Friday, 21 October 2011

bebola donat

assalamualaikum......................
                       sesiapa yang cari menu untuk minum petang.... boleh lah cuba donat ni.kakna buat donat ni untuk anak kakna bawa ke sekolah sempena hari kantin.dikira di atas permintaannyalah kakna buat ni.dah habis di jual ke belum kakna tak tahu lagi.belum pergi jenguk lagi ke sekolahnya.nanti selepas ni nak ke sana.

BEBOLA DONAT.
bahanya:
1 kg tepung gandum
2 s.k yis
5 s.b majerin
4 s.b gula kastor
1/2 cawan susu
1 biji telur
1 cawan air
secubit garam

caranya:
gaul tepung dan yis.kemudian satukan semua bahan lain dan masukkan ke dalam tepung dan uli hingga sebati .uli hingga adunan tak melekat di tangan.setelah sebati biarkan adunan mengambang dua kali ganda.kemudian uli semula dan bentukkan adunan.biar selama 20 minit dan goreng dengan api perlahan hingga masak dan kuning ke emasan.blend gula dengan sekali putar saja.kemudian gaul donat yang sudah siap di goreng dan sedia di makan.

No comments:

Post a Comment