rakan-rakan vip

Sunday 18 March 2012

mee bandung

Assalamualaikum.......
               selamat hari isnin dan salam ceria untuk semua.ari ni untuk memulakan entry kakna tak ada apa yang istimewa pun hanya sekadar mee saja.kakna buat untuk sarapan.seingat kakna dulu kalau nak makan macam ni, mesti pergi kedai mamak.al maklum la di utara ni dulu kedai mamak la yang popular.. sekarang ni lak popular dengan nasi kandar.. tapi mamak sekarang bukan asli macam dulu lagi.resepinya pun dah tak sama macam dulu.kalau nak makan kena buat sendiri.ok la jom kita tenggok resepi kakna.

MEE BANDUNG
sumber: kakna sendiri.

bahannya:
500gm mee kuning
150gm udang hidup
150gm sotong
200gm ayam/daging
2sudu besar cili kisar
1/2 botol kecil cili sos
2-4 sudu besar sos tiram
3 susu besar kicap
2 biji tomato
1 batang karet
2-3 pokok sawi
taugeh
3 biji telur
fish kek/ball

untuk hiasan:
limau,bawang goreng,daun sup.

caranya:
panaskan 2 sudu minyak masak.tumis bawang merah dan bawang putih.bila garing masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.kemudian masukkan ayam/daging,sotong dan udang.kemudian masukkan sos cili dan sos tiram.masukkan air secukupnya untuk kuah yang di kehendaki.masukkan kicap dan semua sayur.biar didih dan masukkan garam dan perasa.pecahkan telur kedalam kuah yang sedang didih biar seketika.bila siap dan cukup rasa bolehlah masukkan mee dan hidang panas-panas.

5 comments:

  1. aslmkm tuan rumah..datang nak makan ni, mee bandung nak udang lebih ya..

    ReplyDelete
  2. salam, huyooo,menyelerakan, dengan telurnya,tabik

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum, singgah follow sini sambil tgk mee bandung.sedapnya tgk mee bandung ni...my fav mee ni.lama tak mkn teringin pula..:)

    ReplyDelete
  4. Salam kakna! Sedspnyerrrr mee bandung! Lamaaaaaaa sgt tk mkn sbb nk buat malas pastu stok mee kuning takde :D

    ReplyDelete
  5. akak datang bawa tupperware kosong ni.. tapau sikit...

    ReplyDelete