Assalamualaikum......
salam mesra dan ceria untuk semua kawan-kawan yang sudi berkunjung ke teratak kakna yang serba kekurangan ni.terima kasih sudi juga menjenguk sini.
hari ini tiada apa yang istimewa.cuma kakna sekadar berkongsi resepi lama lagi.kakna buat kuih ni pun diatas permintaan anak dara kakna.dah lama tak makan kuih ni katanya.kuih ni sesekali terasa macam dodol lak.jom sarapan.
LEPAT LIAT
by: kakna
bahannya:
2 cawan tepung pulut.
200gm gula merah
2-3 sudu gula pasir (kakna tak letak)
2 helai daun pandan
air /santan secukupnya.
kelapa parut (putihnya saja)
daun pisang
minyak
caranya:
masak gula merah dengan sedikit air dan masukkan daun pandan.biar sejuk dan tapiskan.masukkan tepung pulut dalam dalam mangkuk dan tuang air gula merah sedikit-sedikit sambil kacau hingga jadi adunan pekat.kelapa parut di gaul dengan sedikit garam.ambil daun pisang yang telah di layur dan potong macam lepat pisang.sapu sedikit minyak masak pada daun pisang dan ratakan.ambil sesudu adunan tepung dan letak di dalam daun pisang ,kemudian ambil sesudu kelapa parut letak di tenggah doh dan gulung daun pisang dan lipat kedua-dua hujungnya.buat hingga habis dan kukus selama 30-45 minit.siap dihidang.
Assalamualaikum KakNa,
ReplyDeleteBestnya lepat liat, lama sangat saya tak makan, kat kedai pun jarang jumpa.....nak minta seketul boleh
Selamat pagi Kak Na,
ReplyDeleteterima kasih kongsi resepi lepat liat, pernah dengar tapi tak terbayang pula gunakan tepung pulut.
kuih feveret saya... kalau balik kampung 2 kilo tepung mak kena buat.. hehe.. anak2 dia semua suke. yang penting inti kelapa tu dapat yang muda sedang inti.. mmg sangat sedap kan
ReplyDeletekalo ini mak mertua melly selalu buat, hubby suka makan nya, kalo melly malas mau buatnya..tapi mmg sedap
ReplyDeleteasslm KakNa...wah sgt rajin yer lepat mlipat ni...hihi...QH suka kuih ni...liat2 gitewww..tp buat tak la nmpknye...xgeti...hehehe
ReplyDeletesukaaa lepat... tapi, orang2 kat rumah ni x suka lepat... kalau buat, x de sape nak makan.. selaunya bila teringin, beli je 2 biji..
ReplyDelete