rakan-rakan vip
Monday, 13 February 2012
ketam masak sos
Assalamualaikum......
selamat pagi dan ceria-ceria selalu.salam selasa untuk semua.dah beberapa hari tak berentry.bukannya tak ada entry tapi tak sempat nak berentry.bila nak mula ada saja yang cemburu nak tak nak tutup komputer.tak berentry.. tu la budak sorang ni tak boleh tengok mak dia duduk depan ni.di tariknya bangun.sekarang dia tenggah tidur jadi kakna nak cepat2 la nak berentry ni.
entry kakna ari ni ketam masak sos.ketam masak sos ni dah lama kakna amalkan jadi kalau sama dengan resepi siapa2 tu mungkin kebetulan la ya.sudah dua puluh tahun lebih dah kakna kalau nak masak ketam selain dari gulai nenas inilah yang kakna masak.dari mana kakna dapat sumbernya pun tak tahu dah.oklah asyik berceloteh je.. jom tengok resepi.
KETAM MASAK SOS
bahannya:
6 ekor ketam bunga [ketam yang hidup tu lagi sedap]
2 sudu besar cili kisar[jika suka pedas]
2 ulas bawang putih
1/2 botol sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 biji telur [boleh guna telur masin]
daun bawang
caranya:
bersihkan ketam macam biasa.panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang telah dicincang.masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.kemudian masukkan sos cili dan sos tiram.kacau dan masukkan ketam.alih-alihkan ketam hingga nampak kemerahan atau hampir masak.masukkan telur yang di kacau rata dan kacau2 jangan biar telur membeku.masaklah hingga ketam masak dan hias dengan daun bawang.kakna tak guna garam dan gula dalam resepi ini kerana sudah cukup rasa bagi kakna.
Labels:
ketam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
As'salam Kak Na
ReplyDeletelama betul ct tak masak2 ketam kat rumah ni, sebab apa. bila dah makan keta ni nasi terus ct tak pandang, dan bila masakan nasi ketam tu tak tercuit pun..hehehe. sedapnya lauk ketam2 ni fav Hubby ct ni kak.
Siang Kak Na, masih ada lagi kah, barter dengan rendang udang melly mau kah.. hehe
ReplyDeleteSalam kak na! mekaseh selalu dtg singgah umah kita bg komen :-) kita ni terlupa lah kak dah lama sgt tak berblogging, list2 blog byk yg belum add lagi, nanti kalau kita free kita add akak ya macehhh!! ketam!!!! lama sgt tak makan ketam! tp mcm belum musim ketam lagi lah kat siam nii sbb tk nmpk ada org jual lagi :D
ReplyDelete