Tuesday, 21 February 2012
sambal tahun pahang
Assalamualaikum.........
selamat pagi dan salam ceria selalu dari kakna untuk semua kawan-kawan.sihat adalah harta yang tak terdapat di mana-mana yang kita kecapi.alhamdulillah syukur kepada allah kerana hari ini kita masih bernafas lagi.
ari ni kakna ada entry sambal tahun pahang.mulanya kakna tengok di umah sheila.resepi izah.dah lama nak mencuba .akhirnya cubalah juga kakna.sedap makan dengan nasi putih panas2.setahu kakna buah belimbing ni.kalau mak kakna dia jemur kering dan simpan.bila nak buat acar limau dia masukkan sekali belimbing kering ni.itu lah yang kakna tahu selain buat gulai dan sambal buah ni.sebelum kakna pergi jauh lagi cukup dulu ye..
SAMBAL TAHUN PAHANG.
resepi :izah muffin
sumber: izah muffin.
bahannya:
segengam ikan bilis
1 biji bawang besar
10-20 biji cili padi
5-6 biji buah belimbing
sesenduk minyak untuk mengoreng.
caranya;
tumbukkan cili padi hingga lumat.kemudian tumbuk pula ikan bilis jangan lumat.pecah2 je gitu.tumbuk belimbing buluh.tak payah lumat sangat.panaskan minyak masukkan semua bahan dan goreng hingga garing dan rasakan gula dan garam secukupnya.masukkan kicap sedikit.kemudian goreng hingga garing dan siap di angkat dan makan dengan nasi panas2 sedap..
Monday, 20 February 2012
kek batik arora
Assalamualaikum......
selamat pagi dan salam ceria untuk semua kawan-kawan.semoga hari ini semua tugas dapat berjalan dengan lancar serta sihat-sihat hendaknya.
ari ni kakna pun tayang kek batik arora.kakna tengok sana sini ada je kek batik arora ni.tergoda la juga kakna.bahan dan caranya pun tak susah.mudah dapat dan sedap pula.kakna buat semalam.pagi ni ada sikit lagi.sape-sape nak boleh lah sepotong.kakna kalau buat kek apa pun.di umah ni kena makan ketika masih suam.kalau dah sejuk jawabnya kering la kek tu.kalau boleh habiskan masa tu kakna suruh habiskan.jangan nak simpan-simpan lagi.kalau ada jamuan di umah sedara ke apa baru kakna buat untuk di bawa sebagai buah tangan.mesti habis.seronok kakna kalau cepat habis.buat selalu pun tak pa.
mul-mula kakna nampak kek ni di umah azlita aziz,pastu kat umah mat gebu dah tergoda tapi belum cuba lagi.selepas tu tiap-tiap ari kakna nampak ada je kek batik arora ni.tu la sebab kakna terus cuba.
KEK BATIK ARORA.
by:cida
sumber:azlita dan mat gebu
bahannya:
250gm mentega
100gm gula kastor
3/4cawan susu pekat
250gm tepung gandum*
2 sudu teh baking powder* [*ayak bersama]
6 biji telur [gred A]
1 sudu teh ovallate
5 jenis pewarna = perisa
caranya:
panaskan oven 175C.sedia loyang dan alaskan.
putar mentega,ovallate dan gula hingga kembang (putih).masukkan susu dan putar lagi hingga sebati.tambah telur satu persatu hingga habis sambil putar hingga kembang.perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan rata.bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan bersama perisa mengikut warna.kemudian masukkan ke dalam acuan berlapis-lapis seperti kek marble.dan bakar selama 45 minit atau mengikut oven sendiri.
Sunday, 19 February 2012
talam kacang merah
Assalamualaikum.....
selamat pagi dan salam ceria selalu dari kakna untuk semua kawan-kawan.sekarang ni kakna tak boleh setiap hari nak berentry.ada masa baru boleh nak berentry.budak kecik setahun setenggah ni tak tahu bahasa lagi.pantang tengok mak dia duduk depan ni.mula la marah.
ari ni kakna ada talam kacang merah yang kakna tengok di umah yati.di umah yati ada perbagai talam.kakna pula suka kacang merah ni.tu yang mesti cuba ni.dah cuba ni.. sedap.terima kasih yati.mula-mula lepas yati tayang kakna nampak ady dah cuba.inilah hasil yang kakna cuba.
TALAM KACANG MERAH.
sumber: yati -sinar kehidupan
bahannya:
11/2 cawan kacang merah* [ yg telah di rebus]
1 cawan air *[kisar dgn kacang]
11/2 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat
2 sudu besar tepung hoen kwee/tepung jagung
1cawan gula halus.
pewarna merah
caranya:
kisar kacang merah dengan air.dalam mangkuk lain, masukkan tepung beras,tepung jagung,gula,garam dan santan.kacau sebati dan tapis.masukkan dalam kacang merah gaul sebati.masukkan dalam periuk dan kacau atas api sederhana selama 10 minit.tutup api tuang adunan dalam loyang yang telah dilapik atau sapu minyak.kukus selama 25 minit.sementara menunggu siapkan lapisan atas pula.
Lapisan atas.
bahannya:
11/2 cawan tepung gandum
1cawan gula halus
2biji telur
1cawan santan pekat
2cawan air [kisar dengan 2 helai daun pandan]
garam
pewarna hijau.
caranya:
satukkan semua bahan.kacau sebati dan tapiskan.masak di atas api sederhana hingga naik wap atau 10 minit tutup api dan tuang adunan keatas adunan tadi.kukus selama 25-30 minit.setelah siap biar betul2 sejuk baru potong.
Friday, 17 February 2012
son tam
Assalamualaikum.....
selamat petang dan salam ceria.esok cuti hujung minggu nak kemana?. cuti hujung minggu tak semestinya pergi cuti ye.. ada saja halnya.masa cuti2 ni la nak buat apa2 kerja di luar kerja harian kan..hari minggu sibuk pergi hantar anak balik asrama atau pergi jenguk anak kat asrama.tu la kerja kita sebagai ibu bapa.sebagai anak lak tak lupa balik jenguk mak dan ayah di kampung.
jom layan son tam dengan kakna.kakna dapat resepi son tam ni dari kawan kakna yang sememangnya orang siam.melayu tau,dia kawin dengan orang sini.bila berbual tu asyik tanya resepi siam je.dia pun tak pandai sangat.cuma apa yang biasa di masak sendiri je.nampak mudah nak tahu sedap tak sedap buatlah ikut selera kita.
SONTAM.
bahannya:
1/4 biji buah betik tua [belum masak]
1 batang karet
1 biji tomato
3 batang kacang panjang
3-4 ulas bawang merah
10 biji cili padi [ikut kehendak pedasnya]
2 sudu besar udang kering.
3-4 sudu besar kacang tanah
air limau nipis
sos ikan.
caranya:
buah betik dan karet di sagat memanjang.tomato di potong halus memanjang.kacang panjang di potong 1-11/2 cm.udang kering di goreng garing dan juga kacang tanah.biasanya orang siam ada lesung kayu.kita boleh juga guna besen plastik jaga2 jangan kuat sangat bila tumbuk.kakna tumbuk dalam lesung batu.bawang di potong kemudian masukkan dalam lesung.tumbuk sikit2 saja.masukkan udang dan kacang tumbuk pecah2 aje.kemudian tumbuk cili padi agak2 pecah.boleh juga tumbuk satu2 bahannya dan masukkan dalam besen bersama betik tadi.kemudian satukan sambil di gaul dengan alu lesong batu tadibersama semua bahan dan masukkan air limau nipis dan sos ikan.peringatan sos ikan masin masukkan sikit2 dan rasa.bila dah cukup rasa siap di hidang.
Thursday, 16 February 2012
kuih ubi kayu
Assalamualaikum.......
selamat pagi dan salam ceria.salam jumaat hari penghulu hari semoga ceria selalu hendaknya.dengan hari jumaat ni semoga kita mendapat keberkatan dan rahmat dari yang esa.
jemput sarapan dengan kuih kakna jom.ari ni kakna buat kuih ubi je.sebenarnya kakna tak tahu nama apa kuih ni.kakna pernah tanya orang yang jual kuih ni.dia orang cakap kuih bom jepun.sebab bentuknya bulat dan orang dulu makan ubi kayu masa di perintah jepun gitu.apa2 pun kuih ni sedap dan mudah di buat.nama tak penting.kalau yang belum cuba bolehlah cuba.
KUIH UBI KAYU
bahannya:
1/2 kilogram ubi kayu
200gm kelapa parut
gula dan garam
untuk salutnya:
50gm tepung beras
50gm tepung gandum
1 sudu air kapur
garam dan kunyit.
caranya:
ubi di siang dan rebus seperti biasa.bila sudah sejuk,ubi di lenyek hancur dan masukkan kelapa,gula dan garam secukup rasa.gaul semua bahan ini dan bulat-bulatkan seperti di dalam gambar.ketepikan.
di dalam mangkuk lain masukkan semua bahan salut dan bancuh dengan air sedikit2 hingga jadi saduran yang tidak cair dan pekat.elok macam buat saduran goreng pisang.panaskan minyak dan goreng terendam kuihnya.bila dah nampak masak keemasan bolehlah di angkat.
Wednesday, 15 February 2012
pulut sekaya
Assalamualaikum......
salam ceria untuk semua dan sihat2 hendaknya.susah betul sekarang ni nak berentry.si kecil kakna ni dah pandai.dia tak benarkan kakna duduk depan ni.siap nak cabut broadband sambil meronta suruh kakna bangun.bila dia tidur baru boleh kakna berentry.kena cepat2 ni.

hari ni kakna siarkan entry tertangguh kakna.teringin buat sendiri pulut sekaya ni baru puas makan.nampak jadi..kan .bolehlah tapi kurang manis. kena tambah gula lagi untuk manis.dah pernah cuba sebelum ni tapi kurang memuaskan.kena cuba banyak kali agaknya baru pandai.oklah jom tengok resepi nanti bangun si kecil.
PULUT SEKAYA.
resepi:adaptasi dari buku aneka talam chef haneiliza
sumber: ummi @ home sweet home
bahan lapisan bawah:
2 cawan pulut [rendam 3-4 jam]
21/2 cawan santan sederhana.
bahan lapisan atas:
2 cawan santan pekat
3 sudu besar gula [kakna lebihkan]
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh garam.
caranya:
cuci pulut dan rendam.masukkan pulut dan santan kukus hingga masak.sementara menunggu pulut masak bolehlah bancuh bahan atasnya.untuk mendapatkan warna hijau ambil 4 helai daun pandan dan di mesin dengan santan.kemudian campur semua bahan atas dan gaul sebati.kemudian tapiskan dan kacau di atas api sederhana hingga berwap atau 10 minit.dan tuang keatas pulut yang sudah di tekan terlebih dahulu supaya padat.kukus semula selama 30-45 minit.setelah siap biar betul2 sejuk baru potong.
Monday, 13 February 2012
ketam masak sos
Assalamualaikum......
selamat pagi dan ceria-ceria selalu.salam selasa untuk semua.dah beberapa hari tak berentry.bukannya tak ada entry tapi tak sempat nak berentry.bila nak mula ada saja yang cemburu nak tak nak tutup komputer.tak berentry.. tu la budak sorang ni tak boleh tengok mak dia duduk depan ni.di tariknya bangun.sekarang dia tenggah tidur jadi kakna nak cepat2 la nak berentry ni.
entry kakna ari ni ketam masak sos.ketam masak sos ni dah lama kakna amalkan jadi kalau sama dengan resepi siapa2 tu mungkin kebetulan la ya.sudah dua puluh tahun lebih dah kakna kalau nak masak ketam selain dari gulai nenas inilah yang kakna masak.dari mana kakna dapat sumbernya pun tak tahu dah.oklah asyik berceloteh je.. jom tengok resepi.
KETAM MASAK SOS
bahannya:
6 ekor ketam bunga [ketam yang hidup tu lagi sedap]
2 sudu besar cili kisar[jika suka pedas]
2 ulas bawang putih
1/2 botol sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 biji telur [boleh guna telur masin]
daun bawang
caranya:
bersihkan ketam macam biasa.panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang telah dicincang.masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.kemudian masukkan sos cili dan sos tiram.kacau dan masukkan ketam.alih-alihkan ketam hingga nampak kemerahan atau hampir masak.masukkan telur yang di kacau rata dan kacau2 jangan biar telur membeku.masaklah hingga ketam masak dan hias dengan daun bawang.kakna tak guna garam dan gula dalam resepi ini kerana sudah cukup rasa bagi kakna.
Wednesday, 8 February 2012
karipap roti
Assalamualaikum.......
selamat pagi dan salam ceria untuk semua.. senyum-senyum di pagi yang ceria mulakan hari yang indah hendaknya.yang pasti tugas tetap di jalankan tak kira di mana kita berada..
pagi ni kakna cuma ada entri yang kakna tengok di umah izah beberapa lama ya.. kakna pun dah tak ingat.kakna ada tengok izah buat karipap ni.kebetulan kakna buat karipap kakna lebihkan intinya.kakna cuba buat dengan roti lak.intinya kakna guna resepi biasa kakna.anda juga boleh buat intinya mengikut citarasa sendiri.
KARIPAP ROTI:
bahannya:
8 keping roti potong
1 biji telur [untuk gris]
intinya:
4 biji kentang
2 sudu rempah kari daging
2 sudu cili kisar
30gm udang [udang kering boleh juga]
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
daun sup
garam
gula
caranya:
ubi kentang di potong dadu.bawang besar pun di potong dadu.udang di potong kecil2.jika udang kering di mesin halus.panaskan 2 sudu minyak kemudian tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.masukkan rempah kari dan cili kisar masak seketika.masukkan kentang dan tambah air jika perlu.masukkan udang dan kacau.bila ubi dah empuk masukkan garam dan sedikit gula secukupnya.bila dah siap bolehlah tabur daun sup yang telah di potong halus.
caranya:
roti di potong bahagian tepinya.kemudian masukkan inti dan lipat dan tekan dengan garpudi tepinya.buat hingga habis sambil panaskan oven.sapu dengan telur di atas roti.kemudian bakar dalam oven hingga perang.bolehlah di keluarkan.sedap di makan panas2 ranggup..

Tuesday, 7 February 2012
bubur pulut hitam
Assalamualaikum.......
selamat pagi dan salam ceria semua kawan-kawan... dah lama kakna tak berentry.biasalah.. kita kan manusia biasa ada masanya kurang sihat,ada masanya sibuk,ada masanya tersangat malas nak buat apa-apa pun.biarlah ia berlalu....
pagi ni kakna ada entry bubur pulut hitam.sebenarnya kakna tak pernah buat bubur pulut hitam ni.inilah pertama kali kakna buat bubur ni.tapi kalau makan pernah banyak kali.tambah2 sekarang ni kalau ada kenduri kawin mesti ada di sediakan bubur ni atau bubur lain sebagai pencuci mulut.di sebabkan ada pulut hitam dalam simpanan kakna cuba buat sendiri.oklah... kakna rasa cukup setakat ni.
BUBUR PULUT HITAM.
bahannya:
300gm pulut hitam
500ml santan
250gm gula
secubit garam
2 helai daun pandan.
caranya:
bersihkan pulut hitam dan rebus hingga kembang.bila sudah kembang masukkan santan dan kacau.masukkan gula dan secubit garam.garam ni untuk melemakkan rasa santannya.jangan lupa daun pandan.koyak daun pandan dan simpul kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.masak jangan lama sangat nanti santan pecah minyak.agak 1-2 kali mendidih sudah cukup.sedia di hidang panas atau sejuk.