Wednesday, 28 September 2011

jemput-jemput nasi sejuk


assalamualaikum...
                          meh.. sarapan dengan cucur kakna meh.ari ni kakna buat cucur nasi.kakna tengok c.mat gebu buat nampak sedap lagi.kakna pun cuba juga lah.sedap.... anak2 suka.rangup di luar lembut di dalam.cuba jangan tak cuba.senang....lagi best cicah dengan sos cili.

bahannya:
1 mangkuk nasi
1 mangkuk tepung gandum [tidak terhad
50gm ikan bilis [dimesin
1 biji bawang besar [ dimesin
1-2 biji cili hidup
30gm daun kucai
garam
caranya:
nasi di blend dengan sedikit air.kemudian masukkan dalam mangkuk dan campurkan bahan yang telah di mesin.cili di potong kecil2.daun kucai di potong pendek2.satukan dalam mangkuk.masukkan garam.kacau dan masukkan tepung sikit2 hingga mendapat adunan yang stabil untuk buat jemput2.kemudian goreng macam biasa kita mengoreng jemput2.siap boleh di hidang.

No comments:

Post a Comment