Tuesday, 27 September 2011

kari rebung


assalamualaikum......
                                 rebung lagi..  kakna buat kari dengan ayam.biasanya bagi orang utara rebung di masak bersama daging. hubby kakna suka rebung yang di masak kari.maklum lah orang utara ni suka kari.rebung ni dari baki ari tu la..kakna masak dengan ayam sebab malas nak ke pasar...hujan..dengan ayam pun sedap.tambah lagi bagi yang suka rebung ni.

KARI AYAM REBUNG.

bahannya:
500gm ayam
400gm rebung
50gm serbuk kari daging
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2cm halia
5cm kulit kayu manis
3-4 biji buah pelaga
5biji bunga cengkih
4 biji bunga lawang
50gm kerisik
150ml pati santan
garam secukupnya

caranya:
panaskan minyak untuk menumis.tumis kulit kayu manis.bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga.kemudian masukkan bawang putih,bawang merah dan halia yang di hiris halus.serbuk kari di campur dengan sedikit air untuk jadikan pes.setelah garing bawang masukkan rempah kari dan masak hingga pecah minyak.kemudian masukkan ayam dan rebung kacau ,masukkan santan dan tambah air untuk dapatkan kuahnya.biar didih dan masukkan kerisik.masak lagi hingga didih masukkan garam secukupnya.siap untuk di hidang.

No comments:

Post a Comment