rakan-rakan vip

Saturday, 19 November 2011

kari daging/rebung

Assalamualaikum....
             jom layan kari rebung.. best.. kakna jarang beli rebung ni.Al maklum la.. bila balik kampung ada je yang bagi rebung.yang ni dah di jerukkan tak masam sangat pun.daging korban ari tu pun ada lagi.jadi bolehlah kakna habiskan stok yang ada.tapi yang specialnya kakna ada rempah kari mamak punya ori..lagi...tu yang lebih sedap tu.

KARI DAGING/BERREBUNG
bahannya:
500gm rebung
500gm daging
3 sudu besar rempah daging
3 sudu besar kerisik
300ml santan
3 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
2cm halia*
bunga lawang*
cengkeh*
kulit kayu manis*
buah palaga*
daun kari*

caranya:
bersihkan daging dan tos.rebung di potong.panaskan periuk kemudian tumis bahan yang bertanda * .hingga naik bau atau garing.kemudian masukkan rempah dan masak hingga pecah minyak.masukkan daging dan kacau.masak hingga daging empuk masukkan rebung,santan dan kerisik.masak seperti biasa masak kari .siap di hidang.

2 comments:

  1. rebung jeruk ada lagi i, belen masak lemak ngan perut kelmarin.tp daging lak takde, boleh ya buat kari rebung ni..hee..tak tahu lak

    ReplyDelete
  2. di utara ni memang rebung di masak kari.masak lemak pun ada juga.

    ReplyDelete