rakan-rakan vip

Wednesday, 14 September 2011

sandwic sardin goreng

 Assalamualaikum....    ari ni kakna ada entri sandwic aje.. kakna selalunya buat sandwic ni bila ada perjalanan jauh.baru2 ni kakna ke pantai timur untuk hantar anak kakna di sana.sandwic kakna buat untuk makan dalam kenderaan.dalam perjalanan jauh duduk saja dalam kereta terasa nak makan je.. sandwic ni boleh la di bekalkan.lama dulu kakna suka buat roti gulung dan goreng dengan minyak yang banyak.dengan resepi yang sama kakna cuba buat macam kakna buat sekarang.dan tidak makan masa yang lama untuk menyiapkannya.
yang ini masih dalam proses di atas dapur  kakna mengunakan kuali leper untuk proses masak supaya cepat dan mudah.


bahannya:
1 bungkus roti potong [kakna mengunakan roti gardinia]
3 biji telur
1 tin besar sardin [kakna guna makerel ayam brand]
2 biji cili merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 s.b air limau kasturi [air asam jawa pun boleh]
daun bawang dan daun ketumbar
garam dan perasa jika suka
sedikit cili sos. [ kakna tak menggunakan sos dalam sardin]

caranya:
potong dadu bawang besar dan bawang putih.potong cili merah kecil2 sementara itu hancurkan isi sardin.
satukan semua bahan yang di potong dengan sardin. masukkan sos mengikut kepekatan yang di kehedaki
kemudian masukkan air asam dan garam.panaskan kuali masukkan sardin dan masak hingga masak.boleh la tabur daun bawang dan daun ketumbar.dalam mangkuk lain pecahkan telur dan kacau.sardin tadi di sapu atau ratakkan atas sebelah saja kemudian lipat dua .panaskan kuali dengan api perlahan.letak sedikit majerin dan ratakan .celup roti dalam telur dan goreng dengan majerin tadi hingga masak.jangan lupa alih2 kan roti untuk mendapatkan warna perang. jika suka boleh tambah lagi majerin supaya tidak hangus.ulanglah hingga habis dan siap untuk di hidang atau di bawa bekal.

Monday, 12 September 2011

mee goreng mamak


assalamualaikum...  ari ni kakna ada entri mee goreng mamak.seingat kakna dulu banyak ada jual di tepi jalan.sekarang kalau makan mee goreng mamak pun dah tak sama dengan dulu lagi.ada je yang kurang.jadi bagi yang pernah makan yang dulu mesti la tak puas.orang umah kakna nak makan kena la buat sendiri dan di luluskannya.kakna pun cuba la buat..boleh la tahan...sedapnya ikut citarasa sendiri.macam tu la bagi sesiapa yang nak masak ni baik ikut citarasa sendiri jangan ikut betul2 dalam resepi tu.(maksud kakna jenis makanan macam ni je).kadang2 kita ada yang suka masin,manis dan itulah maksud kakna citarasa kita berbeza.

mee goreng mamak
120gm mee kuning
30gm taugeh [di celur terlebih dahulu
20gm sawi [ dipotong kecil
20gm ubi kentang [dipotong dadu
20gm tomato [ dihiris
20gm cucur udang [ dihiris
20gm kuah kacang
15gm filet ikan [  dihiris
15gm udang [ dibuang kulit
1-2 biji telur
2 ulas bawang putih [hiris
minyak masak secukupnya

bahan untuk hiasan
2biji cili merah [ dihiris
2biji limau kasturi [ dipotong dua

caranya:
*goreng filet ikan dan udang sehingga masak angkat dan ketepikan.
*panaskan minyak dan goreng pula bawang hingga keperang-perangan.
*masukkan mee,sawi,ubi kentang,tomato.cucur udang dan kuah kacang,perlahankan api dan di kacau rata.
*masukkan telur, udang dan filet ikan.
*masukkan taugeh dan gaul lagi.angkat dan sedia di hidang bersama hiasannya.

Thursday, 8 September 2011

tomyam campur


salam ..   kakna ada entri tomyam .tomyam ni senang je..kakna tak pernah guna paste yang ada di pasaran.kalau kata tak pernah tak juga la kot.guna juga kekadang untuk buat nasi goreng ke... tapi dari dulu lagi kakna guna macam kakna buat ni.ada kawan kakna kata resepi ni asli.entah la janji ia menepati rasa dan kepuasan kita.cuba lah kalau nak tau keasliannya.....

bahannya:
2 batang serai [di ketuk]
4 helai daun limau purut [yang muda] [dikoyak]
6 cili padi [ikut citarasa sendiri] [di ketuk pecah aje]
3 ulas bawang putih.[di hiris]
2 biji bawang besar.[ di belah empat]
2 biji limau nipis
2 s.k lada sulah

bahan campurnya:
500 gm ayam
500gm udang
500gm sotong
2 keping fish cake
1 bungkus kecil fish ball

sayurnya:
2 batang lobak merah
2 biji tomato
1 bungkus jagung muda [kakna buang kulitnya]
200gm bunga kobis
1 bungkus cendawan tiram

caranya
panaskan minyak dan tumis bawang sampai layu masukkan semangkuk air.kemudian masukkan serai,cili dan daun limau tutup periuk sehingga mendidih dan bau aromanya.kemudian masukkan air dan perahan limau nipis mengikut kemasaman sendiri.kemudian masukkan semua bahan lain sehingga didih dan masukkan garam dan perasa.siap di hidang.
untuk sosnya.
100gm cili kering
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
di mesin dan tumis hingga masak.tambah garam dan perasa.di dalam gambar tak ada gambar sambal.sory.. lupa agaknya...dan tak ada dalam simpanan.ok cuba jangan tak cuba... sedap....

Wednesday, 7 September 2011

kuih cara manis

salam. ari ni kakna masukkan entri cara manis.kakna buat ni di atas permintaan anak kakna yang tujuh tahun.
nak makan cara manis.sebenarnya kakna jarang buat cara manis ni.selalunya ada permintaan baru buat.


bahannya:
1/2 kg tepung gandum.
200 ml santan.
1 biji telur.
air secukupnya.
garam dan gula.

caranya:
masukkan tepung ke dalam mangkuk, buat lubang di tenggahnya. masukkan telur dan santan serta garam .bancuh adunan hingga menjadi cair dan pekat.agak-agak tak pekat dan cair sangat.kemudian tuang ke dalam acuan cara yang telah di panaskan dan masukkan gula satu sudu kecil.bakar hingga masak.siap di hidang.

Tuesday, 6 September 2011

tart cheese bluberry

assalamualaikum. ari ni kakna adatayangan tart bluberry cheese. kakna tengok semua orang dah buat.kakna baru nak cuba.maklum la kakna ni lambat sikit  nak cuba .sebenarnya kakna bz nak uruskan anak kecil yang agak lasak ni .namanya adam .yang dalam gambar profile tu la.. dia.
anak kakna yang lain sebelum ni tak la ada yang lasak sangat macam tu.si adam ni sangat lasak.umur baru setahun dua bulan.dah suka panjat mana-mana tempat yang boleh dia panjat.kalau tak sampai dia akan letak lapik agar dia boleh panjat.macam di ajar-ajar.

 tart ni kakna guna resepi mamafami.kakna tengok dalam blognya dah lama.cuma belum cuba.ok sekarang dah cuba.taklah susah sangat.... walaupun kakna mengunakan resepi mamafami mungkin taklah 100 peratus mengikut caranya.





tart bluberry cheese:

125 gm mentega
60 gm gula kastor
1 biji kuning telur
250 gm tepung gandum
secubit garam
1/2 s.k esen vanila
1/2 s. b air

caranya:
pukul mentega dan gula hingga kembang. masukkan telur,garam dan esen vanila.kacau hingga sebati.
masukkan tepung gandum kemudian uli hingga jadi doh.ambil sebesar ibu jari kemudian terapkan di acuan shellnya.bakar hingga masak.baru lah masukkan filling cheese dan bakar sekali lagi.160*c selama 5 minit.

Filling:
250 gm philadelpia cream cheese
60 gm mentega
60 gm gula aising
1 biji telur.
caranya:

satukan bahan di atas dan pukul hingga halus dan rata.kemudian bolehlah paip kan ke dalam kulit tart.

muffin coklat

kakna tak berapa pandai nak ambil gambar.nanti kakna kena belajar lagi ni.kali ni kakna cuba buat muffin coklat yang kakna tengok dalam blog hasue.mohon halal ya.kakna cuba dah ni...
memang sedap...


muffin coklat

bahannya:
200 gm coklat masakan
70 gm mentega
2 biji telur
50 gm gula kastor
60 gm tepung gandum
1 s.k baking powder
almond nibs secukupnya

caranya:
cairkan coklat dengan kaedah double boiler.kemudian masukkan mentega kacau hingga cair.
panaskan oven 170*c
dalam mangkuk lain masukkan telur dan gula. kacau sampai sebati (tak perlu kembang)
masukkan ke dalam mangkuk coklat kacau sebati.ayak tepung dengan b.powder kedalam mangkuk coklat gaul sebati.isi dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh.
bakar selama 20 minit.selepas 20 minit muffin ni masih lembik.biarkan ia akan keras bila sejuk.biar ia sejuk sendiri.

rendang tok

salam... ari ni kakna ada entri rendang tok.dulu kakna memang teringin sangat nak cuba buat rendang ni.
sekarang dah pun cuba.bagi kakna rendang ni memang sedap tapi yang kakna jumpa resepinya banyak sangat tak tahu yang mana ori .kakna pernah tinggal di selatan perak.kenduri kawin dia orang masak rendang ni.memang sedap.rempahnya pula di mesin sendiri maksud kakna tak beli yang dah siap.rempahnya kurang hancur(halus sangat) bila makan terasa rempahnya sedap....



bahannya:
11/2 kg daging batang pinang
50gm bawang merah [dihiris
50gm bawang putih [dihiris
50gm halia [dihiris (ikut citarasa sendiri)

perap bahan hiris dengan daging lebih kurang 2 jam

bahan untuk di kisar.
2 s.b biji ketumbar
1 s k jintan manis
1s.k jintan putih
2s.b paste cili
1s.b lada hitam
5 biji buah pelaga
5biji bunga cengkeh
5 cm kulit kayu manis
kerisik dari sebiji kelapa
santan dari 2 biji kelapa

caranya:
kisar bahan kisar dan gaul dengan daging yang di perap tadi. kemudian masukkan kerisik dan santan.
masukkan dalam kuali didihkan dengan api sederhana lebih kurang 2 jam atau kering.bila dah hampir kering kacaulah selalu agar tidak berkerak.

Sunday, 4 September 2011

kari ikan kering ala utara


salam semua ari ni kakna ada entri kari ikan masin.asyik makan ayam dan daging je.rendang ari-ari dah terasa la pula nak makan macam biasa lak.kakna buat ni semalam tak sempat nak entri.ari ni baru nak masukkan.semalam sibuk anak-anak nak balik asrama.


tadi kakna nampak mat gebu pun ada buat gulai nenas dengan ikan kering.jangan marah mat.. selera kita ni
yang sama agak nya.



kari ikan kering.
200gm tulang ikan kering ] ikan talang(kakna guna isi ikan)
2 biji terung
1/2 biji nenas
1 batang lobak merah ] jika suka
4 s.besar rempah kari ikan.
3 biji bawang merah ] hiris
3 ulas bawang putih ] hiris
daun kari
2 cm halia ] hiris
200 ml santan
caranya:
 panas kan minyak untuk menumis.tumis bahan yang dihiris dan daun kari.apabila agak garing masukkan rempah kari yang di campurkan dengan sedikit air menjadi paste.
kacau hingga pecah minyak. masukkan sedikit air supaya tidak kering rempahnya.
kemudian masukkan terung dan lobak merah. kemudian masukkan nenas dan ikan kering.
kacau dan masukkan santan dan rasakan secukup garam nya.

p/s: ikan kering kakna rendam dahulu sebelum masak untuk mengurangkan kemasinannya.





Saturday, 3 September 2011

lontong

assalamualaikum...
lepas raya sibuk la pula nak buat umah terbuka kan .ni haa.. kakna ada lontong untuk rumah terbuka . jemput la.... cuba jangan tak cuba.tak akan menghampakan tetamu.

lontong:
2 kampit ketupat nasi ] rebus hingga masak.

bahan sayur lodeh.
2 biji terung ] hiris
2 keping tauhu ] hiris
2 keping tempe ] hiris
10gm kobis ] hiris
2 ulas bawang besar ] hiris
2 biji lobak merah ] hiris panjang
4 batang kacang panjang ] potong
50gm suhun
50gm fucuk
1 s.k serbuk kunyit
1 batang serai
santan secukupnya
garam secukupnya

caranya:
masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masukkan santan secukupnya.
didihkan diatas dapur hingga masak masukkan garam.sedia untuk di hidang.

sambal kacang:

300gm kacang tanah ]disangai dan tumbuk
50gm cili paste
minyak.
garam dan gula secukupnya

caranya:
panaskan minyak dan tumis cili hingga pecah minyak.masukkan sedikit air dan masukkan kacang.
setelah didih masukkan garam dan gula.kacau hingga masak.sedia untuk dihidang.

sambal ikan bilis:

3 ulas bawang merah ] dikisar
100gm cili kering ] dikisar
2 biji bawang putih ] dihiris
50 gm ikan bilis
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukupnya
minyak dan air secukupnya.

caranya:
panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris dan masukkan cili yang dikisar tadi.
kacau hingga pecah minyak.kemudian masukkan air asam dan garam,gula secukupnya.
kacau hingga didih dan masukkan ikan bilis . bila sudah masak sedia untuk di hidang

Thursday, 1 September 2011

kek hari jadi anak kakna ( kek coklat kukus)

 assalamualaikum... ari ni kakna ada entri kek coklat kukus. sekali cuba buat anak-anak kakna suruh buat lagi.sedap kata nya.entri tak berapa cantik sebab letak dalam bekas.kakna sibuk nak pergi rumah terbuka umah anak sedara dan balik kampung .jadi masukkan lah dalam tu .terus bawa baliksana.



                                                      di bawah ni yang dah di potong.




bahannya:
1cwn koko*
1cwn gula kastor*
1cwn susu cair*
!cwn minyak(boleh ganti dengan mentega cair)*
1/2cwn susu pekat*
11/4cwn tepung gandum(ayak)
1s.k soda bikarbonat(ayak)
1s.k baking powder(ayak)
3biji telur.

caranya:
bahan yang bertanda (*) di masukkan dalam periuk dan panaskan di atas dapur dengan api perlahan hingga sebati.tutup api.
ayak bahan ayak sebanyak dua kali.
pukul telur hingga kembang.masukkan dalam adunan yang dimasak tadi kacau sebati.
masukkan bahan yang di ayak tadi sedikit-sedikit hingga habis dan kacau sebati.
kukus selama 11/2 jam.