rakan-rakan vip
Thursday, 8 September 2011
tomyam campur
salam .. kakna ada entri tomyam .tomyam ni senang je..kakna tak pernah guna paste yang ada di pasaran.kalau kata tak pernah tak juga la kot.guna juga kekadang untuk buat nasi goreng ke... tapi dari dulu lagi kakna guna macam kakna buat ni.ada kawan kakna kata resepi ni asli.entah la janji ia menepati rasa dan kepuasan kita.cuba lah kalau nak tau keasliannya.....
bahannya:
2 batang serai [di ketuk]
4 helai daun limau purut [yang muda] [dikoyak]
6 cili padi [ikut citarasa sendiri] [di ketuk pecah aje]
3 ulas bawang putih.[di hiris]
2 biji bawang besar.[ di belah empat]
2 biji limau nipis
2 s.k lada sulah
bahan campurnya:
500 gm ayam
500gm udang
500gm sotong
2 keping fish cake
1 bungkus kecil fish ball
sayurnya:
2 batang lobak merah
2 biji tomato
1 bungkus jagung muda [kakna buang kulitnya]
200gm bunga kobis
1 bungkus cendawan tiram
caranya
panaskan minyak dan tumis bawang sampai layu masukkan semangkuk air.kemudian masukkan serai,cili dan daun limau tutup periuk sehingga mendidih dan bau aromanya.kemudian masukkan air dan perahan limau nipis mengikut kemasaman sendiri.kemudian masukkan semua bahan lain sehingga didih dan masukkan garam dan perasa.siap di hidang.
untuk sosnya.
100gm cili kering
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
di mesin dan tumis hingga masak.tambah garam dan perasa.di dalam gambar tak ada gambar sambal.sory.. lupa agaknya...dan tak ada dalam simpanan.ok cuba jangan tak cuba... sedap....
Labels:
tomyam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment