rakan-rakan vip

Wednesday 30 November 2011

nasi goreng ayam




Assalamualaikum...
               selamat pagi.dah ari khamis cepat masa berlalu.tak lama lagi dah masuk tahun baru.budak2 pun dah nak masuk sekolah semula.ala..hai kain belum potong lagi.adam demam lak.walau macam mana pun jom layan nasi goreng ayam dulu.bila perut dah kenyang bolehlah buat kerja2 yang lain.

NASI GORENG AYAM
bahannya.
2 mangkuk nasi
2 pokok sawi
1 batang karet
2 s.b cili mesin
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 ketul ayam
2 s.b sos tiram
2s.b kicap
secubit garam

caranya:
karet di potong dadu.kakna sagat.ayam di potong dadu.sawi dibersihkan dan potong.tumis bawang putih dan merah.bila dah garing masukkan cili kacau hingga garing masukkan sos tiram dan kicap.kacau dan masukkan ayam dan garam.bila ayam dah masak masukkan karet.agak karet dah lembut sikit masukkan nasi dan kacau rata.bila dah sebati masukkan sayur sawi dan kacau lagi hingga masak dan siap untuk di hidangkan.

Ayam kakna guna ayam goreng berrempah dalam resepi ayam kakna.sup biasa saja mengikut rasa selera anda.

Tuesday 29 November 2011

kek sarang lebah

Assalamualaikum....
                selamat pagi semua... salamat berjumpa kembali setelah beberapa ari kakna tak ada ni.tengok dah bersarang blog kakna.sarang lebah lak tu.jangan takut lebahnya tak ada.sarangnya je ada.boleh cuba pula buat sarang ni.sebelum ni kakna pernah buat tapi terasa lembik letak dalam peti ais baru sedap.yang ni memang ok jadinya. kakna ambil dari mat gebu yang dah banyak kali dah dia cuba buat ni.kek ni bagi kakna taklah susah tapi kena tunggu lama.tak apa sabar tangga kejayaan.

KEK SARANG LEBAH
sumber :mat gebu@tifinbiru

bahan A:
250gm gula pasir
225 ml air  [kakna sukat 3/4 cwn]
75gm mentega

bahan B:
4 biji telur A [kakna guna 5 biji telur B]
125gm tepung gandum*
1 s.k soda bikarbonat*
1s.k baking powder*
75gm susu pekat manis
1s.k esen vanila

caranya:
bahan A:
masak gula dengan api sederhana hingga cair,masukkan air sikit2 hingga habis.bila dah larut gula masukkan mentega kacau hingga cair tutup api biar sejuk.
bahan B:
putar telur hingga kembang masukkan susu dan esen vanila, putar lagi.perlahan kelajuan masukkan tepung sikit2 hingga habis.bila dah sebati masukkan karamel [bahan A] putar sebati.rehatkan 30 minit atau 1jam[kakna biar 1 jam] laserkan loyang dengan mentega.kemudian kacau adunan dan tapis ke dalam loyang pembakar.kakna guna loyang yang lobang tengah.bakar 175C selama 45 minit atau masak.biarkan di dalam oven sampai sejuk baru keluarkan dan potong.

Sunday 20 November 2011

kerabu ringkas




selamat tenggahari.dah makan ke.. kakna baru nak masukkan entri ni.tak apa esok boleh cuba senang je.resepi ni kakna tak ambil dari mana2.resepi ni ayah kakna yang ajarkan pada kakna masa remaja dulu.sesekali kakna buat juga sekarang ni. bila ada daun putat ni.di tempat lain kakna tak tahu la pula di panggil apa.pokok putat ni ada buah merah yang juga boleh dibuat ulam.pernah kawan kakna buat sambal untuk dirasa.boleh tahan rasanya.

KERABU RINGKAS
bahannya:
2 ikat daun putat
3 ekor ikan kembong
1 biji bawang besar
10 biji cili padi [boleh lebih jika suka]
perahan limau nipis secukupnya.
garam

caranya:
ikan kembong di bersih dan rebus.ambil isinya saja.daun di potong halus.bawang juga di mayang nipis.cili padi di potong halus.di dalam bekas masukkan daun putat,bawang,cili dan isi ikan.di gaul rata kemudian masukkan garam secukupnya.perah limau nipis secukup rasa.kakna guna sepotong saja limau nipis.siap di hidang.

pulut inti

Assalamualaikum...
             jom sarapan dengan pulut inti.tengok  pulut inti kakna , sekali makan kenyang sampai petang.cuti2 sekolah ni macam ni la.masak apa pun habis.seronok la pula nak masak.masak biasa-biasa je la

PULUT INTI
bahannya:
500 gm pulut [kakna guna pulut susu]
200ml pati santan
secubit garam

INTI
bahannya:
200gm kelapa parut [putih saja]
50gm gula merah
beberapa sudu gula pasir
daun pandan
secubit garam

caranya:
pulut di rendam kemudian kukus hingga masak.campur sedikit garam ke dalam pati santan.angkat pulut dan masukkan dalam bekas lain.masukkan santan dan kacau rata.kemudian masukkan semula ke dalam periuk dan kukus sekejap saja dalam masa 5-10 minit.angkat dan hidang.

cara intinya.
gula merah di masak dengan sedikit air hingga hancur kemudian tapiskan.dalam periuk masukkan kelapa, gula dan gula merah tadi.masukkan juga daun pandan dan secubit garam.kacau di atas api hingga sebati.siap di hidang dengan pulut.

Saturday 19 November 2011

kari daging/rebung

Assalamualaikum....
             jom layan kari rebung.. best.. kakna jarang beli rebung ni.Al maklum la.. bila balik kampung ada je yang bagi rebung.yang ni dah di jerukkan tak masam sangat pun.daging korban ari tu pun ada lagi.jadi bolehlah kakna habiskan stok yang ada.tapi yang specialnya kakna ada rempah kari mamak punya ori..lagi...tu yang lebih sedap tu.

KARI DAGING/BERREBUNG
bahannya:
500gm rebung
500gm daging
3 sudu besar rempah daging
3 sudu besar kerisik
300ml santan
3 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
2cm halia*
bunga lawang*
cengkeh*
kulit kayu manis*
buah palaga*
daun kari*

caranya:
bersihkan daging dan tos.rebung di potong.panaskan periuk kemudian tumis bahan yang bertanda * .hingga naik bau atau garing.kemudian masukkan rempah dan masak hingga pecah minyak.masukkan daging dan kacau.masak hingga daging empuk masukkan rebung,santan dan kerisik.masak seperti biasa masak kari .siap di hidang.

Friday 18 November 2011

ketupat nasi

Assalamualaikum...
                  masakkan biasa je.cuma nak penuhkan entri kakna.raya dah lama berlalu.di atas permintaan anak kakna buat la juga.musim cuti sekolah ni seumpama musim masak bagi kakna.anak2 yang duduk di asrama dan yang bersekolah semua ada di rumah.kena masak pagi petang la..biasanya cuti2 sekolah begitulah rutin harian.
kakna nak tulis resepi apa ye..
kuah kacang ye... ketupat nasi rasanya semua dah tahu.

KUAH KACANG
bahannya:
500gm kacang tanah
20 biji cili kering
3 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 batang serai
2 s.besar kerisik
2s.besar air asam jawa.
gula dan garam secukupnya
bahan tumis [cengkeh,lawang.buah pala dan kulit kayu manis]

caranya:
goreng kacang tanah hingga masak .tos dan kisar.cili kering di kisar bersama dengan bawang merah dan putih.panaskan kuali masukkan minyak untuk menumis.tumis bahan tumis hingga bau.kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.masukkan serai dan kacang kacau ,tambah air yang di kehendaki kepekatannya.masukkan air asam jawa,gula garam dan kerisik.kacau hingga betul2 masak bolehlah di hidang.

Thursday 17 November 2011

talam jagung

Assalamualaikum....
             hari ni.. petang baru kakna ada entri.yang ada ni pun tak seberapa.jom minum.. petang2 ni,hujan lak tu.sedap makan sambil minum kopi 0 .kakna punya tepung talam tak ada guna tepung gandum.al maklumlah dah terbiasa dengan tekak ni dengan tepung beras je..  nanti kakna nak cuba juga guna resepi yang mengunakan tepung gandum macam member2 blog yang lain buat.marilah kita cuba resepi ni.

TALAM JAGUNG
bahannya:
lapisan bawah.

3 tongkol jagung.
1/2 cawan gula [kakna guna 8 s.besar je]
1cawan tepung beras
11/2 cawan santan

lapisan atas.
1 cawan santan
1/2 cawan tepung beras
secubit garam.

carannya:
panaskan kukusan.jagung di potong.masukkan jagung dan santan ke dalam blender.kemudian blend jagung hingga hancur.masukkan gula dan tepung blend hingga sebati.tuang adunan ke dalam loyang 8" .masukkan dalam periuk.kukus selama 5 minit.kemudian buka dan kacau perlahan-lahan adunan tadi .tutup semula dan kukus selama 20 minit.sementara itu sediakan lapisan atas.campur semua bahan dan gaul sebati.buka sekali lagi kukusan dan tuang perlahan-lahan lapisan atas.sambil dikacau perlahan2.tutup periuk dan kukus lagi hingga masak.bila nampak macam kembang adunan tu sudah masaklah kuihnya.dalam 45 minit dengan api sederhana masanya.

Tuesday 15 November 2011

kek coklat blueberry

Assalamualaikum...
                      salam ceria semua pada sesiapa saja yang menjegah ke sini yang tak seberapa ni.maklum la kakna ni tak lah sepandai mana nak berblog.tapi demi untuk mengongsi pengalaman dan sedikit ilmu masakkan yang tak seberapa ni,kakna memberanikan diri membuka blog sendiri untuk berkongsi dengan sesiapa saja yang sudi.jangan di simpan ilmu yang ada.nanti bila kita mati tiada lagi yang mewarisinya.kan.. rugi...    o.k la jom tengok resepi kek ni.

KEK COKLAT BLUEBERRY.
bahannya:
250 gm mentega
110 gm serbuk koko
250gm gula kastor
220 gm tepung gandum*
1 s.k baking powder*
1 s.k sodabicarbonat* [*diayak bersama]
125 ml susu cair
3 biji telur
1 s.b perasa blueberry.
100gm jem blueberry

caranya:
panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 170c.griskan loyang.
cairkan mentega dengan api yang perlahan.kemudian masukkan koko gaul rata.
tutup api dan masukkan gula dan jem gaul rata.
masukkan telur yang telah di pukul serta susu cair dan esen vanila.sambil di kacau.
kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sambil dikacau hingga rata.
tuang adunan ke dalam loyang dan bakar.45 minit atau hingga masak.

Monday 14 November 2011

kek kurma blended

Assalamualaikum...
                   dah pun ari selasa.ari ni kakna ada entri kek blended.seperti yang kakna pernah katakan,dulu2 kakna selalu buat kek blendad ni.inilah lagi satu contoh yang kakna buat.caranya mudah je,asalkan betul sukatannya.tambah2 bagi yang baru nak belajar.bolehlah cuba kek ni.begitulah juga bagi yang baru mendirikan rumah tangga yang serba kekurangan lagi perkakas dapurnya.


yang ini belum di potong lagi.bersedia untuk di potong lah ni.yang di atas tu dah pun potong.kalau nak hias pun boleh ni.kakna tak hias sebab anak2 kakna suka makan masa baru angkat ni.panas2 @ suam.

KEK KURMA BLENDED.
1 cawan kurma [direndam dengan air panas]
1 cawan minyak/mentega cair [kakna guna mentega cair]
1 cawan gula perang
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar baking powder*. [* diayak]

caranya:
kurma di buang biji dan direndam dengan air panas sebanyak separas buah kurma je...jangan banyak.
kemudian masukkan kurma ke dalam blender dengan airnya sekali.lebih kurang 1/2 cawan .kalau tak nak pun tak apa.jangan lebih.kemudian masukkan telur dan blender hingga kurma hancur terlebih dahulu.kemudian masukkan gula dan mentega putar lagi hingga nampak kembang atau putih sedikit.tuang adunan ke dalam bekas adunan lain.campurkan tepung yang telah di ayak sedikit2.hingga habis sambil di kacau hingga sebati.tuang adunan ke dalam loyang yang beralas atau di gris.bakar pada suhu 170c atau hingga masak lebih kurang 45 minit.

Sunday 13 November 2011

puding roti gulung


Assalamualaikum...
              ari ni kakna ada entri puding roti gulung.kakna ambil dari blog ummi@home sweet home.cuti2 ni terfikir la.. nak masak apa yang special.. kakna nak cari yang senang je la dengan keadaan adam yang tak boleh diam sesaat ni kecuali tidur.kalau di ikutkan hati ingin mencuba perbagai resepi yang rakan2 blog buat.semuanya sedap2 belaka.terima kasih lah pada kawan2 yang sudi mengunjung teratak cubaresepibaru ni.


yang ini kakna dah potong untuk lebih menarik lagi entri ni.kakna tak buat kuah kastad sebab budak2 lebih sukakan coklat..

PUDING ROTI GULUNG
bahannya

7 keping roti - buang kulit tepi
jem blueberry secukupnya - kakna guna bluebery pai
3 biji telur
40 gm gula kastor
200ml susu cair/sejat
1 sudu besar tepung kastad
1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila
30gm hirisan badam/secukupnya [kakna guna kismis je]
sedikit mentega untuk di sapu pada loyang

caranya
sapu jem pada roti dan gulung kemas2.atur roti di dalam loyang 20x11cm.kakna guna loyang yang empat segi tepat sebab tak da loyang macam tu.jangan lupa sapu mentega terlebih dahulu.
pukul telur kemudian tambah gula dan pukul hingga sebati.masukkan susu,esen vanila,tepung kastad dan tepung jagung.gaul sebati dan tuang adunan ni ke dalam loyang yang berisi roti tadi.tabur badam rata di atasnya.masukkan dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu.pada suhu 170c selama 30 minit atau kekuningan di atasnya.boleh juga di hidangkan dengan sos kastad.

Friday 11 November 2011

rendang ringkas




selamat bercuti di hujung minggu.dah seminggu raya berlalu terringin la pula makan ketupat.nak tak nak buat la lagi.kebetulan ada la sedikit lagi daun palas yang di rendam agar tak layu.daging korban ari tu pun ada lagi.jadi kakna buatlah rendang ringkas cara kakna sendiri.kakna tak tahu nak namakan apa .tapi boleh tahan juga sedapnya.dah habis pun.. ni dikira terlambat sedikit je..

RENDANG DAGING
bahannya:
500 gm daging
2 sudu besar rempah sup
200 ml pati santan
1 biji bawang besar*
2 biji bawang putih*
10-15 biji cili padi (ikut sendiri)*
1 cm halia*
1 batang serai
beberapa helai daun limau purut
garam secukupnya.

caranya:
daging di potong kecil.bahan * di mesin hingga halus.serai di ketuk.panaskan kuali kemudian masukkan semua bahannya masaklah hingga kering dengan api yang perlahan2.masukkan garam secukup rasa.daun limau purut di koyak dan masukkan.dah kering boleh lah di hidang.

lempeng kelapa jalinan pandan

Assalamualaikum....
             dah tenggahari.kakna baru nak masukkan entri yang boleh di katakan sarapan pagi ni.kakna ada kelapa yang di katakan tua tidak..muda pun tidak..  tersimpan di ceruk dapur kakna.nak di perah ambil santan.. nak perah terasa lembik.nak makan gitu je dah keras.cadangan anak dara kakna la ni.. jadikan lempeng... lama tak makan lempeng ni sedap juga.. ditambah dengan jalinan pandan. emp.... bau wangi lagi.macam kelapa pandan la pula..nak buat jemput2 pun boleh.tapi untuk mengurangkan minyak kakna buat lempeng je..

LEMPENG KELAPA
bahannya:
1 biji kelapa separuh tua /kelapa pandan
2 cawan tepung gandum
4-6 sudu besar gula
secukup garam
11/2 cawan air
caranya:
kelapa di parut.dalam satu bekas di campur semua bahan dan di gaul rata hingga sebati.airnya agak2 jangan terlalu cair.kakna guna gula yang agak sedikit sebab untuk merasa kelemakkan kelapa.jika suka manis boleh tambah gula.panaskan kuali non stick.kemudian masukkan bancuhan adunan tadi sedikit dan ratakan pada kuali.masak hingga masak dan di ikat dengan daun pandan yang di koyak.agar bau pandan terbau.

Wednesday 9 November 2011

lontong goreng


Assalamualaikum..
           selamat pagi semua sahabat-sahabat di pagi khamis ni.cepat rasanya masa berlalu.dah sarapan ke belum.kalau belum jemput lah sarapan lontong goreng ni dengan kakna.sebelum ni kakna ada la juga tengok resepi ni.tapi tak buat pun.tadi ada nasi himpit dalam peti ais kakna pun terfikir nak cuba la.boleh tahan sedap juga.cuba la..

sumber : kakfida@myresepi

LONTONG GORENG
bahannya:
sepinggan lontong,ketupat atau nasi himpit yang telah di potong dadu.
1 senduk cili kisar (lebihkan jika suka pedas)
1 biji bawang besar (kisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
200gm isi ayam/daging
200gm udang hidup
3 s.b sos tiram
2 s.b sos tomato
2 s.b kicap manis
2-4 biji telur
daun sup dan daun bawang (dihiris)
1/2 cawan bawang goreng
garam dan gula secukupnya.
minyak untuk menumis.

caranya:
satukan semua bahan yang di kisar.panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga garing.
masukkan ayam/daging dan udang kacau.masukkan sos tiram,sos tomato dan kicap.
tambah gula dan garam secukupnya.masukkan lontong dan gaul rata.
masukkan 1/2 daun sup dan 1/2 daun bawang gaul rata.
pecahkan telur ke atas lontong goreng dan gaul rata hingga sebati.
masak hingga lontong bersalut dengan telur hingga kering.kacau setiasa.
siap bolehlah di hidang dengan tabur daun bawang,daun sup dan bawang goreng.

Tuesday 8 November 2011

homemade aiskrim




Assalamualaikum..

         ari ni kakna ada entri aiskrim.dah banyak kali kakna buat aiskrim ni.cuma ari ni baru nak masukkan dalam entri ni.sesekali buat sendiri puas hati.tak perlu bimbang bahan yang digunakan.boleh di perbagaikan rasa mengikut tekak sendiri atau bahan yang ada di dapur saja.bila dah buat aiskrim ni mula lah pintu peti ais asyik terbuka je.. budak-budak ! memang lah gemar..

sumber: kakfida@myresepi
sumber: matgebu@myresepi

HOMEMADE AISKRIM
bahannya:
4 cawan susu segar
4 cawan coffee-mate creamier
2 sudu besar gula halus (kakna tak masukkan gula)
perasa vanila atau perasa yang di gemari.

caranya:
satukan susu segar dan krimmer.masukkan gula dan putar hingga berbuih dan masukkan dalam peti ais.biar 1/3 beku.keluarkan dan putar lagi hingga kembang.masukkan perasa kegemaran dan putar lagi hingga naik dua kali ganda.kemudian masukkan semula ke dalam frezer hingga beku.lebih kurang 8 jam.kakna buat malam siang boleh lah gap.. hias mengikut kemahuan sendiri.

Sunday 6 November 2011

rendang ayam

assalamualaikum..........
                   selamat pagi..  ari ni kakna nak masukkan rendang yang kakna buat hari raya kemarin.seingat kakna rendang ni kakna makan masa kecil2 dulu.kalau beraya di kampung selalu rendang ni lah yang di hidangkan.kakna selalu buat rendang ni masa baru kawin dulu.nampak macam dah lapuk.sebab tu lah kakna berhenti buat.sekarang ni baru teringat nak buat balik.kakna guna ayam daging pun boleh guna resepi ni.

RENDANG AYAM
bahannya:
1 ekor ayam
250 ml pati santan
2 batang serai*
2cm halia*
2cm lengkuas*
10 biji cili kering*
2 biji bawang putih*
2 biji bawang besar*
3 biji buah pelaga*
3 biji bunga lawang*
3 biji cengkeh*
3 cm kulit kayu manis*
2 sudu besar rempah daging
kerisik dari 1/2 biji kelapa
1 keping gula gerek /melaka
garam

caranya:
ayam di bersihkan.bahan yang bertanda * di potong dan mesin halus.kemudian di gaul dengan ayam.masukkan rempah daging dan kerisik gaul lagi hingga sebati.kemudian masukkan dalam kuali dan masaklah perlahan2.masukkan santan dan masukkan gula gerek,garam secukupnya. masaklah hingga kering atau pekat.setiasa kacau agar tidak hangus di bahagian bawahnya.jika suka boleh juga masukkan daun limau purut atau daun kari.

ketupat pulut hitam

selamat menjamu selera.ari ni macam-macam ada.nak makan apa pun ada.dah tak boleh nak masuk lagi dah perut ni.penuh sepenuhnya.kakna tak masak apa-apa pun cuma sedikit bekalan untuk bawa balik kampung.raya sebelum ni kakna tak bawa balik ketupat ke kampung sebab mak kakna dah buat.tapi tahun ni kena bawa balik sebab mak kakna dah tak ada lagi di dunia ni.kakna buat ketupat pulut hitam ni sebab teringat kan mak kakna dia baru aje ajar pada kakna beberapa tahun ni.

KETUPAT PULUT HITAM
bahannya:
2 kg pulut (kakna guna pulut susu)
300 gm pulut hitam(kakna beli di padang besar)
4 biji kelapa ( ambil pati santan)
secubit garam
caranya:
cuci pulut sebersih-bersihnya.agar tahan lama (tak basi).toskan airnya hingga kering.sukat santan sama banyak dengan pulut (contohnya 3 mangkuk beras pulut =3 mangkuk pati santan).masak santan dan sentiasa kacau .jangan biar pecah minyak.masukkan daun pandan dan garam secukupnya.masukkan pulut hitam dan kacau.kemudian masukkan pulut putih dan kacau.perlahankan apinya.kacau hingga kering santan sambil di kacau.tutup tudung periuk dan kacau sesekali.biladah agak separuh masak atau 3/4 masak .boleh lah tutup api dan balut pulutnya.kalau yang tak pandai guna daun palas,boleh juga guna daun pisang.

SALAM AIDILADHA

Assalamualaikum........
                      selamat pagi untuk semua.kakna nak ucapkan SELAMAT AIDILADHA dan selamat menjalankan ibadah korban.kakna baru balik tengok lembu di korbankan.ingat nak tunggu lagi .adam dah ngatuk terpaksa la balik.

Saturday 5 November 2011

kek oren blend

assalamualaikum...
            dah buat persiapan untuk raya ke.. walaupun raya haji persiapan kena juga.persiapan makanan la biasanya.dalam mengitai resepi dalam blog2 kakna kakna mengitai myresepi.cari kek yang mudah.jumpa kek blend dari kakfida.dok berangan nak cuba tengok dj dah buat.jadi mudah lah lagi nak buat sebab ada kawan yang dah buat.bila tenggah dok mengadun kek ni.teringat la sebelum ni kakna ada buat resepi serupa ini.rupa-rupanya memang kakna selalu buat.cuma kakna mengunakan pisang,karet dan prun.kek ni memang boleh di perbagaikan dengan mengubah bahan.bahannya seperti oren di ubah dengan pisang,karet,kurma,prun dan apa yang kita suka.nanti kalau ada masa kakna nak cuba guna bahan lain pula.

sumber : kakfida@myresepi
sumber : dapurku sayang@ dayang jack

KEK OREN BLEND
bahannya;
1 biji oren (kakna guna 11/2 biji)
1 cawan minyak
2 cawan gula halus (kakna guna 1 cawan)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar baking powder* (*diayak bersama)

caranya:
cuci buah dan potong,buang biji dan urat putih di tenggah.potong kecil-kecil.
masukkan dalam blender bersama minyak,gula,telur dan kisar hingga halus.
tuang ke dalam mangkuk yang lain.
campurkan dengan tepung sedikit-sedikit hingga habis dan sebati.
kemudian tuang ke dalam loyang yang telah di alas dan bakar.
bakar 45 minit-1 jam atau hingga masak
suhu 170C loyang yang kakna guna 8".

Thursday 3 November 2011

bengkang jagung

assalamualaikum..
              jom minum petang dengan kakna.dah nak malam pun.sebenarnya kakna minum waktu malam.waktu petang pukul 6 hingga 7 adalah waktu makan malam.makan sebelum pukul 7 untuk menjaga kesihatan.malam minum je la..

BENGKANG JAGUNG
bahannya:
2 tongkol jagung
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan santan
1 cawan gula
secubit garam

caranya:
jagung di potong atau di mesin.campur tepung beras dan tepung gandum dengan santan dan gula.bubuh secubit garam dan kacau dengan api perlahan di atas dapur.agak pekat boleh lah di angkat dan tuang ke dalam loyang untuk di bakar.jangan lupa masukkan jagung dan kacau sebelum tuang ke dalam loyang.jika suka yang mesin.mesin lah dengan santan tadi.bakar dengan api atas dan bawah hingga masak.170C 45minit.biar betul-betul sejuk baru potong.

Tuesday 1 November 2011

pulut sambal

 assalamualaikum..................
                             dah sarapan ke belum.jemput makan pulut sambal dengan kakna.tinggal sebungkus je lagi ni.siapa cepat dia dapat.
dah sedia dah ni untuk di gap je...

PULUT SAMBAL
bahannya;
500 gm beras pulut [pulut susu
100ml pati santan
garam

bahan sambal:
10 biji cili kering
1 biji bawang besar
50 gm ikan bilis
air asam jawa
gula
garam

caranya:
pulut di rendam kemudian kukus hingga masak.sementara itu sediakan santan.santan di tambah sedikit air dan masukkan garam secukupnya.setelah pulut masak angkat dan masukkan dalam bekas lain.tuang santan dan gaul rata santan tadi hingga kering.kemudian masukkan semula dalam kukus dan kukus semula dalam 10 minit.jangan biar lama.terus diangkat dan sedia di hidang.

cara sambal:
cili di mesin dengan bawang.panaskan kuali dan masukkan bahan yang di mesin.masak hingga pecah minyak masukkan gula,garam dan air asam jawa.gula lebihkan sedikit agar manis.masukkan ikan bilis.kacau dan masaklah seperti biasa.siap bolehlah di makan dengan pulut.