rakan-rakan vip

Wednesday 9 November 2011

lontong goreng


Assalamualaikum..
           selamat pagi semua sahabat-sahabat di pagi khamis ni.cepat rasanya masa berlalu.dah sarapan ke belum.kalau belum jemput lah sarapan lontong goreng ni dengan kakna.sebelum ni kakna ada la juga tengok resepi ni.tapi tak buat pun.tadi ada nasi himpit dalam peti ais kakna pun terfikir nak cuba la.boleh tahan sedap juga.cuba la..

sumber : kakfida@myresepi

LONTONG GORENG
bahannya:
sepinggan lontong,ketupat atau nasi himpit yang telah di potong dadu.
1 senduk cili kisar (lebihkan jika suka pedas)
1 biji bawang besar (kisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
200gm isi ayam/daging
200gm udang hidup
3 s.b sos tiram
2 s.b sos tomato
2 s.b kicap manis
2-4 biji telur
daun sup dan daun bawang (dihiris)
1/2 cawan bawang goreng
garam dan gula secukupnya.
minyak untuk menumis.

caranya:
satukan semua bahan yang di kisar.panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga garing.
masukkan ayam/daging dan udang kacau.masukkan sos tiram,sos tomato dan kicap.
tambah gula dan garam secukupnya.masukkan lontong dan gaul rata.
masukkan 1/2 daun sup dan 1/2 daun bawang gaul rata.
pecahkan telur ke atas lontong goreng dan gaul rata hingga sebati.
masak hingga lontong bersalut dengan telur hingga kering.kacau setiasa.
siap bolehlah di hidang dengan tabur daun bawang,daun sup dan bawang goreng.

No comments:

Post a Comment