Wednesday, 21 September 2011

keropok lekor

 assalamualaikum.
salam sejahtera di harap semua sihat.ari ni kakna ada entry keropok lekor.sebelum ni kakna ada ke pantai timur.suka sangat dengan keropok lekor.tu lah kakna buat.sampai di pasar payang kakna cari tepung sagu. balik kakna cuba buat lah keropok lekor.hubby kakna kata jadi maka jadi lah.kekadang bila beli tulang banyak dalam keropok lekor ni. sebab tu lah hubby kakna tak minat.kena lah cuba buat sendiri.


 yang ni makan lepas rebus.panas2 lagi.sedap.



ini percubaan pertama. nanti ada masa kakna nak buat lagi.yang sebelah ni baru angkat dari rebusan. masih panas ni.hasilnya semua kakna dapat dengan resepi yang kakna guna di bawah ni.tak habis kakna simpan dalam peti ais.bila nak makan kakna goreng lak.memang puas lah bila buat sendiri.kakna ada kawan dari pantai timur bagitau. kalau nak buat
keropok elok guna ikan sardin,ikan merah atau ikan kayu.
tu lah pesan kawan kakna tu.






keropok lekor.
bahannya:
1 kg ikan sardin.
5-10 ulas bawang putih [kakna guna 5 je
500 gm tepung ubi/sagu [jangan masukkan semua-elok setenggah dulu
2 cawan tepung gandum
1s.k baking powder
garam
perasa
sedikit air saja untuk blend.

caranya:
asingkan isi ikan dari tulang.kemudian kisar bersama bawang putih dan sedikit air.masukkan adunan ke dalam mangkuk.kemudian tambah garam dan perasa.[kakna tak guna perasa]. gaul dan masukkan kedua2 jenis tepung bersama baking powder.gaulkan adunan hingga tak melekat di tangan.tambahlah tepung ubi/kanji sekiranya adunan lembik.pastikan tak terlalu keras atau lembik.kemudian sapukan minyak di tangan ambil sedikit adunan uli dan bentukkan panjang.masukkan dalam air didih atas dapur biar timbul baru angkat.air di didihkan dengan sedikit minyak.

air asam [sos cili]

1 mangkuk cili yang dikisar
1 mangkuk air asam jawa
2 keping gula melaka
gula pasir secukup rasa.
garam secukupnya

caranya:
masukkan semua bahan dalam periuk dan didihkan hingga pekat.
dengan api yang sederhana.



.

No comments:

Post a Comment