rakan-rakan vip

Wednesday 4 April 2012

ayam bakar


Assalamualaikum.......
                 salam sejahtera dan salam ceria selalu untuk semua.agar di rahmati dan sihat selalu.bertemu semula setelah beberapa lama tak bersua di alam maya ini.kita hanyalah manusia biasa ada kalanya ok adakalanya ko.kekadang malas dan berat untuk melakukan apa-apa.kalau di ikutkan hati semua benda nak di lakukan.tapi apakan daya tenaga yang kurang dan kekurangan diri yang membatasi segalanya.


sebenarnya ini entry tertangguh. igatkan dah masukkan semalam.kakna buat ayam bakar ni ikut resepi sendiri je.. letak apa yang terasa nak letak dan apa yang ada di dapur.di makan dengan sos lada yang pernah kakna buat sebelum ni.memang sedap di makan panas-panas lagi best... sebenarnya kakna sendiri tak tahu nak letak nama resepi ni jadi cukuplah dengan ayam bakar sebab di bakar.

AYAM BAKAR
oleh: kakna
bahannya:

1 ekor ayam
2 biji bawang putih
2 biji bawang besar
2 batang serai
1 cm halia
1/2 cawan pati santan
serbuk lada
kunyit
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
garam

caranya:
bawang merah,bawang putih,serai dan halia di mesin halus.ayam di cuci dan toskan.masukkan semua bahan dan ayam gaul sebati dan perap sejam.panaskan oven 250C.susun ayam dan bakar hingga masak.boleh juga guna arang jika suka.siap bolehlah di hidang panas-panas bersama sos lada.

5 comments:

  1. Salam kakna! nak ayam bakar akak tu ya, nmpk sedap tu kak, tgk bhn2 dia tu mestu baunya harummm... kita arini bz sikit nak pergi imigration tp rumah tak kemas lagii, mesin baru ajer pusingkan ehehe..asyik duk depan lappy melekat2 jer ni tak mo bangun :D

    ReplyDelete
  2. salam kakna....wooww sedapnya ayam bakar ni, kalau mkn ngn nasi kerabu lg sedap..hihihi

    ReplyDelete
  3. As'salam Kak Na

    ayam bakar macam ni kalau dapat meratah dengan sos black peper perghhh...mahu lambat ct nak bangun dari kerusi kak..hehehe

    ReplyDelete
  4. oo akak letak santan ek. teringat ayam bakar chef wan. dia masak letak santan dan mcm2 mak nenek lagi la.. hehe tau tau la resepi dia kan. mau tak sedap.. memang sedap ler sesangat. tapi menarik la akak nyer resepi ni. nampak simple yet yummy!!

    ReplyDelete
  5. Siang Kak Na.masih ada ngga ayam nya.. aduh terlambat lah melly dtg nya.. hehe

    ReplyDelete