Thursday, 29 March 2012

lopis pulut


Assalamualaikum.......
                salam sejahtera dan selamat pagi jumaat untuk semua.dengan harapan semua berada dalam kaadaan sihat-sihat belaka.itu harapan untuk semua kawan-kawan.dah sampai nak habis satu minggu.cepatnya masa berlalu.bagaimana kawan2 persiapan kita di hujung usia ni.adakah kita dah kumpul bekalan yang secukupnya.....

jom sarapan lopis dengan kakna.ada lagi ni.... cukuplah untuk sarapan pagi ni sorang seketul.masa kakna buat apam pinggan hari tu ,hubby kakna igatkan lopis.tu yang kakna buat lopis hari ni untuk che abang.di umah kakna ni sama memang semua suka pulut.ok budak kecik dah banggun, cukup dulu..

LOPIS PULUT
by: kakna
bahannya:
3 cawan pulut
300gm gula merah
200gm kelapa parut.
2-3 helai daun pandan
secubit garam
pewarna hijau

caranya:
rendam pulut dengan pewarna hijau selama sejam.panaskan kukusan.tapis pulut dan masukkan dalam loyang. mesin daun pandan dengan tiga cawan air dan tapiskan. masukkan air daun pandan dalam loyang yang berisi pulut.kukus hingga masak pulutnya.gaul kelapa parut dengan kelapa dan masukkan dalam loyang yang lain.setelah pulut masak bolehlah di angkat.masukkan kelapa parut dalam kukusan dan kukus 5-10 minit.ambil tudung botol (kakna guna tudung botol nescafe).sapu minyak kemudian sudukan pulut dan tekan rapat-rapat.keluarkan dan golek-golekkan dalam kelapa.siap di hidang bersama air gula merah.untuk air gula pula. masukkan gula merah dalam periuk dan masukkan 11/2 cawan air dan daun pandan.didihkan hingga pekat sedikit.tapiskan air gula dan siap di hidang bersama lopis.

4 comments:

  1. lopis pulut.. haishh nasib baik bukan lapis perut.. heheh.. ala sedap nyer. teringat bulan puasa. tak pernah lagi buat ni. kalau nak amkan sik beli jek. nanti leh la try dh ada resepi kan

    ReplyDelete
  2. As'salam KakNa

    fav ct ni lopis2. lama juga tak buat sendiri last ct makan minggu lepas hari minggu makan kat carefour dengan Hubby..hehehe. sedapnya makan lopis hujan2 macam ni, laporrr! huhu

    ReplyDelete
  3. Salam kakna! kita suke kuih lopis! bestnyer makan kuih lopis, ni yg terasa nak melopis jugak ni kakna hihhi.. pulaknyer kita ada daun pisang byk lagi tuuu :D hujan2 mkn mcm ni sedap, biasanyer pose2 pun byk buat lopis kan kak :-)

    ReplyDelete
  4. as-salam kakna
    lopis mmg fav ni kakna...mmg suka kuih org lama2 ni..ada lagi ke lopis tu..

    ReplyDelete