assalamualaikum..........
selamat pagi.. ari ni kakna nak masukkan rendang yang kakna buat hari raya kemarin.seingat kakna rendang ni kakna makan masa kecil2 dulu.kalau beraya di kampung selalu rendang ni lah yang di hidangkan.kakna selalu buat rendang ni masa baru kawin dulu.nampak macam dah lapuk.sebab tu lah kakna berhenti buat.sekarang ni baru teringat nak buat balik.kakna guna ayam daging pun boleh guna resepi ni.
RENDANG AYAM
bahannya:
1 ekor ayam
250 ml pati santan
2 batang serai*
2cm halia*
2cm lengkuas*
10 biji cili kering*
2 biji bawang putih*
2 biji bawang besar*
3 biji buah pelaga*
3 biji bunga lawang*
3 biji cengkeh*
3 cm kulit kayu manis*
2 sudu besar rempah daging
kerisik dari 1/2 biji kelapa
1 keping gula gerek /melaka
garam
caranya:
ayam di bersihkan.bahan yang bertanda * di potong dan mesin halus.kemudian di gaul dengan ayam.masukkan rempah daging dan kerisik gaul lagi hingga sebati.kemudian masukkan dalam kuali dan masaklah perlahan2.masukkan santan dan masukkan gula gerek,garam secukupnya. masaklah hingga kering atau pekat.setiasa kacau agar tidak hangus di bahagian bawahnya.jika suka boleh juga masukkan daun limau purut atau daun kari.
No comments:
Post a Comment