam secukupnya.siap di hidang.untuk kuahnya.jika nak pekat kurangkan airnya.kakna buat pekat.

Sunday, 9 October 2011

urap pegaga


assalamualaikum.....
                            dah petang pun.kakna baru nak masukkan n3 tenggahari.tak apa esok2 boleh cuba buat.kakna guna resepi sediri ari ni.kebiasaannya orang tua kakna guna resepi macam ni la untuk buat kerabu kelapa mentah.



yang ini dah siap dan boleh di hidang



  URAP PEGAGA.
bahannya:
250 gm pegaga
100 gm kelapa parut
6 biji cili kering
1 biji bawang besar
30 gm udang kering
sedikit air asam jawa [jika suka
gula dan garam secukupnya

caranya:
pegaga di bersihkan dan potong halus.tumbuk cili kering hingga lumat masukkan udang kering.tumbuk lagi hingga lumat.kemudian masukkan gula dan garam.bawang di potong nipis2.kemudian campurkan semua bahan dengan pergaga dan gaul rata.rasa secukupnya masin.manis dan asamnya.siap di hidang.

Saturday, 8 October 2011

cucur tapai ubi

assalamualaikum...............
                        selamat pagi semua.sarapan apa pagi ni. kalau ada tapai ubi bolehlah cuba buat cucur ni.kakna pun tengok di umah 1001 resepi.kebetulan ada tapainya dan tak tahu nak buat apa.kakna pun cuba lah buat cucur ni .boleh tahan sedapnya.terasa masam manis cucur.mudah je nak buat cucur ni.
cucru tapai ubi.

bahannya:
200 gm tapai ubi
50 gm tepung
3s.b gula
secubit garam

caranya:
hancurkan tapai dan masukkan semua bahan lain.kalau perlu masukkan air jangan banyak nanti lembik tak boleh di kepal.gaul rata dan bulat-bulatkan dohnya.kemudian celup dalam bancuhan better [bancuhan goreng pisang] kemudian goreng hingga masak siap di hidang

apam pisang


assalamualaikum....
                               sekali pandang jangan tertipu.nampak macam kek tapi ini apom la...kakna lambat nak entri sebab line internit ni slow sangat la.kakna ingat masa sekolah rendah dulu ada jual apom ni.kakna selalu beli.bila dah besar tak tahu la macam mana nak buat.tertanya2 orang.tapi orang bukannya nak bagi tahu.sejak kakna ceburi alam maya ni.banyak yang boleh kakna pelajari dari mereka2 yang tak pernah kedekut dengan ilmu masakkan ni.sebab tu lah kakna ceburi juga alam blog ni agar orang yang senasib kakna dapat ilmu2 macam ni.op...... luah perasaan lak..

APOM PISANG
bahannya:
2 cawan pisang yang telah di leyek
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula [ikut rasa
2 biji telur
1 s.k soda bikarbonat

caranya:
campur semua bahan dan gaul rata.masukkan dalam loyang [kakna guna loyang 8"].biarkan dalam 30 minit.panas air kukusan dan masukkan adunan dan tutup loyang atas agar tak masuk air.kukus hingga masak.lebih kurang 45 minit.siap -biar sejuk baru potong.

Thursday, 6 October 2011

piza tortilla

 assalamualaikum......
                       piza lagi....   kakna buat piza lagi.kali ni kakna guna tortilla.tak guna doh roti.bagi yang tak suka roti yang tebal tu.boleh lah ganti dengan tortilla.                                           

yang ni dari jarak dekat.kelabu la pula.memang nampak bahan dalamnya saja.kakna guna tiga lapis tortilla.lapis pertama kakna letak ayam dan bahan2 lain.begitu juga lah  lapisan yang lain hingga habis.setiap lapis kakna letak keju.memang banyak keju la.tak apa nanti bila makan kejunya bertali2 lagi.op....kakna lupa nak ambil gambar keju bertali tu semasa potong dan panas2.memang sedap la.tambah2 budak2 yang tak suka makan rotinya tu.inti piza boleh di ubah2 mengikut selera sendiri.letak je apa yang kita suka.lebih senang potong dadu bahan tu.boleh letak banyak2 apa yang kita suka.memang puas hati la buat sendiri.

gulai telur itik

assalamualaikum....
                              selamat petang....  kakna nak n3 gulai telur petang ni.kakna dah lama tak makan gulai telur ni.seingat kakna masa kecil2 dulu ada juga... lepas tu kakna dah lama tak makan sebab apa ye... tak ada telur itik kot.. lagi pun kakna tak pernah masak pun gulai ni.cuma baru2 ni kakna ke pasar siti khadijah ada jual gulai ni.kakna cuba rasa sedap juga...  tadi kakna ke pasar ada orang jual telur ni.jadi kakna beli balik cuba masak .masak cara kakna la... tak tahu la kalau2 ada resepinya ye...
rupa2nya telur itik mahal dari telur ayam ye...   (sebab jarang ada kot)


GULAI TELUR ITIK
bahannya:
10 biji cili padi*
5 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 s.k serbuk  kunyit*
200ml pati santan
1 batang serai
2 keping asam gelugur [jika suka
garam secukupnya

caranya:
mesin bahan yang bertanda*.masukkan dalam periuk.kemudian masukkan santan dan air secukupnya untuk kuah yang di kehendaki.masak di atas api yang perlahan.kemudian masukkan serai. biar didih santan dan setiasa kacau.bila santan mendidih pecahkan telur satu-satu ke dalam periuk.jangan kacau lagi .biar sebentar baru kacau.jika kacau nanti telur hancur.kacau perlahan dan masukkan asam dan garam.sudah masak siap dihidang.

Wednesday, 5 October 2011

tortilla

 assalamualaikum...
                             jom sarapan dengan tortilla.ada gulai yang lebih semalam boleh cicah dengan tortilla ni.sebelum kakna cuba buat sendiri tortilla ni,kakna selalu beli.satu hari kakna nak cuba buat.kakna cari dalam youtube.bermula di situlah kakna dah buat sendiri.

                             yang ni di atas kuali sedang masak.


TORTILLA.
bahannya:

3 cawan tepung gandum
2 s.k baking powder
1 s.k garam
4 s.b shortening [boleh ganti dengan minyak
11/4 cawan air suam

caranya:
campurkan semua bahan2 kering.masukan shortening atau minyak gaul sebati.kemudian masukkan air sikit2 sambil di uli dan mendapat doh seperti roti.bahagikan doh dan bulat2kan.kemudian rehatkan selama 10 minit.canai nipis doh seperti capati dan bakar atas kuali non stick tanpa minyak.bila nampak gelembong bolehlah di alih2kan.kekadang ia akan gelembong 100 peratus.


Tuesday, 4 October 2011

roti sosej

assalamualaikum............
                          selamat pagi...  meh ambil sorang satu untuk sarapan.masih panas2 ni.keju meleleh tu ha.. cicah dengan sos cili lagi sedap...

ROTI SOSEJ
bahannya:
8 keping roti potong [nak berapa keping pun boleh
8 batang sosej [ sama banyak dengan roti
2 keping cheese
1 biji telur
serbuk roti secukupnya.

caranya:
rebus sosej hingga timbul dalam air rebusannya.roti di gelek nipis.cheese di potong empat memanjang.belah sosej jangan sampai putus.kemudian sisipkan keju ke dalam sosej yang di belah.gulung sosej ke dalam roti.sapukan sedikit telur di hujung roti untuk melekatkan roti sebagai gam.panaskan minyak untuk mengoreng.seperti mengoreng cucur.pukul sedikit telur.celup roti yang dah di gulung ke dalam telur dan golek2kan dalam serbuk roti rata pada roti dan goreng.goreng hingga nampak keemasan.angkat dan toskan.siap dan potong serong boleh cicah dengan sos.

pancake



assalamualaikum.....
                               ari ni kakna lambat letak n3.jom minum sambil makan pancake ni dengan pai bluberry lagi.suam2 ni sedap la.. dalam keadaan cuaca mendung...  ni.sebenarnya inilah pancake pertama kakna yang menjadi.sebelum ni ada cuba tapi tak jadi macam ni.alhamdulillah asalkan kita tak putus asa pasti allah izinkan.

PANCAKE
bahannya:
1 cwn tepung naik sendiri
1 cwn susu segar
1s. k baking powder
1 s.b gula
1 biji telur
3 s.b butter-dicairkan
1 s.b jus lemon [jika suka
secubit garam

caranya:
campurkan semua bahan dan blend sampai rata.biarkan adunan selama 10 minit.
panaskan kuali non stick dan sapukan sedikit butter.tuang adunan sesenduk.
bila dah nampak berlubang bolehlah di alihkan.dan biar hingga masak. angkat.
ulang hingga habis adunan dan bolehlah di hidang dengan jem ,mentega atau apa yang anda gemari.

Sunday, 2 October 2011

piza

 assalamualaikum......
                                  kakna mulakan minggu ni dengan piza.yang ni belum di bakar lagi.



                                             yang ni dah bakar siap masukkan dalam kotak lagi















                                              yang ni piza ayam baru lepas bakar.

kakna buat piza ni untuk di bawa melawat anak kakna di asrama.kakna buat dalam 1/2 kg tepung , boleh dapat tiga biji sebenarnya.tapi kakna buat dua biji je.teballah sikit rotinya.lama dulu kakna buat juga tapi tak dapat nak memuaskan keluarga [maksudnya kurang menjadi la tu.......].bila nak piza beli je..setelah kakna ikuti blog2 di dunia maya ni.kakna cuba buat untuk kali pertamanya.... inilah hasilnya......  semalam anak kakna tanya beli dekat mana.kotak tak da apa2 label.mama dia buat sendiri la.....
memang puas hati bila buat sendiri...                                             


PIZA
bahan roti:
500 gm tepung high protien
7 gm yis kering [mauripan
4 s.b minyak zaitun
1/2 s.b garam
1 s.b gula
1 cwn air suam

INTI
bahannya:
4 s.b tomato puri
1 tin kecil tuna mayonis [untuk ayam kakna mesin isi ayam sebelah bahagian dada]
1 biji bawang besar
1 biji tomato
1 cwn nenas yang di potong kiub
keju secukupnya.
bahan untuk inti ni boleh di ubah mengikut selera sediri.

caranya:
campurkan 1/2 cwn tepung gandum dengan yis.bancuh lembut macam buat cucur dan biarkan hingga naik berbuih.kemudian satukan gula,garam, minyak dan bancuhan yis.kacau dan masukkan tepung, tambah sedikit air dan uli.air di masukkan sikit2 hingga terasa cukup dengan doh.uli hingga tak melekat di tangan.kemudian rehatkan hingga naik 2-3 kali ganda.kemudian uli lagi dan canai kan.bolehlah tabur bahan atas piza tadi.dan rehat kan sekejap bakarlah hingga masak.siap di potong panas2 nampak lah keju yang bertali mengancam....