Sunday, 25 March 2012
kentang putar
Assalamualaikum..................
selamat pagi dan salam ceria untuk semua... dah mula hari pertama untuk minggu ni.hari ni kakna kena cepat ni kejap lagi tak ada karan dah dapat notisnya.walau macam mana sekali pun kakna harap kawan2 semua berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu..
kakna harap maaf di sini.. kakna jarang jawab balik commen kawan2 tapi kakna baca commennya.kakna jawab balik dalam blog kawan2 saja la... ok.
hari ni kakna ada entry kentang putar yang tak seberapa ni.asal buat sos lada untuk nasi ayam ari tu.dah orang dalam umah ni kata sedap sos ladanya. asyik nak sos lada.tambah anak gadis kakna yang kecil tu nak mama dia buatkan sos lada sedap katanya buat la lagi.. pasni tak payah beli di kfc lagi. semua buat sendiri la.. kentangnya pula kakna tak lah tenggok betul2 dari resepi sesiapa.cuma bila kakna dalam tv kadang bahan yang di masukkan jadi macam mana kakna adaptasi kan resepi ni ya. sukatan pun agak2 je.. jadi kakna pakai sukatan sendiri.ok jom layan...
KENTANG PUTAR
bahannya:
2 biji kentang
3/4 cawan susu segar
2 sudu besar mentega
secubit garam.
caranya:
kentang di buang kulitnya dan rebus hingga empuk.tuang airnya dan lenyek panas2 dalam periuk itu juga hingga halus.kemudian masukkan susu segar dan mentaga sambil di lenyek lagi.masukkan garam dan lada sulah (jika suka).siap bolehlah di sendukkan dengan skop ais krim dan hidang bersama sos lada.
SOS LADA.
sumber : kak fida (myresepi)
bahannya:
3 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
300ml susu segar
300ml air panas
1 keping kiub ayam
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu kecil cuka
1 sudu besar lada hitam
caranya:
cairkan mentaga di dalam kuali/periuk dengan api yang kecil.masukkan tepung gandum dan masakkan hingga berbuih.kemudian masukkan susu segar ,air panas dan kiub ayam dan kacau rata.bila dah rata bolehlah masukkan semua bahan lain dan kacau sebati.masak hingga pekat,jika terlalu pekat bolehlah di tambah sedikit air/ susu mengikut kepekatan yang kita mahu.siap boleh di hidang dengan kentang atau boleh juga dengan ayam panggang.
sedapp makan ngan roti kan kakna.. kuah tu pun buat sendiri leh ejas masinnye. suke ;-)
ReplyDeleteya... izah.bila buat sendiri,kita boleh ikut selera kita .letak je apa yang kita suka.
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeleteSalam kakna! oh! sedapnyerrrrrr! kalau buat ni ank2 kita suke mkn dgn ayam goreng ala2 kepci tuuu :D dia kata sedap cicah ayam tu dekat kentang putar tuu hihihi...
ReplyDeletewow.. enak nih kak.. kapan yah mau buat juga..slurrp
ReplyDeletesalam kakna.
ReplyDeletewahh x payah g kfc lg ler..dh bole wt sndiri..tq kak resepi best.:)
salam kak, elok je kentang tu 3 ketull...tergoda betul cikwan tengok =)
ReplyDelete