Assalamualaikum...
masakkan biasa je.cuma nak penuhkan entri kakna.raya dah lama berlalu.di atas permintaan anak kakna buat la juga.musim cuti sekolah ni seumpama musim masak bagi kakna.anak2 yang duduk di asrama dan yang bersekolah semua ada di rumah.kena masak pagi petang la..biasanya cuti2 sekolah begitulah rutin harian.
kakna nak tulis resepi apa ye..
kuah kacang ye... ketupat nasi rasanya semua dah tahu.
KUAH KACANG
bahannya:
500gm kacang tanah
20 biji cili kering
3 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 batang serai
2 s.besar kerisik
2s.besar air asam jawa.
gula dan garam secukupnya
bahan tumis [cengkeh,lawang.buah pala dan kulit kayu manis]
caranya:
goreng kacang tanah hingga masak .tos dan kisar.cili kering di kisar bersama dengan bawang merah dan putih.panaskan kuali masukkan minyak untuk menumis.tumis bahan tumis hingga bau.kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.masukkan serai dan kacang kacau ,tambah air yang di kehendaki kepekatannya.masukkan air asam jawa,gula garam dan kerisik.kacau hingga betul2 masak bolehlah di hidang.
As salammualaikum, budak2 kalau tak sekolah tu la kejenya, makan, tidur, main dan bergaduh sesama dia. Kat rumah ni sorang je, berebut bergaduh dgn ibu dan ayah dia je....
ReplyDeleteKuah kacang tu tak semestinya buat masa raya je kan?
waalaikumsalam.. betul tu zanafahmi ada masanya terasa nak makan buat je..
ReplyDelete