rakan-rakan vip
Wednesday, 18 January 2012
talam keledek
Assalamualaikum....
salam sejahtera dan selamat pagi semua.. ceria-cerialah di pagi-pagi ni dengan senyuman... bahagia dan gembira hendaknya.
hari ini kakna mulakan dengan kuih talam untuk sarapan pagi.jemput lah kawan-kawan sarapan dengan kakna.walaupun tak seberapa..
kakna ada keledek madu yang berwarna ungu.tak tahu nak buat apa selain rebus dan makan begitu aje.. jadi kakna jalan dari rumah ke rumah.jumpalah kuih ni di rumah kakwan (citarasawan).macam biasa la kakna ni ,pun cubaresepi ni.bila cuba ,jadi la pula dan sedap gitu.. kakna nak la kongsi dengan kawan2 kakna pula.
TALAM KELEDEK
bahannya:
250gm tepung beras
70gm tepung ubi kayu
250gm gula pasir
450ml santan pekat
450ml air
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
200gm keledek ungu(rebus,leyek ketika masih panas)
pewarna ungu
caranya:
satukan tepung beras dan tepung ubi dalam mangkuk.masak santan,daun pandan,air,garam dan gula hingga didih.keluarka daun pandan dan tuang dalam tepung.kacau cepat2 hingga sebati.ambil sedikit adunan masukkan dalam blender bersama keledek dan blend hingga halus.satukan semula adunan dan kacau rata serta tapiskan.bahagi adunan kepada tiga bahagian(450ml).satu warna asal.satu bahagian ungu muda dan satu bahagian ungu tua.panaskan pengukus dan sapu minyak pada loyang 8".panaskan loyang sekejap dan tuang adunan selapis demi selapis di mulai dengan warna muda .akhir sekali kukus selama 25 minit.potong kuih setelah betul2 sejuk.
Labels:
kuih-muih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
trasa dah nak makan talam keledek. sebab keledek ada je kat dapur. tapi keledek oren la pulak. cantikkk nya buat talam keledek ungu ni kan. ada 3 layer. lawaa!!!
ReplyDeletesedpnya talam keledek ni...
ReplyDeleteKak Na.. mau ikut sarapan yah kak di rumah kak na,ada teh tarik kah.. hehe
ReplyDeleteizahdaut..
ReplyDeletekeledek oren pun boleh rasanya.cuba la..
norlie..
ReplyDeletememang lain sikit stukturnya.
melly..
ReplyDeletenak teh tarik.. nanti kakna tarik panjang sampai kucing ye..