rakan-rakan vip
Thursday, 26 January 2012
puding laici
Assalamualaikum...
selamat pagi.. dan salam ceria di pagi jumaat ini... sekejap je masa berlalu dah nak habis minggu ni.masa berlalu terlalu laju.macam mana dengan kita.adakah kita masih tak berganjak lagi dari tempat lama.
dengan cuaca yang tak menentu kejap kemarau tapi hujan pula.bila panas terasalah ingin nyaman tekak yang kehausan.jom kita legakan tekak dengan puding laici ni.
puding ini adalah resepi yang kakna dapat dari kawan sebelum aktif dalam berblog lagi.dah lama tak buat.terasa pula bila musim panas ni nak nyaman tekak ni dengan puding laici yang terasa laicinya.
puding ni lembut seakan-akan dadih.nak buat pun senang dan mudah saja.
PUDING LAICI
bahannya:
18 gm agar-agar tali.
1 tin susu cair.
1 tin laici buah
10 gelas air.
11/2 cawan gula.
1 sudu teh esen vanila.
secubit garam.
caranya:
masak agar-agar dengan air hingga hancur.bila agar-agar dah hancur masukkan gula dan kacau.perlahankan api.masukkan susu cair,esen dan garam.masukkan setenggah air sirap laici ke dalam agar2.kacau sebati.kemudian bolehlah tuang agar2 ini ke dalam acuan atau loyang yang di sukai.biar sejuk dan keras.bolehlah di tabur dengan laici yang di racik2kan bersama dengan lebihan sirap laici tadi.masukkan dalam peti ais agar sejuk.jika suka boleh terus di hidang.
Labels:
puding
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
comelnya piring... bertambah berselera makan puding tu sejuk2 atas piring comel. hhwhee
ReplyDeleteMet pagi Kak Na.. kalo hari panas cocok yah kak makan pudding ini,apalagi kalo di makan nya dingin2.. segarr.. ;)
ReplyDeleteAs'salam Kakna
ReplyDeletesesuailah dengan cuaca sekarang ni panas terik semacam. ct pun kadang2 kalau dah panas sangat tu dok bekurung jer dalam rumah. dah malam2 sikit baru keluar nak siram pokok2 kat luar tu..hihi
dah lama juga nak buat puding laici ni sejak diperkenalkan denagn Nor secubit garam, tapi asik terbantut jer nak buat..kena tunggu beli laici ah gayanya ni :)
sejuk tekak..
ReplyDelete