rakan-rakan vip
Thursday, 29 September 2011
puding roti bersos kaya
assalamualaikum.....
semoga sihat semua orang menjalankan rutin harian di muka bumi allah ini.ari ni kakna ada entri puding roti bersos kaya.tiada perbezaan pun dengan resepi orang lain cuma kakna bersoskan kaya je..
yang ini sebelum kakna letak sosnya.nampak macam kakna tak letak dalam pingan lak.pingan kaca jernih yang kakna guna.. tulah nampak macam tu.. kakna nak bagitau nak buat sekaya ni kena ada kesabaran sikit kalau tak.sekaya tu akan berketul2.kalau jadi macam tu nak haluskannya kenalah blend.
PUDING ROTI BERSOS KAYA
bahannya:
3 keping roti [boleh tambah jika suka
125 ml susu segar ]kakna ganti dengan 250 ml
125gm krim ]1cwn susu cair
100gm kismis
25gm gula
1s.k esen vanila
1 biji telur
1 s.b mentega
bahan sos kaya:
250 ml telur
250gm gula perang
250ml santan
2 helai daun pandan
cara menyediakannya:
pukul telur,susu,krim.gula dan esen vanila sehingga gebu.
buang kerak roti,kemudian sapu dengan mentega dan potong bentuk yang disukai.
kemudian ratakan dalam dulang dan taburkan kismis.kemudian lapik dengan roti lagi di atasnya. tuang adunan yang di pukul tadi sehingga menutupi keseluruhan roti.biarkan lebih kurang 30 minit.
sementara itu sediakan kukusan anda dan didihkan air.kemudian kukuslah hingga masak lebih kurang 30 minit.
cara membuat sosnya.pukul telur hingga kembang.kemudian masukkan santan.masak di atas api yang perlahan dan sentiasa kacau.masukkan gula perang kacau hingga sebati.masukkan daun pandan.kacau hingga berkrim.kemudian biar sejuk dan hidang bersama roti.
Labels:
puding
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment