rakan-rakan vip
Wednesday, 30 November 2011
nasi goreng ayam
Assalamualaikum...
selamat pagi.dah ari khamis cepat masa berlalu.tak lama lagi dah masuk tahun baru.budak2 pun dah nak masuk sekolah semula.ala..hai kain belum potong lagi.adam demam lak.walau macam mana pun jom layan nasi goreng ayam dulu.bila perut dah kenyang bolehlah buat kerja2 yang lain.
NASI GORENG AYAM
bahannya.
2 mangkuk nasi
2 pokok sawi
1 batang karet
2 s.b cili mesin
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 ketul ayam
2 s.b sos tiram
2s.b kicap
secubit garam
caranya:
karet di potong dadu.kakna sagat.ayam di potong dadu.sawi dibersihkan dan potong.tumis bawang putih dan merah.bila dah garing masukkan cili kacau hingga garing masukkan sos tiram dan kicap.kacau dan masukkan ayam dan garam.bila ayam dah masak masukkan karet.agak karet dah lembut sikit masukkan nasi dan kacau rata.bila dah sebati masukkan sayur sawi dan kacau lagi hingga masak dan siap untuk di hidangkan.
Ayam kakna guna ayam goreng berrempah dalam resepi ayam kakna.sup biasa saja mengikut rasa selera anda.
Tuesday, 29 November 2011
kek sarang lebah
Assalamualaikum....
selamat pagi semua... salamat berjumpa kembali setelah beberapa ari kakna tak ada ni.tengok dah bersarang blog kakna.sarang lebah lak tu.jangan takut lebahnya tak ada.sarangnya je ada.boleh cuba pula buat sarang ni.sebelum ni kakna pernah buat tapi terasa lembik letak dalam peti ais baru sedap.yang ni memang ok jadinya. kakna ambil dari mat gebu yang dah banyak kali dah dia cuba buat ni.kek ni bagi kakna taklah susah tapi kena tunggu lama.tak apa sabar tangga kejayaan.
KEK SARANG LEBAH
sumber :mat gebu@tifinbiru
bahan A:
250gm gula pasir
225 ml air [kakna sukat 3/4 cwn]
75gm mentega
bahan B:
4 biji telur A [kakna guna 5 biji telur B]
125gm tepung gandum*
1 s.k soda bikarbonat*
1s.k baking powder*
75gm susu pekat manis
1s.k esen vanila
caranya:
bahan A:
masak gula dengan api sederhana hingga cair,masukkan air sikit2 hingga habis.bila dah larut gula masukkan mentega kacau hingga cair tutup api biar sejuk.
bahan B:
putar telur hingga kembang masukkan susu dan esen vanila, putar lagi.perlahan kelajuan masukkan tepung sikit2 hingga habis.bila dah sebati masukkan karamel [bahan A] putar sebati.rehatkan 30 minit atau 1jam[kakna biar 1 jam] laserkan loyang dengan mentega.kemudian kacau adunan dan tapis ke dalam loyang pembakar.kakna guna loyang yang lobang tengah.bakar 175C selama 45 minit atau masak.biarkan di dalam oven sampai sejuk baru keluarkan dan potong.

Sunday, 20 November 2011
kerabu ringkas
selamat tenggahari.dah makan ke.. kakna baru nak masukkan entri ni.tak apa esok boleh cuba senang je.resepi ni kakna tak ambil dari mana2.resepi ni ayah kakna yang ajarkan pada kakna masa remaja dulu.sesekali kakna buat juga sekarang ni. bila ada daun putat ni.di tempat lain kakna tak tahu la pula di panggil apa.pokok putat ni ada buah merah yang juga boleh dibuat ulam.pernah kawan kakna buat sambal untuk dirasa.boleh tahan rasanya.
KERABU RINGKAS
bahannya:
2 ikat daun putat
3 ekor ikan kembong
1 biji bawang besar
10 biji cili padi [boleh lebih jika suka]
perahan limau nipis secukupnya.
garam
caranya:
ikan kembong di bersih dan rebus.ambil isinya saja.daun di potong halus.bawang juga di mayang nipis.cili padi di potong halus.di dalam bekas masukkan daun putat,bawang,cili dan isi ikan.di gaul rata kemudian masukkan garam secukupnya.perah limau nipis secukup rasa.kakna guna sepotong saja limau nipis.siap di hidang.
pulut inti
Assalamualaikum...
jom sarapan dengan pulut inti.tengok pulut inti kakna , sekali makan kenyang sampai petang.cuti2 sekolah ni macam ni la.masak apa pun habis.seronok la pula nak masak.masak biasa-biasa je la
PULUT INTI
bahannya:
500 gm pulut [kakna guna pulut susu]
200ml pati santan
secubit garam
INTI
bahannya:
200gm kelapa parut [putih saja]
50gm gula merah
beberapa sudu gula pasir
daun pandan
secubit garam
caranya:
pulut di rendam kemudian kukus hingga masak.campur sedikit garam ke dalam pati santan.angkat pulut dan masukkan dalam bekas lain.masukkan santan dan kacau rata.kemudian masukkan semula ke dalam periuk dan kukus sekejap saja dalam masa 5-10 minit.angkat dan hidang.
cara intinya.
gula merah di masak dengan sedikit air hingga hancur kemudian tapiskan.dalam periuk masukkan kelapa, gula dan gula merah tadi.masukkan juga daun pandan dan secubit garam.kacau di atas api hingga sebati.siap di hidang dengan pulut.

Saturday, 19 November 2011
kari daging/rebung
Assalamualaikum....
jom layan kari rebung.. best.. kakna jarang beli rebung ni.Al maklum la.. bila balik kampung ada je yang bagi rebung.yang ni dah di jerukkan tak masam sangat pun.daging korban ari tu pun ada lagi.jadi bolehlah kakna habiskan stok yang ada.tapi yang specialnya kakna ada rempah kari mamak punya ori..lagi...tu yang lebih sedap tu.
KARI DAGING/BERREBUNG
bahannya:
500gm rebung
500gm daging
3 sudu besar rempah daging
3 sudu besar kerisik
300ml santan
3 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
2cm halia*
bunga lawang*
cengkeh*
kulit kayu manis*
buah palaga*
daun kari*
caranya:
bersihkan daging dan tos.rebung di potong.panaskan periuk kemudian tumis bahan yang bertanda * .hingga naik bau atau garing.kemudian masukkan rempah dan masak hingga pecah minyak.masukkan daging dan kacau.masak hingga daging empuk masukkan rebung,santan dan kerisik.masak seperti biasa masak kari .siap di hidang.

Friday, 18 November 2011
ketupat nasi
Assalamualaikum...
masakkan biasa je.cuma nak penuhkan entri kakna.raya dah lama berlalu.di atas permintaan anak kakna buat la juga.musim cuti sekolah ni seumpama musim masak bagi kakna.anak2 yang duduk di asrama dan yang bersekolah semua ada di rumah.kena masak pagi petang la..biasanya cuti2 sekolah begitulah rutin harian.
kakna nak tulis resepi apa ye..
kuah kacang ye... ketupat nasi rasanya semua dah tahu.
KUAH KACANG
bahannya:
500gm kacang tanah
20 biji cili kering
3 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 batang serai
2 s.besar kerisik
2s.besar air asam jawa.
gula dan garam secukupnya
bahan tumis [cengkeh,lawang.buah pala dan kulit kayu manis]
caranya:
goreng kacang tanah hingga masak .tos dan kisar.cili kering di kisar bersama dengan bawang merah dan putih.panaskan kuali masukkan minyak untuk menumis.tumis bahan tumis hingga bau.kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.masukkan serai dan kacang kacau ,tambah air yang di kehendaki kepekatannya.masukkan air asam jawa,gula garam dan kerisik.kacau hingga betul2 masak bolehlah di hidang.

Thursday, 17 November 2011
talam jagung
Assalamualaikum....
hari ni.. petang baru kakna ada entri.yang ada ni pun tak seberapa.jom minum.. petang2 ni,hujan lak tu.sedap makan sambil minum kopi 0 .kakna punya tepung talam tak ada guna tepung gandum.al maklumlah dah terbiasa dengan tekak ni dengan tepung beras je.. nanti kakna nak cuba juga guna resepi yang mengunakan tepung gandum macam member2 blog yang lain buat.marilah kita cuba resepi ni.
TALAM JAGUNG
bahannya:
lapisan bawah.
3 tongkol jagung.
1/2 cawan gula [kakna guna 8 s.besar je]
1cawan tepung beras
11/2 cawan santan
lapisan atas.
1 cawan santan
1/2 cawan tepung beras
secubit garam.
carannya:
panaskan kukusan.jagung di potong.masukkan jagung dan santan ke dalam blender.kemudian blend jagung hingga hancur.masukkan gula dan tepung blend hingga sebati.tuang adunan ke dalam loyang 8" .masukkan dalam periuk.kukus selama 5 minit.kemudian buka dan kacau perlahan-lahan adunan tadi .tutup semula dan kukus selama 20 minit.sementara itu sediakan lapisan atas.campur semua bahan dan gaul sebati.buka sekali lagi kukusan dan tuang perlahan-lahan lapisan atas.sambil dikacau perlahan2.tutup periuk dan kukus lagi hingga masak.bila nampak macam kembang adunan tu sudah masaklah kuihnya.dalam 45 minit dengan api sederhana masanya.

Tuesday, 15 November 2011
kek coklat blueberry
Assalamualaikum...
salam ceria semua pada sesiapa saja yang menjegah ke sini yang tak seberapa ni.maklum la kakna ni tak lah sepandai mana nak berblog.tapi demi untuk mengongsi pengalaman dan sedikit ilmu masakkan yang tak seberapa ni,kakna memberanikan diri membuka blog sendiri untuk berkongsi dengan sesiapa saja yang sudi.jangan di simpan ilmu yang ada.nanti bila kita mati tiada lagi yang mewarisinya.kan.. rugi... o.k la jom tengok resepi kek ni.
KEK COKLAT BLUEBERRY.
bahannya:
250 gm mentega
110 gm serbuk koko
250gm gula kastor
220 gm tepung gandum*
1 s.k baking powder*
1 s.k sodabicarbonat* [*diayak bersama]
125 ml susu cair
3 biji telur
1 s.b perasa blueberry.
100gm jem blueberry
caranya:
panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 170c.griskan loyang.
cairkan mentega dengan api yang perlahan.kemudian masukkan koko gaul rata.
tutup api dan masukkan gula dan jem gaul rata.
masukkan telur yang telah di pukul serta susu cair dan esen vanila.sambil di kacau.
kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sambil dikacau hingga rata.
tuang adunan ke dalam loyang dan bakar.45 minit atau hingga masak.

Monday, 14 November 2011
kek kurma blended
Assalamualaikum...
dah pun ari selasa.ari ni kakna ada entri kek blended.seperti yang kakna pernah katakan,dulu2 kakna selalu buat kek blendad ni.inilah lagi satu contoh yang kakna buat.caranya mudah je,asalkan betul sukatannya.tambah2 bagi yang baru nak belajar.bolehlah cuba kek ni.begitulah juga bagi yang baru mendirikan rumah tangga yang serba kekurangan lagi perkakas dapurnya.

yang ini belum di potong lagi.bersedia untuk di potong lah ni.yang di atas tu dah pun potong.kalau nak hias pun boleh ni.kakna tak hias sebab anak2 kakna suka makan masa baru angkat ni.panas2 @ suam.
KEK KURMA BLENDED.
1 cawan kurma [direndam dengan air panas]
1 cawan minyak/mentega cair [kakna guna mentega cair]
1 cawan gula perang
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar baking powder*. [* diayak]
caranya:
kurma di buang biji dan direndam dengan air panas sebanyak separas buah kurma je...jangan banyak.
kemudian masukkan kurma ke dalam blender dengan airnya sekali.lebih kurang 1/2 cawan .kalau tak nak pun tak apa.jangan lebih.kemudian masukkan telur dan blender hingga kurma hancur terlebih dahulu.kemudian masukkan gula dan mentega putar lagi hingga nampak kembang atau putih sedikit.tuang adunan ke dalam bekas adunan lain.campurkan tepung yang telah di ayak sedikit2.hingga habis sambil di kacau hingga sebati.tuang adunan ke dalam loyang yang beralas atau di gris.bakar pada suhu 170c atau hingga masak lebih kurang 45 minit.
Sunday, 13 November 2011
puding roti gulung
Assalamualaikum...
ari ni kakna ada entri puding roti gulung.kakna ambil dari blog ummi@home sweet home.cuti2 ni terfikir la.. nak masak apa yang special.. kakna nak cari yang senang je la dengan keadaan adam yang tak boleh diam sesaat ni kecuali tidur.kalau di ikutkan hati ingin mencuba perbagai resepi yang rakan2 blog buat.semuanya sedap2 belaka.terima kasih lah pada kawan2 yang sudi mengunjung teratak cubaresepibaru ni.
yang ini kakna dah potong untuk lebih menarik lagi entri ni.kakna tak buat kuah kastad sebab budak2 lebih sukakan coklat..
PUDING ROTI GULUNG
bahannya
7 keping roti - buang kulit tepi
jem blueberry secukupnya - kakna guna bluebery pai
3 biji telur
40 gm gula kastor
200ml susu cair/sejat
1 sudu besar tepung kastad
1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila
30gm hirisan badam/secukupnya [kakna guna kismis je]
sedikit mentega untuk di sapu pada loyang
caranya
sapu jem pada roti dan gulung kemas2.atur roti di dalam loyang 20x11cm.kakna guna loyang yang empat segi tepat sebab tak da loyang macam tu.jangan lupa sapu mentega terlebih dahulu.
pukul telur kemudian tambah gula dan pukul hingga sebati.masukkan susu,esen vanila,tepung kastad dan tepung jagung.gaul sebati dan tuang adunan ni ke dalam loyang yang berisi roti tadi.tabur badam rata di atasnya.masukkan dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu.pada suhu 170c selama 30 minit atau kekuningan di atasnya.boleh juga di hidangkan dengan sos kastad.
Subscribe to:
Posts (Atom)