Thursday, 22 September 2011
sambal rebung
assalamualaikum...
apa khabar... harap sihat sejahtera semua.ari ni kakna ada entry sambal rebung.al kisahnya kakna ke rumah bapa saudara kakna. kebetulan sepupu kakna tinggal dekat di situ .anak bapa saudara kakna la...sepupu kakna tu lak tanam banyak pokok buluh.buluh madu kalau tak silap kakna.jadi bila balik dapatlah buah tangan rebungnya tu.... pesan diorang rebung ni tak boleh simpan lama, balik mesti cepat di siang dan rebus jika tak nanti akan keras rebung tu.bila dah rebus bolehlah simpan dalam peti ais.masak bila nak gunanya.rebung ni taklah masam macam dijual dalam pasar.selalunya kakna guna rebung dari buluh genting untuk masak sambal ni.dah ada rebung madu ni kakna cuba buat lah dengan rebung ni.memang sedaplah bagi orang sukakannya.
bahannya:
300 gm rebung [yang telah di rebus
10 biji cili kering [dikisar
3 biji bawang merah [dimayang
3 biji bawang putih [dimayang
100gm udang atau ikan bilis
air asam jawa [ikut selera
gula secukupnya
garam
caranya:
panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih hingga garing.masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak [nampak minyak naik atas cili].kemudian masukkan gula dan garam secukupnya.kacau dan masukkan udang atau ikan bilis.kacau dan masukkan rebung kemudian masaklah hingga masak.siap di hidang.
No comments:
Post a Comment