Thursday, 15 March 2012

ais krim potong


Assalamualaikum.......
                selamat pagi jumaat.. dan salam ceria untuk semua .dah habis satu minggu,sekejap rasanya.itulah akhir zaman di katakan cepat masa berlalu.hari isnin nanti bermula rutin yang sibuk dengan anak-anak sekolah semula.

anak-anak ramai di rumah masak apa pun habis.nanti dah mula sekolah anak2 balik asrama,dah tak ada orang nak tolong habiskan masakkan kita lagi.sekarang cuaca tak menentu kadang hujan kadang tak.kalau hujan terasa nak makan yang panas2.bila tak hujan nak makan yang nyaman tekak ni la pula.kakna dah lama simpan resepi ais krim ni.nak buat tunggu anak2 ada di rumah.jadi buatlah kakna ais krim potong ni.

AIS KRIM POTONG
sumber : my resepi
resepi: mat gebu

bahannya:
bahagian A.
250gm gula kastor
3-5 sudu besar coffemate
350ml air

bahagian B.
1-5 sudu paras tepung ubi
3 sudu besar tepung jagung
50ml air

bahagian C.
80gm susu pekat
500ml santan
perasa
(perasa untuk durian = 200gm isi durian,250gm untuk kacang merah,1 tin jagung untuk jagung)
perasa ini hendaklah diblend dengan santan.

caranya:
guna kaedah wisk dengan api sederhana dan setiasa kacau.
masukkan bahan A dan larutkan.kemudian masukkan bahan B kacau sampai didih masukkan bahan C.sentiasa kacau.bila didih tutup api dan tuang dalam acuan.biar sejuk dan masukkan dalam freezer semalaman.

2 comments:

  1. tertelan air liur tengok... hehehe

    ReplyDelete
  2. As'salam KakNa

    Perghhh...aiskrim potong lagi tu, ngencesss! tengok ni KakNa..hehehe. orang batuk2 kalau makan ni gerenti cepat baikkan kak. sedapnya kalau dapat numpang makan ni. Memang betul lah tu, kalau semua anak2 ada dirumah memang seronok masak macam2 sebab ramai yang tukang makan ya kak :)

    ReplyDelete