rakan-rakan vip

Friday, 9 December 2011

browneis kukus






Assalamualaikum....
                               dah hujung minggu.cepat masa berlalu.di harap ceria-ceria sahabat semua dan senyum-senyumlah selalu.sambutlah salam sayang dari kakna untuk semua.sambil menjamu mata dengan browneis kukus kakna yang dah jadi macam popcorn ni.kembang setaman ke kembang sepiring ntahlah.kakna suka dengan kembangnya yang melebihi apam ni.kakna suka makan browneis ni dengan aiskrim.lagi sedap.jom tengok resepi.

BROWNEIS KUKUS
sumber: kakfida@ myresepi

bahannya:
300 gm gula halus*
3 biji telur*
240ml air [boleh guna susu segar]*
1sudu kecil esen vanila*
300gm tepung gandum
40gm serbuk koko
11/2 s.k baking powder
1/2 s.k garam
2 s.k ovallate
40gm coklat chip untuk hiasan.

caranya:
tepung,koko dan b.powder di ayak bersama.di dalam mangkuk adunan masukkan bahan-bahan yang bertanda * .pukul bahan * hingga putih atau 5 minit.kemudian masukkan bahan yang telah di ayak sikit2 sambil di putar hingga habis dan sebati.akhirnya masukkan ovallate dan putar hingga sebati.sudah sebati bolehlah di masukkan dalam acuan dan tabur coklat chip dan kukus selama 10-15 minit.

1 comment:

  1. fuhhh...mmg kembang setaman ni...menarikkk..

    ReplyDelete