rakan-rakan vip

Monday 20 February 2012

kek batik arora


Assalamualaikum......
                     selamat pagi dan salam ceria untuk semua kawan-kawan.semoga hari ini semua tugas dapat berjalan dengan lancar serta sihat-sihat hendaknya.


ari ni kakna pun tayang kek batik arora.kakna tengok sana sini ada je kek batik arora ni.tergoda la juga kakna.bahan dan caranya pun tak susah.mudah dapat dan sedap pula.kakna buat semalam.pagi ni ada sikit lagi.sape-sape nak boleh lah sepotong.kakna kalau buat kek apa pun.di umah ni kena makan ketika masih suam.kalau dah sejuk jawabnya kering la kek tu.kalau boleh habiskan masa tu kakna suruh habiskan.jangan nak simpan-simpan lagi.kalau ada jamuan di umah sedara ke apa baru kakna buat untuk di bawa sebagai buah tangan.mesti habis.seronok kakna kalau cepat habis.buat selalu pun tak pa.

mul-mula kakna nampak kek ni di umah azlita aziz,pastu kat umah mat gebu dah tergoda tapi belum cuba lagi.selepas tu tiap-tiap ari kakna nampak ada je kek batik arora ni.tu la sebab kakna terus cuba.

KEK BATIK ARORA.
by:cida
sumber:azlita dan mat gebu

bahannya:
250gm mentega
100gm gula kastor
3/4cawan susu pekat
250gm tepung gandum*
2 sudu teh baking powder* [*ayak bersama]
6 biji telur [gred A]
1 sudu teh ovallate
5 jenis pewarna = perisa

caranya:
panaskan oven 175C.sedia loyang dan alaskan.
putar mentega,ovallate dan gula hingga kembang (putih).masukkan susu dan putar lagi hingga sebati.tambah telur satu persatu hingga habis sambil putar hingga kembang.perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan rata.bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan bersama perisa mengikut warna.kemudian masukkan ke dalam acuan berlapis-lapis seperti kek marble.dan bakar selama 45 minit atau mengikut oven sendiri.

2 comments:

  1. Assalamualaikum kakNa, thanks ya sudi singgah ke dapur akak...waaaah dah buat kek arora tu...mmg berbaloi kan, bahan senang dan sesedap rasa...x terlalu kaya dan x terlalu miskin punya kek...haahahaha

    ReplyDelete
  2. dtg nk intai kek batik arora..ada lagi tak..hehhehe

    ReplyDelete