Assalamualaikum......
selamat petang dan ceria-ceria selalu.di petang ni kakna buat dadih untuk menyejukkan tekak yang panas ni.dengan cuaca yang tak menentu.di atas permintaan anak-anak yang membuatkan kakna buat dadih ni. sebelum ni kerap juga kakna buat bila dah lama terasa malas la pula.tambahan sekarang ni ada yang instant pula.tapi anak2 nak yang creammer ni lagi sedap katanya.
satu adunan kakna buat perbagai rasa.sebab banyak dapat dalam satu adunan tu.lebih kurang 22 gelas untuk sukatan airnya.kalau dah bekas yang kecil2 tu lebih la hasilnya.kakna guna perasa jagung,vanila dan milo saja.boleh tambah lagi kalau nak.kakna anak ramai tak kisah la kalau banyak pun.tapi masa semua pergi balik,tinggallah kakna dengan 2-3 orang ni.nak masak pun kadang2 kurang semangat.lambat habis makanan tu.. resepi ni kakna tak tahu resepi siapa.sumbernya kakna dapat dari kawan dari kawan entah turun berapa kali kawan baru sampai pada kakna.masa tu belum kenal lagi alam maya ni.jom.. sila-sila rasa dadih kakna ni.
DADIH CREAMMER
by: kakna
bahannya:
3 sudu agar-agar serbuk
4 senduk gula.
450gm coffee mate (creammer)
1 tin susu cair
22 gelas air
perasa yang di gemari secukupnya.
caranya:
masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar dan kacau rata.letak atas api sambil setiasa kacau.masukkan gula,creammer dan susu cair.rasa manis gulanya dan jika suka manis boleh tambah lagi.kacau hingga masak dan larut agar-agarnya.boleh lah masukkan perasanya.jika nak perbagai rasa eloklah di bahagikan terlebih dahulu kepada beberapa bahagian dan perasakan.masukkan dalam bekas dan biar sejuk.kemudian masukkan dalam peti ais dan biar sejuk betul-betul.
Salam kakna! sedapnyer makan dadih panas ni kak, kat sini mmg panasssssss sgt2! mkn sejuk2 alahaiiii nikmatnyerrr :D kita tak pernah nak buat lagi dadih ni, dulu2 pernah makan masa balik kampung, sedap! tp malas pulak nak buat :D
ReplyDeletesdapnya dadih kakna....time cuaca yg pnas nie la sdap je masuk kat tekak kan.....tp nak membuatnya tu....klau rjin..jdila bendenya......klau dtng cik M tu....mmg x menjdi la jwabnya....
ReplyDeletesalam kak na..sedap kak..kita pun minat dadih nie..:)
ReplyDeleteSelamat petang Kak Na,
ReplyDeletelawalah pulak warnanya dadih creamer tu... Amie kalau makan dadih memang tak cukup satu bekas, cepat je habis masuk tekak....sejuk & nyaman gitu slurrppp...sluurrrpppp
Kakna mana dapat bekas comel2 ada fruits tu? Hehe sedapnya.. Skrg ni panas sedap jek makan dadih sejuk2
ReplyDeletekakna..nampak lembut je dadihnya kak..:)
ReplyDeleteas-salam kakna
ReplyDeletesedapnye dadih..sedap di mkn sejuk2 ni kak..
Salam kakna.dtg kunjungan balas.sedapnya dadih....tambah cuaca panas skrg. anak2 sy cukup suka dadih....teringat tiap kali balik kg,pasti nenek mrk buatkan...tahu cucunya suka..
ReplyDeleteSalam.... wah! puding ni cantik! bekas yang ada gambar buah2an tu pun cantiknya..... semua cantiklah! ehehehehe dan sedap
ReplyDeletesalam sukses gan, bagi2 motivasi .,
ReplyDeleteHargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.