rakan-rakan vip

Sunday, 6 November 2011

ketupat pulut hitam

selamat menjamu selera.ari ni macam-macam ada.nak makan apa pun ada.dah tak boleh nak masuk lagi dah perut ni.penuh sepenuhnya.kakna tak masak apa-apa pun cuma sedikit bekalan untuk bawa balik kampung.raya sebelum ni kakna tak bawa balik ketupat ke kampung sebab mak kakna dah buat.tapi tahun ni kena bawa balik sebab mak kakna dah tak ada lagi di dunia ni.kakna buat ketupat pulut hitam ni sebab teringat kan mak kakna dia baru aje ajar pada kakna beberapa tahun ni.

KETUPAT PULUT HITAM
bahannya:
2 kg pulut (kakna guna pulut susu)
300 gm pulut hitam(kakna beli di padang besar)
4 biji kelapa ( ambil pati santan)
secubit garam
caranya:
cuci pulut sebersih-bersihnya.agar tahan lama (tak basi).toskan airnya hingga kering.sukat santan sama banyak dengan pulut (contohnya 3 mangkuk beras pulut =3 mangkuk pati santan).masak santan dan sentiasa kacau .jangan biar pecah minyak.masukkan daun pandan dan garam secukupnya.masukkan pulut hitam dan kacau.kemudian masukkan pulut putih dan kacau.perlahankan apinya.kacau hingga kering santan sambil di kacau.tutup tudung periuk dan kacau sesekali.biladah agak separuh masak atau 3/4 masak .boleh lah tutup api dan balut pulutnya.kalau yang tak pandai guna daun palas,boleh juga guna daun pisang.

No comments:

Post a Comment