rakan-rakan vip

Sunday 8 January 2012

pavlova
















Assalamualaikum..............
                 salam sejahtera semua....   dah lama kakna menyepi tapi tak bermakna kakna tak berblog.hari ni kakna akan kembali berentry .buat masa permulaan ni kakna nak ucapkan kepada semua kawan-kawan semoga sihat walafiat dan mulakan azam tahun baru.sempena awal tahun dan permulaan tahun ini kakna nak beri pemanis kepada semua semoga hidup kita manis sentiasa jangan jadi kencing manis sudah.maksud kakna tak lain tak bukan memang manis tu la..... pavlova.ok jangan lupa senyum-senyum selalu untuk kemanisan hidup kita setiap hari....  sentiasa ceria bertambah rezeki...

POVLOVA
200ml telur putih ( 4 biji)
160gm gula kastor
1/4 sudu teh cream of tartar
2 sudu teh tepung jagung

HIASAN
200ml whipping cream
buah-buahan segar mengikut kegemaran.

caranya:
panaskan oven dengan suhu 120C.alaskan dulang dengan baking paper.pukul putih telur dan masukkan gula.pukul lagi dan masukkan cream of tartar.pukul sampai jadi merngue.kemudian ayak tepung atas telur tadi dan kaup balikkan hingga rata.kemudian bolehlah paipkan atas alas dulang tadi mengikut kehendak sendiri.bakar selama 1 jam atau nampak sikit kemerah-merahan.selepas masak biarkan di dalam oven 30 minit baru keluarkan untuk hiasan.

No comments:

Post a Comment