rakan-rakan vip

Monday 31 October 2011

rojak buah

assalamualaikum...
                 petang-petang ni jom makan rojak.kakna buat sendiri tau kuah rojak ni.mengikut selera kakna la.nanti kalau sesiapa nak buat ikut selera sendiri la ye..sesekali makan rojak sedap juga.tak payah sangat nak buatnya.guna bahan yang ada dekat dapur je...


ROJAK BUAH
bahannya:
1 biji nenas
1 biji sengkuang
1 biji timun
1 biji apel hijau
[ buah apa yang anda suka dan ada untuk di rojakkan]

bahan untuk kuah:
7-8 biji cili kering
10 sudu besar gula
1/2 cawan kicap [kakna guna kicap lemak manis
1/2 cawan air
1 sudu kecil pase asam jawa
2 cm belacan

caranya:
masukkan semua bahan untuk kuah ke dalam blender dan blend hingga hancur dan halus.masukkan ke dalam periuk dan kacau di atas api hingga didih.kacau dalam 10 minit dan angkat masukkan dalam mangkuk.kemudian tabur kacang goreng yang telah di mesin.siap untuk di cicah.

Saturday 29 October 2011

popia goreng

selamat pagi......
           dah sarapan ke....jom kita sarapan dengan popia sedap.....kalau nak mudah nak buat popia buat semalam simpan dalam peti ais.bila nak makan baru goreng.bila dah ada dalam peti ais tu senang je la kerja kita.kakna buat petang semalam pagi ni kakna goreng untuk sarapan ada lagi simpan untuk petang lak.kakna guna kulit popia yang 50 helai banyak kan..

POPIA GORENG
bahannya:
1 bungkus kulit popia (50 helai yang besar)

untuk intinya:
1 biji sengkuang
2 batang karet
200 gm taugeh
200 gm udang hidup
1-2 biji bawang putih
garam dan sedikit perasa

caranya:
kulit popia seeloknya keluarkan dari peti ais terlebih dahulu.jangan biar lama sangat di luar.sagat dengan penyagat sengkuang dan karet.ketepikan.panaskan 1 sudu besar minyak masak dalam kuali.kuali yang agak muat untuk masukkan semua bahannya.kemudian tumiskan bawang putih hingga garing masukkan udang yang telah di cincang.kacau dan masukkan sengkuang,karet dan taugeh.kacau dan masukkan garam dan perasa secukupnya.kacau hingga masak dan sebati.kemudian angkat dan masukkan ke dalam penapis agar air lebihan sayur tadi kering.koyak kulit popia sehelai dan letakkan sesudu inti dan gulung.jangan lupa gam tepi kulit popia.dah siap bolehlah di goreng atau di simpan dalam peti ais.

Thursday 27 October 2011

siakap tiga rasa

assalamualaikum...........
                   biasa la kan..... ikan tiga rasa semua orang tahu.kakna hanya nak perbanyakkan entri kakna ni.maklum la... nanti blog kosong lak.tapi kalau sesiapa nak cuba tak kisah.sudi-sudilah.tapi jangan lupa bagi tau sumbernya dari cubaresepibaru ni..
kakna selalu juga masak tiga rasa ni.tapi di perbagaikan dengan bahannya yang kekadang di ubah suai mengikut apa yang ada dalam peti ais.ikut mood la tu...ok la jom kita cuba...

IKAN SIAKAP TIGA RASA
bahannya:
1 ekor ikan siakap
1 biji tomato
1 potong nenas
1 biji bawang besar
1 batang karet
6 biji cili padi*
2 cm halia*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai*
1/2 botol cili sos (botol kecil)
2 sudu sos tiram
garam dan gula secukupnya

caranya:
ikan di basuh dan dilumurkan garam kunyit dan sedikit tepung jagung.goreng seperti biasa dan ketepikan dulu.minyak yang di gunakan untuk goreng ikan tadi boleh digunakan semula untuk tumis.kurangkan minyak tadi dan masukkan bahan yang bertanda*. bahan * ini hendaklah dipotong nipis2. setelah garing masukkan karet yang telah di potong.kemudian masukkan bawang besar yang telah di belah empat.kemudian masukkan tomato dan nenas yang telah di potong.kacau dan masukkan sos cili dan sos tiram.kacau hingga masak dan kepekatan yang di kehendaki.boleh tambah air jika nakkan kuahnya cair.kemudian rasakan dengan garam dan gula secukupnya.siap bolehlah dituang ke atas ikan dan siap di hidang.

pecal mudah

 assalamualaikum............
                  mai makan pecal dengan kakna.pecal ni mudah je.kakna guna bahan pun yang mudah.pecal ni boleh guna bahan apa saja yang kita gemar.boleh di tukar -tukar sayurnya.kalau di kampung boleh guna jantung pisang,nangka muda dan apa-apa yang boleh di makan sebagai ulam mengikut selera masing-masing.kakna pun guna bahan yang ada aje...

yang ni dah siap redy untuk gap je.. ni.kuahnya kakna buat cara mudah je.kakna ni sekarang sibuk dengan adam yang lasak dan mertua yang uzur.sebab tu la lambat je nak entri.walau bagaimana pun ada je kesempatan kakna tetap masukkan entri.

PECAL
bahannya:
untuk sayur
1 ikat pucuk ubi
1 ikat kangkong
50 sen taugeh
1bungkus tempe
3 keping tauhu

bahan untuk kuah kacang:
150 gm kacang tanah
8 biji cili kering
1 s.k pase asam jawa
gula dan garam secukupnya.

caranya:
untuk sayur:
pucuk ubi dan kangkong direbus hingga empuk.taugeh di celur.tauhu dan tempe di potong dan goreng hingga masak.pucuk ubi dan kangkong di potong dan ketepikan dahulu.

untuk kuah:
kacang di basuh dan goreng dengan sedikit minyak hingga masak.cili kering pun di goreng.jangan biar lama cili nanti hangus.bila mengoreng cili kena cepat2 kacau dan angkat.sebab cili cepat hanggus.setelah siap di goreng bolehlah di mesin kacang dan cili.masukkan dalam periuk dan tambahlah gula dan garam secukupnya.seeloknya gula di lebihkan.masukkan sedikit air dan kacau.tambah lagi hingga mendapat adunan yang pekat sambil kacau di atas api.masukkan asam jawa dan kacau hingga didih.siap di hidang.

Monday 24 October 2011

ayam goreng berempah

assalamualaikum................
                        lama kakna tak masukkan entri.kakna sibuk sikit kebelakangan ni.o.k ari ni kakna ada entri ayam goreng berempah.kakna suka guna resepi yang mudah je.kakna selalu tengok ayam goreng berempah kena tambah tepung.kakna tak cuba lagi sebelum ni.inilah percubaan kakna.tepungnya tak la keras tapi ranggup lagi.

AYAM GORENG BEREMPAH
bahannya:
1 ekor ayam
2 s.b rempah daging
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 batang serai
1 biji telur
50 gm tepung jagung
garam

caranya:
ayam dicuci dan tos kan.bawang merah,bawang putih dan serai di mesin halus.dalam satu bekas campurkan semua bahan-bahan di atas kecuali ayam.gaul sebati dan masukkan air dan kacau hingga jadi pekat seperti bancuhan goreng pisang.panaskan minyak dan celup ayam ke dalam adunan.ratakan tepung pada ayam dan goreng dengan api yang perlahan hingga masak.setelah ayam sudah masak bolehlah di angkat dan toskan siap di hidang.

Friday 21 October 2011

bebola donat

assalamualaikum......................
                       sesiapa yang cari menu untuk minum petang.... boleh lah cuba donat ni.kakna buat donat ni untuk anak kakna bawa ke sekolah sempena hari kantin.dikira di atas permintaannyalah kakna buat ni.dah habis di jual ke belum kakna tak tahu lagi.belum pergi jenguk lagi ke sekolahnya.nanti selepas ni nak ke sana.

BEBOLA DONAT.
bahanya:
1 kg tepung gandum
2 s.k yis
5 s.b majerin
4 s.b gula kastor
1/2 cawan susu
1 biji telur
1 cawan air
secubit garam

caranya:
gaul tepung dan yis.kemudian satukan semua bahan lain dan masukkan ke dalam tepung dan uli hingga sebati .uli hingga adunan tak melekat di tangan.setelah sebati biarkan adunan mengambang dua kali ganda.kemudian uli semula dan bentukkan adunan.biar selama 20 minit dan goreng dengan api perlahan hingga masak dan kuning ke emasan.blend gula dengan sekali putar saja.kemudian gaul donat yang sudah siap di goreng dan sedia di makan.

Thursday 20 October 2011

ikan berlada

assalamualaikum...............
                         ari ni kakna tak ada entri yang best pun.saja letak entri ni sebab memang ada dalam album kakna.seingat kakna dulu2 memang kakna tak tahu langsung pasal memasak ni.kalau ikan cencaru kakna mesti buang kulitnya.dah susah nak buang kulinya lepas tu bila di goreng keras la pula.ada orang cakap jangan buang kulit baru sedap.ada yang kata kita malas la pula dan tak pandai.macam tu orang cakap.bila di cuba baru tahu.ikan yang kita tak buang kulitnya tak keras bila di goreng.sebab tu la kakna nak semua tahu dan cuba..

IKAN BERLADA
bahannya:
2 ekor ikan cencaru / jaket.
8 biji cili kering
4 biji bawang merah [jadikan bawang goreng
gula dan garam secukupnya

caranya:
ikan di cuci bersih dan di gaul garam kunyit macam biasa.goreng seperti biasa kita goreng ikan.ketepikan.cili kering di rendam dan mesin halus.panaskan minyak dan masukkan cili dan masak hingga pecah minyak.kemudian masukkan gula dan garam secukupnya.dah masak tuang keatas ikan tadi dan tabur bawang goreng siap di hidang.mudah.. kan.

Wednesday 19 October 2011

puding roti berkaremal

 assalamualaikum.........
                              terlambat ari ni kakna nak entri.kakna selalu buat puding ni.cuma ari ni baru nak masukkan dalam entri ni.
sebenarnya...puding ni ada perbagai.puding karemel saja,agak lembut sangat jadi yang masukkan roti keras sikit dan memang boleh di potong dalam berbagai bentuk.kalau nak tahu perbezaannya cuba la..

PUDING ROTI BERKAREMEL
bahan untuk untuk karemel:
1/2 cawan gula.
1/2 cawan air

bahannya:
4-6 keping roti potong
1 tin susu cair
2 biji telur
1 s.k esen vanila

cara untuk gula hanggus(karemel)
masukkan gula ke dalam loyang dan cairkan gula di atas dapur kacau hingga cair dan masukkan air.
biarkan di dalam loyang.
cara pudingnya:
satukan semua bahan dan masukkan ke dalam blender dan blend hingga hancur.tuang adunan ke dalam loyang gula tadi.kemudian kukus hingga masak.biar sejuk baru balikkan dalam dulang atau bekas lain.siap di hidang suam atau sejuk.

Tuesday 18 October 2011

kerabu bunga betik

assalamualaikum...............
                         ada sesiapa tak pernah makan bunga betik.mesti cuba.bagi kakna biar ada pahit sedikit baru ump.... kalau tak rasa pahit macam bukan bunga betik la pula.pahitnya tak la pahit sangat.dikira o.k la bagi orang yang biasa makannya.kalau nak kurang pahit tambah taugeh pun boleh.

KERABU BUNGA BETIK
bahannya:
300 gm bunga betik [asingkan dari dahannya
100 gm udang hidup
1 biji bawang besar
1/4 cawan beras
1/2 cawan kerisik
10 biji cili padi
2 cm belacan
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan pati santan
gula dan garam secukupnya

caranya:
basuh beras dan goreng tanpa minyak hingga kekuningan.kemudian mesin hingga halus.rebus bunga betik hingga didih dan toskan.bawang di potong nipis.udang di rebus hingga masak.cili dan belacan di mesin atau di tumbuk.masukkan ke dalam mangkuk besar.masukkan air asam jawa sedikit kemudian masukkan santan dan garam begitu juga gula.kacau rata masukkan kerisik dan beras goreng kacau rata.masukkan udang dan santan kacau dan masukkan bawang dan bunga betik dan kacau sebati dan rasa gula,garam dan asam secukupnya.siap bolehlah dihidang.

Monday 17 October 2011

kurma telur itik

assalamualaikum..............
                         jom layan telur itik lagi.ari ni kakna cuba masak kurma dengan telur itik pula.seingat kakna pernah makan kurma telur itik ni.mungkin lama dulu.biasanya telur itik di rebus dahulu.di sebabkan kakna nak kuah kurma meresap ke dalam telur kakna pecahkan je..

KURMA TELUR ITIK
bahannya:
4 biji telur itik
48 gm rempah kurma
1 batang serai*
2cm halia*
2cm lengkuas*
2 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah*
500ml santan
garam secukupnya
(bahan tumis)
bunga lawang,cengkih.buah pelaga dan kulit kayu manis.

caranya:
mesin bahan yang bertanda * hingga halus.panaskan minyak untuk menumis.kemudian tumiskan bahan tumis hingga naik bau.kemudian masukkan bahan yang di mesin dan kacau masukkan rempah kurma dan kacau hingga pecah minyak dan masak.masukkan santan dan garam secukupnya.biar didih dan pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan ke dalam periuk satu persatu.jangan di kacau dulu.biar seketika dan kacau perlahan2.sampai masak siap di hidang.

Sunday 16 October 2011

kek alunan kasih

 assalamualaikum....................
                        selamat memulakan hari baru untuk minggu ni.ari ni kakna entri kek alunan kasih lak.yang ini baru di belah dan untuk tayangan.


yang ini sudah di potong dan sedang di hidang untuk santapan.dah habis pun kek ni.kakna buat ari minggu.ari ni baru nak entri.

KEK ALUNAN KASIH
bahannya:
250 gm butter
5 biji telur
11/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 s,k baking powder
1/2 cawan susu cair
1s.k esen vanila
pewarna
serbuk koko secukupnya

caranya:
pukul butter dengan gula hingga kembang.kemudian masukkan telur satu persatu sambil pukul hingga kembang.masukkan esen vanila.sambil pukul.kemudian masukkan tepung yang di ayak dengan baking powder sedikit-sedikit berselang seli dengan susu cair.kacau hingga rata dan sebati.bahagikan kepada tiga bahagian dan warnakan adunan.masukkan aduanan selapis kemudian ayak koko meliputi adunan.kemudian tambah lagi adunan yang berwarna lain dan ayak koko lagi.ulang hingga habis adunan dan bakar dengan 170C. selama 45 minit atau masak.loyang 8 ".

Friday 14 October 2011

kerabu mangga

assalamualaikum................
                  kakna selalu lambat kebelakangan ni. sangat sibuk dengan tugas harian.kekadang tak sempat nak entri.jarang dapat on line ni.tak pa lah bila kakna ada masa kakna entri je ya....
ari ni kakna entri kerabu mangga muda dengan daun selum.kerabu mangga ni ada banyak jenis resepi yang telah di perbagaikan.itu semua mengikut selera masing2 la... rasa dapat di terima tekak di kira o.k la.kalau tak cari lagi resepi yang lain dan cuba.

KERABU MANGGA
bahannya
200 gm daun selum
1 biji mangga muda
100 gm kelapa parut
2 s.b udang kering
1 biji bawang besar
bahan untuk di mesin:
10 biji cili padi
2 biji cili hidup
2 cm belacan
garam
gula

caranya:
kelapa parut di sangai hingga perang.buah mangga muda di parut memanjang.daun selum di cuci dan potong halus.udang kering di tumbuk hancur.bawang besar di potong nipis.bahan mesin dimesin atau tumbuk halus.campurkan semua bahan di dalam satu bekas dan gaul rata.rasa garam dan gula secukupnya.siap di hidang.

Wednesday 12 October 2011

puding roti marble

assalamualaikum.........
                         ari ni kakna ada entri puding roti la pula.kakna selalunya buat puding ni jika ada majlis kenduri aruah ke birthday ke kakna buat la... walaupun untuk majlis saudara atau kawan.jika ada kesempatan masa biasanya inilah yang kakna bawa.

PUDING ROTI MARBLE
bahannya:
10 gm agar-agar
1/2 cawan gula
3 cawan air
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
1 s.k esen vanila
2 s.b majerin
2 s.b serbuk koko [1/4 cawan milo
pewarna lain

caranya:
masak agar2 hingga hancur.kemudian masukkan gula.roti di rendam dengan susu cair dan telur.kemudian blend hingga hancur.masukkan kedalam agar2 dan sentiasa kacau. masukkan esen vanila dan akhirnya masukkan majerin kacau.bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan masukkan koko da dua lagi warna yang lain.di dalam bekas lain tuang kan adunan berselang seli hingga habis.biar keras dan bolehlah masukkan dalam peti ais.

Tuesday 11 October 2011

masak asam

 assalamualaikum...............
                    salam sejahtera.kakna asyik lambat je nak entri dua tiga ari ni.sebab jaga mertua yang uzur.kakna tidak ada resepi istimewa ari ni.cuma ada resepi biasa je....selalunya resepi ni orang utara masak untuk orang yang sakit berpantang atau bersalin.bagi kakna yang tak berpantang pun suka resepi ni.makan dengan nasi panas2 memang tak nampak orang lalu la...

resepi ni boleh guna ikan atau daging kebaisaannya.ikan kering pun boleh...
kalau nak tahu rasanya kena lah cuba..
 
MASAK ASAM
bahannya:
500 gm daging [atau isi ikan
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2cm halia
2 batang serai [jika suka
2 biji cili hidup
1 sudu besar lada hitam
1/2 mangkuk air asam jawa
gula dan garam secukupnya

caranya:
goreng ikan atau daging hingga masak,ketepikan.dengan minyak yang sama masukkan bawang besar,bawang putih dan halia yang di potong atau jika suka boleh juga di mesin.agak dah lembut bawang masukkan air asam dan lada hitam yang di tumbuk.kemudian masukkan serai dan cili.kemudian masukkan daging atau ikan.tambah gula dan garam secukupnya.siap di hidang.untuk kuahnya.jika nak pekat kurangkan airnya.kakna buat pekat.

Sunday 9 October 2011

urap pegaga


assalamualaikum.....
                            dah petang pun.kakna baru nak masukkan n3 tenggahari.tak apa esok2 boleh cuba buat.kakna guna resepi sediri ari ni.kebiasaannya orang tua kakna guna resepi macam ni la untuk buat kerabu kelapa mentah.



yang ini dah siap dan boleh di hidang



  URAP PEGAGA.
bahannya:
250 gm pegaga
100 gm kelapa parut
6 biji cili kering
1 biji bawang besar
30 gm udang kering
sedikit air asam jawa [jika suka
gula dan garam secukupnya

caranya:
pegaga di bersihkan dan potong halus.tumbuk cili kering hingga lumat masukkan udang kering.tumbuk lagi hingga lumat.kemudian masukkan gula dan garam.bawang di potong nipis2.kemudian campurkan semua bahan dengan pergaga dan gaul rata.rasa secukupnya masin.manis dan asamnya.siap di hidang.

Saturday 8 October 2011

cucur tapai ubi

assalamualaikum...............
                        selamat pagi semua.sarapan apa pagi ni. kalau ada tapai ubi bolehlah cuba buat cucur ni.kakna pun tengok di umah 1001 resepi.kebetulan ada tapainya dan tak tahu nak buat apa.kakna pun cuba lah buat cucur ni .boleh tahan sedapnya.terasa masam manis cucur.mudah je nak buat cucur ni.
cucru tapai ubi.

bahannya:
200 gm tapai ubi
50 gm tepung
3s.b gula
secubit garam

caranya:
hancurkan tapai dan masukkan semua bahan lain.kalau perlu masukkan air jangan banyak nanti lembik tak boleh di kepal.gaul rata dan bulat-bulatkan dohnya.kemudian celup dalam bancuhan better [bancuhan goreng pisang] kemudian goreng hingga masak siap di hidang

apam pisang


assalamualaikum....
                               sekali pandang jangan tertipu.nampak macam kek tapi ini apom la...kakna lambat nak entri sebab line internit ni slow sangat la.kakna ingat masa sekolah rendah dulu ada jual apom ni.kakna selalu beli.bila dah besar tak tahu la macam mana nak buat.tertanya2 orang.tapi orang bukannya nak bagi tahu.sejak kakna ceburi alam maya ni.banyak yang boleh kakna pelajari dari mereka2 yang tak pernah kedekut dengan ilmu masakkan ni.sebab tu lah kakna ceburi juga alam blog ni agar orang yang senasib kakna dapat ilmu2 macam ni.op...... luah perasaan lak..

APOM PISANG
bahannya:
2 cawan pisang yang telah di leyek
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula [ikut rasa
2 biji telur
1 s.k soda bikarbonat

caranya:
campur semua bahan dan gaul rata.masukkan dalam loyang [kakna guna loyang 8"].biarkan dalam 30 minit.panas air kukusan dan masukkan adunan dan tutup loyang atas agar tak masuk air.kukus hingga masak.lebih kurang 45 minit.siap -biar sejuk baru potong.

Thursday 6 October 2011

piza tortilla

 assalamualaikum......
                       piza lagi....   kakna buat piza lagi.kali ni kakna guna tortilla.tak guna doh roti.bagi yang tak suka roti yang tebal tu.boleh lah ganti dengan tortilla.                                           

yang ni dari jarak dekat.kelabu la pula.memang nampak bahan dalamnya saja.kakna guna tiga lapis tortilla.lapis pertama kakna letak ayam dan bahan2 lain.begitu juga lah  lapisan yang lain hingga habis.setiap lapis kakna letak keju.memang banyak keju la.tak apa nanti bila makan kejunya bertali2 lagi.op....kakna lupa nak ambil gambar keju bertali tu semasa potong dan panas2.memang sedap la.tambah2 budak2 yang tak suka makan rotinya tu.inti piza boleh di ubah2 mengikut selera sendiri.letak je apa yang kita suka.lebih senang potong dadu bahan tu.boleh letak banyak2 apa yang kita suka.memang puas hati la buat sendiri.

gulai telur itik

assalamualaikum....
                              selamat petang....  kakna nak n3 gulai telur petang ni.kakna dah lama tak makan gulai telur ni.seingat kakna masa kecil2 dulu ada juga... lepas tu kakna dah lama tak makan sebab apa ye... tak ada telur itik kot.. lagi pun kakna tak pernah masak pun gulai ni.cuma baru2 ni kakna ke pasar siti khadijah ada jual gulai ni.kakna cuba rasa sedap juga...  tadi kakna ke pasar ada orang jual telur ni.jadi kakna beli balik cuba masak .masak cara kakna la... tak tahu la kalau2 ada resepinya ye...
rupa2nya telur itik mahal dari telur ayam ye...   (sebab jarang ada kot)


GULAI TELUR ITIK
bahannya:
10 biji cili padi*
5 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 s.k serbuk  kunyit*
200ml pati santan
1 batang serai
2 keping asam gelugur [jika suka
garam secukupnya

caranya:
mesin bahan yang bertanda*.masukkan dalam periuk.kemudian masukkan santan dan air secukupnya untuk kuah yang di kehendaki.masak di atas api yang perlahan.kemudian masukkan serai. biar didih santan dan setiasa kacau.bila santan mendidih pecahkan telur satu-satu ke dalam periuk.jangan kacau lagi .biar sebentar baru kacau.jika kacau nanti telur hancur.kacau perlahan dan masukkan asam dan garam.sudah masak siap dihidang.

Wednesday 5 October 2011

tortilla

 assalamualaikum...
                             jom sarapan dengan tortilla.ada gulai yang lebih semalam boleh cicah dengan tortilla ni.sebelum kakna cuba buat sendiri tortilla ni,kakna selalu beli.satu hari kakna nak cuba buat.kakna cari dalam youtube.bermula di situlah kakna dah buat sendiri.

                             yang ni di atas kuali sedang masak.


TORTILLA.
bahannya:

3 cawan tepung gandum
2 s.k baking powder
1 s.k garam
4 s.b shortening [boleh ganti dengan minyak
11/4 cawan air suam

caranya:
campurkan semua bahan2 kering.masukan shortening atau minyak gaul sebati.kemudian masukkan air sikit2 sambil di uli dan mendapat doh seperti roti.bahagikan doh dan bulat2kan.kemudian rehatkan selama 10 minit.canai nipis doh seperti capati dan bakar atas kuali non stick tanpa minyak.bila nampak gelembong bolehlah di alih2kan.kekadang ia akan gelembong 100 peratus.


Tuesday 4 October 2011

roti sosej

assalamualaikum............
                          selamat pagi...  meh ambil sorang satu untuk sarapan.masih panas2 ni.keju meleleh tu ha.. cicah dengan sos cili lagi sedap...

ROTI SOSEJ
bahannya:
8 keping roti potong [nak berapa keping pun boleh
8 batang sosej [ sama banyak dengan roti
2 keping cheese
1 biji telur
serbuk roti secukupnya.

caranya:
rebus sosej hingga timbul dalam air rebusannya.roti di gelek nipis.cheese di potong empat memanjang.belah sosej jangan sampai putus.kemudian sisipkan keju ke dalam sosej yang di belah.gulung sosej ke dalam roti.sapukan sedikit telur di hujung roti untuk melekatkan roti sebagai gam.panaskan minyak untuk mengoreng.seperti mengoreng cucur.pukul sedikit telur.celup roti yang dah di gulung ke dalam telur dan golek2kan dalam serbuk roti rata pada roti dan goreng.goreng hingga nampak keemasan.angkat dan toskan.siap dan potong serong boleh cicah dengan sos.

pancake



assalamualaikum.....
                               ari ni kakna lambat letak n3.jom minum sambil makan pancake ni dengan pai bluberry lagi.suam2 ni sedap la.. dalam keadaan cuaca mendung...  ni.sebenarnya inilah pancake pertama kakna yang menjadi.sebelum ni ada cuba tapi tak jadi macam ni.alhamdulillah asalkan kita tak putus asa pasti allah izinkan.

PANCAKE
bahannya:
1 cwn tepung naik sendiri
1 cwn susu segar
1s. k baking powder
1 s.b gula
1 biji telur
3 s.b butter-dicairkan
1 s.b jus lemon [jika suka
secubit garam

caranya:
campurkan semua bahan dan blend sampai rata.biarkan adunan selama 10 minit.
panaskan kuali non stick dan sapukan sedikit butter.tuang adunan sesenduk.
bila dah nampak berlubang bolehlah di alihkan.dan biar hingga masak. angkat.
ulang hingga habis adunan dan bolehlah di hidang dengan jem ,mentega atau apa yang anda gemari.

Sunday 2 October 2011

piza

 assalamualaikum......
                                  kakna mulakan minggu ni dengan piza.yang ni belum di bakar lagi.



                                             yang ni dah bakar siap masukkan dalam kotak lagi















                                              yang ni piza ayam baru lepas bakar.

kakna buat piza ni untuk di bawa melawat anak kakna di asrama.kakna buat dalam 1/2 kg tepung , boleh dapat tiga biji sebenarnya.tapi kakna buat dua biji je.teballah sikit rotinya.lama dulu kakna buat juga tapi tak dapat nak memuaskan keluarga [maksudnya kurang menjadi la tu.......].bila nak piza beli je..setelah kakna ikuti blog2 di dunia maya ni.kakna cuba buat untuk kali pertamanya.... inilah hasilnya......  semalam anak kakna tanya beli dekat mana.kotak tak da apa2 label.mama dia buat sendiri la.....
memang puas hati bila buat sendiri...                                             


PIZA
bahan roti:
500 gm tepung high protien
7 gm yis kering [mauripan
4 s.b minyak zaitun
1/2 s.b garam
1 s.b gula
1 cwn air suam

INTI
bahannya:
4 s.b tomato puri
1 tin kecil tuna mayonis [untuk ayam kakna mesin isi ayam sebelah bahagian dada]
1 biji bawang besar
1 biji tomato
1 cwn nenas yang di potong kiub
keju secukupnya.
bahan untuk inti ni boleh di ubah mengikut selera sediri.

caranya:
campurkan 1/2 cwn tepung gandum dengan yis.bancuh lembut macam buat cucur dan biarkan hingga naik berbuih.kemudian satukan gula,garam, minyak dan bancuhan yis.kacau dan masukkan tepung, tambah sedikit air dan uli.air di masukkan sikit2 hingga terasa cukup dengan doh.uli hingga tak melekat di tangan.kemudian rehatkan hingga naik 2-3 kali ganda.kemudian uli lagi dan canai kan.bolehlah tabur bahan atas piza tadi.dan rehat kan sekejap bakarlah hingga masak.siap di potong panas2 nampak lah keju yang bertali mengancam....